CINTA SEKALI LAGI
_________ __________"Lara? Kenapa U buat semua ni? Untuk apa? Kenapa U nak sangat I kahwin dengan adik U?" Soal Fariez dengan nada tertahan.
Sebernarnya Semasa malam yang terjadi kes tangkap khalwat itu semua plan Lara dan Fariez.
Disebabkan itu Fariez lansung tidak menolak dan merelakan diri untuk berkahwin dengan Kiara.
Yang menghantar gambar-gambar fitnah Kiara kepada Tuan Asyraaf sehingga Kiara kena halau rumah pun sebenarnya Lara.
"Sebab I benci dia!" Bisik Lara penuh dendam.
"Tapi dia adik U!" Jerit Fariez dengan kuat ingin menyedarkan Lara.
"Yeah, but I hate her!" Teringat pula pada wajah Kiara membuatkannya berasa menyampah.
"Dah lah Lara, I penat. Hubungan kita sampai sini je! I dah tak nak ada kena mengena lagi dengan U" pasrah Fariez sebak hatinya melihat wajah sinis Lara.
"I will tell her the truth!" Keras Fariez bersuara menyebabkan dia tidak main-main.
Fariez terus melangkah pergi meninggalkan Lara yang berdiri di situ.
Fariez sudah penat dan kesian melihat Kiara begitu dia tidak sanggup ingin menyiksa gadis itu lagi.
"Don't U dare! " Kata Lara menahan rasa geramnya.
"just wait, I will make your life miserable" Bisik Lara keras.
_____
Kedengaran bunyi tangisan seseorang diruang tamu.
Kiara terus menuju ke ruang tamu untuk melihat gerangan yang berada di situ.
"Awak? Kenapa awak menangis?" Kiara terus mendekati suaminya yang sedang duduk di atas sofa itu.
Fariez terus menyeka air matanya yang mengalir, wajah isterinya dipandang sayu.
"Kenapa kau tak tidur lagi?" Fariez meraup rambutnya kebelakang.
"Saya nak minum air, ni awak buat apa dekat sini?" Kiara mengerutka dahinya apabila lelaki itu memandangnya dari tadi.
"Aku nak minta maaf" Sebak rasa dadanya ingin memberi tahu wanita itu tentang kebenaran.
"Awak kenapa ni?" Kiara mengerutkan dahinya, dia terus mengambil tempat di sebelah Fariez, risau dia melihat Fariez yang lain didepan matanya.
"A-aku tak tahu macam mana nak cakap dengan kau" Tidak sanggup dia ingin melihat wajah kecewa Kiara selepas dia katakan kebenaran.
"Okey, saya tak faham kenapa dengan awak. Awak pergi mana sampai balik lewat macam ni?" Soal Kiara wajah Fariez ditatap dengan kerutan di dahinya.
"Aku pergi jumpa Lara," Kiara terus mengerutkan dahinya, Lara? Lara mana ni?
"Lara? Awak ingat ada sorang je ke Lara dalam dunia ni? Kakak saya pun nama dia Lara" geram Kiara dengan Fariez ni, Fariez terus tersenyum hambar.
"My latest Ex-Girlfriend" baru beberapa minit yang lalu Lara bertukar menjadi bekas kekasihnya dan bukan lagi.
Fariez tersenyum kecil sebelum dia menunduk ke bawah, Kiara hanya diam sesekali otaknya memproses apa yang dikatakan oleh lelaki ini.
'Hah? Fariez dengan kekasih dia dah bercerai ke?' Bisik hati Kiarq dengan penuh rasa ingin tahu.
"Kenapa kau still nak bercakap dengan aku walaupun aku selalu marah kau?" Soal Fariez dengan nada seriusnya, Kiara terus menelan liurnya.
"Awak ni demam ke?" Soal Kiara kepelikan, Fariez terus mengerutkan dahinya.
"Kiara aku serius ni" Fariez terus menjeling kecil wajah Kiara, Kiara terus tersengih macam kambing.
Kiara menarik dalam nafasnya sebelum dia menatap sayu wajah lelaki itu.
"Okok, erm... entah saya pun tak tahu, saya rasa macam ni memang apa yang saya perlu hadap dalam hidup saya" Kiara terus memuncungkan bibirnya bagi memikir lagi.
"Saya minta maaf, saya betul-betul minta maaf saya memang tak sengaja masuk rumah awak malam tu, saya takut sangat sebab tu saya masuk" sayu saja kedengaran nada suara Kiara, yang lagi membuatkan Fariez tidak berani ingin memberitahu adalah dengan sifat wanita ini yang menyalahkan dirinya sendiri.
"Tak apa, aku... ermm sebenarnya..." kata-kata yang ingin dikatakan tidak dapat dikeluarkan kerana risau Kiara akan kecewa.
"Sebenarnya?" Soal Kiara mengulang kata terakhir Fariez, Fariez menarik dalam nafasnya.
"Tak ada apa, nanti kau akan tahu juga tapi bukan sekarang" Fariez yakin satu hari nanti Kiara akan tahu juga perangai Kakaknya itu.
"Sekarang saya serius cakap dengan awak, kalau awak nak kahwin dengan perempuan lain ataupun kekasih awak tolong lepaskan saya, saya tak nak seksa lagi hidup awak dengan hidup dengan orang yang awak tak cinta" Kiara tersenyum nipis, kekasih yang dimaksudkan bukan lagi kekasih Fariez.
Fariez terus mengeleng kepalanya, sebelum wajahnya diangkat memandang wajah Manis Kiara.
"What if I love U?" Fariez terus memandang tulus ke arah Kiara, Kiara terus tergamam di tempat duduknya.
"Awak ni merepek apa ni?" Tawa palsu keluar dari mulut Kiara untuk mengelakkan situasi yang janggal antara mereka.
"What if kita start again?" Soal Fariez dengan harapan Kiara terima.
"Hah? Start again?" Bingung Kiara dibuatnya, terus dikecilkan matanya ke arah Fariez.
"Maksud aku, kita mula balik. Start over! Saya nak cuba terima awak dalam hidup saya" Kata Fariez dengan tulus sambil matanya menikam lembut ke dalam anak mata Kiara.
Kiara membalas pandangan itu mencari ketulusan yang sangat tulus, setelah beberapa saat Kiara pun memandang je tempat lain dan mengelak pandangan Fariez.
"Tak payahlah cakap macam tu, peliklah awak ni" Kiara terus tersenyuman hambar, Pasrah saja kelihatan wajah Fariez
"Please Kiara aku merayu sangat, sejak kau masuk dalam rumah ni aku dah start sukakan kau" jujur Fariez.
Berubah terus riak wajah Kiara, Fariez terus mengeluh perlahan.
"Sebenarnya aku dah tersuka kau masa first time aku jumpa kau, tapi sebab marah aku terpaksa buat kau macam tu, aku boleh janji dengan kau aku tak akan ulang lagi kesilapan tu" Kata Fariez membuatkan Kiara mengetap bibirnya menahan rasa.
"Tapi saya tak sukakan awak, kenapa mesti saya banyak lagi perempuan dekat luar sana. Lagipun apa? Lara? Ha Lara tu mesti lagi elok daripada saya" kata Kiara tanpa menjaga hati Fariez, Fariez mengangguk perlahan sebelum dia memandang wajah Kiara.
"Kau memang tak boleh pupuk ke rasa cinta tu?" Soal Fariez meminta kepastian, sebak dihatinya diabaikan.
"Hah?"
"Ke kau dah seseorang yang kau cinta?" Fariez terus membuat andaiannya sendiri.
Kiara hanya diam sebelum dia mengeleng kecil, kepalanya turut ditundukkan ke bawah.
"Then why? Kau takut?"
Kiara hanya diam lagi dan memilih untuk tidak menjawab.
"Tak apalah aku tak nak paksa kau, kalau betul kau nak aku lepaskan kau. Aku boleh tunaikan" Fariez terus bangun ingin beredar naik ke atas, jelas kecewa diwajahnya.
Hari ini ialah hari paling teruk baginya.
"Fariez" Kiara terus mendapatkan tangan Fariez, bibirnya diketap kuat sebelum perlahan-lahan ketapan bibirnya dilepaskan.
Fariez terus menoleh memandang Kiara yang memegang tangannya
"Lets try to start over!" Kiara memejam matanya sambil berkata, Senyuman tidak sangka terus terukir di bibir Fariez.
TO BE CONTINUE....
*thank U tau sudi baca, kalau bosan please bagitahu saya, atleast saya tahu karya saya ni okey ke tak. Tq!!❤️
*kalau sudi tolong vote! Tak paksa, Tq!!❤️🖤❤️🖤❤️🖤

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...