"Mana kau ni Kiara?" gumam Fariez perlahan sambil tangannya menekan butang call di telefon bimbitnya untuk menghubungi Kiara.
Kakinya melangkah menuju ke tempat letak kereta sambil tangan kanannya yang memegang telefon ditekap di telinganya.
Matanya melilau ke sekeliling sebelum berhenti di satu tempat.
Terlihat seorang lelaki bersama Kiara sedang minum di kafe hospital sambil bergurau antara satu sama lain.
Tangan kiri Fariez terus membentuk penumbuk sambil menahan amarah. Ibunya sedang sakit dia boleh bergelak gembira pula di kafe dengan seorang lelaki.
Kebetulan pula waktu itu Masya pergi ke tandas dan meninggalkan Kiara dan Aqil berdua di meja.
Amarahnya cuba dikawal urat dilehernya mula menengang apabila dia cuba mengawal. Nafasnya cuba diatur tenang.
Kiara terus mencapai telefonnya yang bergegar di atas meja. Ikon hijau ditekan sebelum telefon ditekap di telinganya.
"Hello?" Soal Kiara di dalam talian, Fariez yang kegeraman terus bertindak menekan butang merah untuk mematikan panggilan telefon.
Wajah Kiara jelas kebingunan, telefon disimpan semula sebelum dia menyambung berbual kosong bersama Aqil.
Fariez terus melangkah pergi dari situ, wad Datin Tihanni dituju olehnya.
Setelah beberapa minit duduk di dalam bilik wad itu, Dato' Fahrin pun masuk ke dalam wad.
Masuk sahaja terlihat figura anaknya berada di situ, terus Dato' Fahrin bertindak menyoal anaknya.
"Riz, lama dah sampai?"
"Dah, Erm... tadi doktor ada jumpa Riz bagitahu tentang condition mummy,"
"Tahu, daddy pun dah jumpa doktor," masing-masing mengangguk kecil sebelum mata mereka tertumpu ke arah Datin Tihanni yang sedang tidur.
Keluhan berat dilepaskan, tak fasal-fasal pula Datin Tihanni tidak boleh jalan sementara.
"Riz, Kiara mana? Tak nampak pun?" Soal Dato' Fahrin sambil melihat sekeliling, Fariez terus mengangkat wajahnya memandang wajah Dato' Fahrin.
Dalam kepala otaknya teringat pula pada apa yang terjadi tadi di kafe, panas hatinya apabila ingin berbicara tentang Kiara.
"Dia ada je dekat kafe bawah," kata Fariez selamba tanpa nada, wajahnya turut kosong dan tidak beriaksi.
"Buat apa dekat kafe bawah?" Soal Dato' Fahrin kepelikan, Kiara yang baru sahaja ingin masuk dan terdengar perbualan Fariez dan Dato' Fahrin segera memasuki wad itu.
"Kia, ada urusan tadi daddy," Kiara terus menghampiri Dato' Fahrin untuk menyalam tangan Dato' Fahrin.
Fariez terus menayangkan wajah janggalnya, Kiara mengetap bibirnya apabila melihat wajah Fariez kepadanya.
Dato' Fahrin menyambut huluran tangan Kiara untuk bersalaman dengannya, Katil pesakit Datin Tihanni Kiara dekati.
"Daddy, Mummy macam mana?" Soal Kiara menukar topik perbualan mereka tadi, Dato' Fahrin terus memandang Kiara sebelum berbicara.
"Mummy okay je cuma kaki dia bengkak sikit beberapa hari lagi okaylah tu, ni esok mummy dah boleh discharge," Kiara mengangguk faham sebelum matanya tertumpu kepada Fariez.
Wajah lelaki itu hanya diam tiada reaksi, apa yang bermain di ingatan lelaki itu?
Setelah beberapa jam berada di hospital, Kiara dan Fariez pun pulang semula ke rumah memandangkan sekarang sudah pukul 12:00 Tengah Malam.

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...