CINTA SEKALI LAGI
________ __________Buk!!
Kepala Kiara seperti berpusing apabila di hentak begitu.
Kiara terus rebah ke lantai apabila lelaki itu memukul kepalanya dengan kuat sehingga terdapat sedikit lebam di kepalanya.
"Good! Cepat bawak dia pergi masuk bilik tu!, cepat sikit karang tak jadi plan aku!" Marah Lara apabila orang suruhannya hanya diam setempat, dengan pantas tubuh Kiara di angkat dan dibawa ke suatu tempat.
_____
Fariez masuk ke dalam bilik pejabatnya dan dia terus mengambil tempat di kerusinya.
Haikal turut mengambil tempat di hadapan Fariez dengan wajah masamnya.
"Haa, tu phone kau! Kau yang tinggal tuduh aku pula!" Haikal terus menjeling wajah Fariez, tadi mereka berdua keluar makan tengah hari.
Sewaktu sampai di kedai makan itu Fariez mencari phonenya yang entah letak di mana tah, dia terus mensyak Haikal mencuri handphonenya sebab tu Haikal memasamkan wajahnya.
Masam sahaja wajah Haikal apabila Fariez menuduhnya, Sampai sahaja dipejabat rupa-rupanya handphonenya ada saja di pejabat.
Ting!
Fariez tersenyum senget sebelum dia mencapai handphonenya untuk melihat apa yang berbunyi tadi.
Dahinya dikerutkan apabila membaca pesanan whatsapp Kiara tadi, dibaca.
"Kakak? Lara?!" Fariez terus bangun dari kerusinya dan berlari perlahan keluar.
"Wey!! Kenapa? Asal kau blah macam tu je ni?" Haikal terus menyoal dengan kuat tapi Fariez hanya abaikan sahaja apa yang dikatakan oleh Haikal.
"Ish!" Haikal terus bangun dan berlari keluar mengejar langkah Fariez. Tidak sedap pula hatinya melihat Fariez cemas begitu.
Fariez mengunakan lokasi telephone Kiara untuk mengesan lokasi wanita itu, diteliti alamat itu dengan matanya.
"Pavilion Mall?" Terus telephonenya ditutup dan keretanya bergerak laju kelur dari parking kereta.
"Riz!!" Jerit Haikal dengan kuat, Fariez terus memberhentikan keretanya dan Haikal pun masuk ke dalam kereta itu. Setelah itu perjalanan di teruskan.
"Kau nak pergi mana?" Soal Haikal kepada Fariez yang sedang memandu itu.
"Kiara, dia ada dengan Lara sekarang" Fariez terus memandu dengan laju ke Kuala Lumpur untuk ke Pavilion Mall yang berada di situ.
Terus binggung wajah Haikal, kenapa dengan Kiara dan Lara?
"Nantilah aku cerita kita kena cari Kiara dulu!" Fariez terus melajukan lagi keretanya menuju ke mall.
Setelah beberapa minit perjalanan akhirnya mereka sampai di Pavilion mall itu. Kereta itu laju memasuki kawasan parking sebelum dia meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya.
Pandang saja kereta sebelah terus Fariez mengerutkan dahinya yang dari tadi asyik berkerut sahaja.
Pintu kereta dibuka sebelum dia terus keluar dari kereta dan menuju ke depan kereta sebelahnya untuk melihat number plate.
Number plate di baca sebelum dia terus memandang Haikal di sebelah pintu kereta seberang.
"Kereta Lara? Kal kita cari diorang Kal!" Fariez terus mendekati Haikal yang berada di seberang itu.
Haikal pun membuka telephonenya dan mengodam beberapa CCTV yang terdapat didalam mall itu.
Walaupun dia berkerja sebagai PA kepada Fariez tetapi tentang mengodam sistem memang dia mahir tetapi hanya untuk niat baik.
Fariez pun melihat rakaman CCTV di handphone Haikal, sebelum masing -masing mengerutkan dahi mereka.
"Tu Kiara dan Lara kan?" Haikal terus menunjuk ke arah dua orang perempuan yang berjalan bersama-sama.
Fariez mengangguk sebelum dia terus mengajak Haikal melangkah masuk ke dalam mall itu mengikut pintu utama.
Mereka berdua masuk dengan berjalan normal supaya orang sekeliling tidak mensyak apa-apa
Masuk sahaja di lorong yang berdekatan terdapat dua jalan, Fariez terus mendengus perlahan sebelum dia memandang ke arah Haikal.
"Kau pergi sana, aku pergi sini" Haikal terus bergerak ke arah yang disuruh oleh Fariez kepadanya.
Fariez pun terus bergerak ke lorong belah arah lawanan Haikal, bilik stor di hujung lorong itu dipandang sebelum perlahan-lahan dia mendekati pintu bilik stor itu.
Perlahan-lahan pintu bilik dipulas, sudut bilik itu hanya gelap dan kosong.
Matanya melilau mencari tubuh isterinya di dalam bilik itu, apabila matanya tertumpu ke kanan kelihatan tubuh seseorang sedang rebah di atas lantai.
Perlahan-lahan dia mendekati tubuh itu.
"Kiara? Kiara? Kau kenapa ni?" Fariez terus merakul kepala Kiara sebelum dia mengangkat tubuh itu.
Tubuh Kiara di bawa keluar dari lorong itu, orang awam yang melihat masing-masing sudah berbisik antara satu sama lain.
Haikal melihat Fariez yang sedang mendukung Kiara itu dengan tatapan peliknya.
"Riz! Biar aku cari Lara kau balik dulu, pasal aku kau tak payah risau aku boleh balik sendiri nanti" Fariez terus mengangguk sebelum dia terus menuju keretanya.
pintu kereta dibuka menggunakan jarinya yang masih boleh bergerak, Kiara diletakkan di atas seat penumpang depan.
Setelah dia telah memakaikan tali pingang kepada Kiara pintu terus ditutup semula sebelum dia menuju ke pintu kereta belah driver.
Lara yang sedang berjalan ingin menuju ke kereta dipandang sebelum pandangan kosong dilemparkan kepada Lara.
"Kenapa U buat Kiara macam ni?" Soal Fariez dengan nada tertahan, wajah Lara yang masih berjalan itu dipandang tajam.
Lara tersenyum sinis sebelum dia terus memasuki keretanya dan meluncur pergi.
Fariez mendengus geram sebelum dia masuk ke dalam kereta dan meluncur pulang ke rumah.
_____
Langkah diatur naik ke atas menuju ke biliknya, perlahan-lahan pintu bilin di pulas olehnya.
Harraz memasuki bilik tidurnya dengan Aralyn, matanya melihat Aralyn yang sedang duduk di birai katil menghadap luar balkoni
Ellyn pula sedang minum susu seorang diri di atas katil.
"Abang jumpa lagi ke perempuan tu?" Soal Aralyn dengan wajah tidak puas hatinya, wajahnya lansung tidak memandang wajah suaminya.
Berkerut dahi Harraz seketika.
"Perempuan?" Harraz terus cuba untuk memproses siapakah perempuan yang dimaksudkan oleh Aralyn.
"Abang ingat Lyn tak tahu ke?!" Marah Aralyn sebelum dia mendekati tubuh suaminya yang membatu di depan katil itu.
"Apa benda awak ni? Abang baru balik kerja awak dah tanya soalan pelik-pelik ni?" Pening kepalanya apabila isterinya berperangai seperti ini.
Aralyn terus menjeling wajah suaminya dengan wajah tidak puas hatinya.
"Kenapa ni sayang? Abang ada buat salah ke?" Cakap Harraz dengan lembut, wajah Aralyn ditatap lembut penuh kesabaran.
Aralyn mendengus geram sebelum dia terus melangkah pergi meninggalkan Harraz seorang diri di dalam bilik itu bersama Ellyn.
Harraz mengerutkan dahinya sekali lagi apabila isterinya terus pergi.
"Elly, kenapa dengan mummy?" Harraz terus menyoal anaknya yang sedang baring di atas katil itu.
Anak kecil itu hanya mengabaikan ayahnya yang sedang berbicara dengannya, Ellyn hanya terus menyuap botol susu ke dalam mulutnta matanya cuba dipejam rapat.
Harraz terus mengeluh kecil, mengapa dengan Aralyn? Tidak pernah gadis itu berperangai seperti itu.
TO BE CONTINUE....

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...