BAB 36

92 7 1
                                    

Perlahan-lahan cermin kereta diturunkan dan Kelihatan dengan sangat jelas wajah Makyah berada di sebalik tingkap.

"Eh? Makyah?" Sapa Fariez dengan wajah terkejut, apa pula yang Makyah buat di luar pukul 10:30 ni??

Dadanya yang terasa sudah semakin lega perlahan-lahan berhenti mengusap dada.

"Makyah buat apa dekat luar ni?" Soal Kiara pula dengan senyuman di bibir.

"Tengok kamu lah, Makyah nampak macam ada orang tadi ingatkan nak hantar apa-apa barang rupanya kamu berdua," kata Makyah kepada Kiara membuatkan Fariez dan Kiara terus tersenyum lebar.

"Dah lah, jom masuk," ajak Makyah sebelum Fariez dan Kiara mengangguk kecil, tingkap kereta perlahan-lahan di naikkan semula sebelum enjin kereta dimatikan.

"Jangan buat keputusan sendiri!" Kata Kiara dengan tegas sebelum dia terus menjeling kasar wajah Fariez, dengan pantas tubuh di bawa keluar daripada kereta.

Fariez yang tergamam sendirian memikirkan maksud perkataan Kiara segera menjongket kecil bahunya.

"Keputusan apa Kiara?" Soal Fariez sambil mengikuti langkah kecil Kiara di hadapan.

Kiara terus menoleh dan mencerlung tajam wajah Fariez.

"Kita datang sini untuk apa?" Soal Kiara dengan wajah yang serius, Fariez pula sudah menelan kesat air liurnya.

"Bincang?" Balas Fariez kedengaran takut-takut sahaja.

"Jadi jangan sesuka hati nak bagi jawapan tanpa bincang dengan saya macam yang awak cakap dekat Daddy," kata Kiara lagi dengan nada suara yang sama seperti soalannya tadi.

"Aku cakap apa dekat Daddy?" Soal Fariez perlahan, Kiara segera menepuk dahinya, sungguh dia pasrah dengan lelaki ini.... mengapa dia begini?

"Yang Kita berbaik tu lahhh.... saya boleh nak berbaik dengan awak tapi bukan untuk alasan lain selain cuma untuk kawan, dan saya masih lagi berpegang pada janji awak," Kata Kiara sebelum dia terus ingin melangkah pergi daripada pandangan mata Fariez.

Pantas sahaja Fariez memegang lengan Kiara dan dia segera menghadap Kiara dihadapannya.

"Kiara, please.... apa masalahnya kalau kita lupakan janji tu? Ke kau ada suka sesiapa?" Soal Fariez dengan wajah serius hilang terus wajahnya yang selamba tadi.

Kiara mengerutkan dahinya sebelum dia terus memandang wajah Fariez dengan wajah yang sukar ditafsirkan.

"Kiara aku merayu, boleh tak kau bagi aku satu peluang?" Soal Fariez dengan wajah yang sangat tulus, Kiara terus memandang dalam ke dalam anak mata Fariez mencari keikhlasan dan ketulusan.

"Peluang?" Ulang Kiara dengan nada suara perlahan.

"Peluang untuk bahagiakan kau," Kata Fariez lagi dengan wajah yang sangat-sangat tulus, Kiara segera mengerutkan dahinya.

"Awak ni dah kenapa?" Soal Kiara dengan wajah tidak selesanya, tangannya yang masih dipegang oleh Fariez segera di lepaskan perlahan-lahan.

"Kiara... aku...." belum sempat Fariez ingin menyambung kata-katanya Makyah pantas memintas.

"Fariez!! Kiara!! Kenapa tak masuk lagi? Buat apa dekat luar tu?" Jerit Makyah dari dalam rumah menuju ke pintu utama rumah.

Kelihatan Fariez dan Kiara yang tercenggang memandang antara satu sama lain segera memandang Makyah.

Fariez segera tersenyum kecil dan mukanya
Kelihatan memerah kerana malu.

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now