CINTA SEKALI LAGI
___________ __________"Papa sakit apa ibu?" Soal Kiara dengan cemas, terus bertukar riak wajahnya apabila mengetahui Tuan Asyraaf sakit.
"Papa kena darah tinggi, ni haa ada dekat hospital, ibu dari kedai belikan sikit makanan" terang Puan Zalia dengan riak wajah biasa ini sudah kali ke dua Tuan Asyraaf masuk hospital akibat tekanan darah tinggi.
"Hospital mana? Kia nak datang" Kata Kiara dengan bersemangat, Puan Zalia tersenyum ringkas sebelum memberitahu nama hospital ini.
Tiba-tiba Kiara teringat tentang pesanan Puan Zalia terus dia tersenyum kecil.
"Nanti bila Fariez dah balik Kiara ajak dia jenguk papa tau" Kata Kiara dengan senyuman tidak lekang daripada bibirnya,
"Okey, ibu tunggu" Kata Puan Zalia sebelum dia tergelak kecil, masing-masing memberi salam sebelum panggilan dimatikan.
Selepas itu nombor telephone Lara pula dihubungi.
"Haa kenapa?" Soal Lara apabila panggilan telephone daripada Kiara masuk.
"Lana aku nak bagitahu kau, Papa sakit" Kata Kiara sebelum Lara mengerutkan dahinya.
"Sakit?" Soal Lara untuk kepastian.
"Haah, datanglah melawat papa dekat hospital ISM boleh kau jumpa papa! Lagipun dah lama kau tak jumpa papa kan?" Soal Kiara dengan yakinnya.
"Tengoklah macam mana, nanti aku fikir balik. Dah lah wey aku busy ni" Kata Lara sebelum panggilan dimatikan, mak ai? Macam tu je end call?
Kiara memuncungkan bibirnya sebelum dia bangun daripada sofa menuju ke dapur.
_____
Sewaktu petang, Kiara yang berada di dalam rumah sudah kehulur hilir menunggu suaminya balik.
"Tak akan tak balik lagi, dah pukul 5:30 dah ni," Kata Kiara sebelum telephone di tangan di ketuk-ketuk atas tapak tangannya
Vroom...
Kedengaran suara enjin kereta laju memasuki perkarangan rumah, Kiara terus memalingkan wajahnya memandang ke luar.
"Ah balik pun!" Kata Kiata dengan perlahan sebelum dia menuju sofa untuk menunggu Fariez masuk ke dalam rumah.
Klak...
Bunyi pintu dibuka dari luar, Fariez pun melangkah masuk ke dalam rumah dengan pelahan-lahan.
Dikerling tubuh Kiara yang sedang elok duduk di atas sofa ruang tamu.
Langkah terus di atur menuju ke tangga untuk naik ke atas.
"Awak" panggil Kiara dengan perlahan sebelum Fariez memusingkan tubuhnya menghadap Kiara.
"Erm... papa sakit, saya nak pergi hospital boleh?" Wajah suaminya dipandang penuh harapan, Fariez cuma mengangguk kepalanya sebelum dia kembali melangkah naik ke atas.
"Awak tak nak ikut ke?" Soal Kiara lagi membuat Fariez memandang ke arah Kiara semula.
"Kau nak aku ikut ke?" Soal Fariez membuat Kiara mengetuk dagunya memikir.
"Erm bolehlah awak tolong bawak kereta," Kata Kiara dengan wajah selambanya
menyebabkan Fariez menjelingnya dan terus naik ke atas.
YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...