Mata Kiara perlahan-lahan terbuka, akhirnya setelah 1 jam Kiara sudah pun tersedar daripada pingsannya. Ruangan bilik itu diteliti olehnya sebelum perlahan-lahan anak matanya memerhati tubuhnya.
Dia diikat di sebuah kerusi di dalam satu bilik kosong di rumah lama, wajah kiara terus bertukar cemas menanyakan dimanakah dia?
Kain yang terdapat pada mulutnya membuat Kiara tidak boleh bercakap dan menjerit meminta pertolongan.
Pipinya juga terdapat sedikit luka bergaris akibat terkena pisau Lara tadi, nasib baik Fariez sempat menyelamatkan dan telah membuat sesuatu supaya Lara tidak lagi melukai Kiara.
Bunyi tombol pintu dipulas oleh Seseorang dari luar membuat Kiara segera memandang ke arah Pintu.
Lara dan Fariez masuk ke dalam bilik itu dengan perlahan-lahan sebelum masing-masing antara mereka memandang ke arah Kiara.
"Dah sedar pun kau," kata Lara tanpa nada sebelum dia terus menyandarkan tubuhnya di meja berhadapan dengan Kiara.
Fariez pula hanya berdiri di sebelah Lara, pandangannya lansung tidak memandang Kiara kerana dia tahu walaupun dia bukan sesiapa pada Kiara tetapi pasti Kiara akan kecewa.
Kiara memandang tidak percaya kepada Fariez sebelum matanya mula berkaca dan air matanya hampir sahaja gugur dari tubir mata, namun ditahan sekuat hatinya. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan mereka berdua.
"Kesian kau Kiara, Sekarang baru kau rasa macam mana aku rasa sejak kau muncul!" Dahi Kiara ditunjal kasar oleh Lara, Kiara hanya diam sebelum pandangan dan wajahnya bertukar kosong seperti tiada lansung apa yang terjadi.
"Kau ingat aku suka ke kau jumpa mama? Kau tahu tak kau ni perampas sebenarnya! Selepas kau hilang hampir 17 tahun, tiba-tiba kau muncul balik apahal!" Tempik Lara dengan kuat sebelum tubuhnya terus mendekati Kiara selangkah ke hadapan dengan wajah geramnya.
"Memang plan aku supaya kau dihalau oleh papa dan aku dah rancang dengan lelaki ni untuk seksa kau tapi lansung tak boleh harap!" Kata Lara kepada Kiara sebelum perlahan-lahan dia menyelit nama Fariez disitu, wajah Fariez dijeling kasar.
Fariez segera mengerutkan dahinya dengan senyuman menyampah, wajah Kiara lansung tidak dipandang.
Kiara mengerakkan tubuhnya sambil mengeluarkan beberapa perkataan daripada mulut.
Lara melepaskan tawa kecilnya sebelum pipi Kiara yang berdarah diusap olehnya.
"Kau nak bercakap ke?" Soal Lara sambil menyentuh luka di pipi Kiara, wajah Kiara jelas sedang mengadu kesakitan yang teramat.
Perlahan-lahan tangan Lara turun ke mulut Kiara untuk menarik kain tuala dari mulut Kiara.
"Korang nak apa daripada aku?!" Tempik Kiara dengan mengunakan tenaga yang masih ada di dalam dirinya, wajah Lara dihadapan dicerlung tajam.
"Aku cuma nak seksa kau je," Kata Lara sambil bermain dengan pisau kecil di tangannya.
Fariez hanya diam tidak bercakap, dia hanya menunggu sahaja waktu untuk beredar kerana tidak sanggup melihat wajah Kiara yang sangat pucat itu.
"Wow! Look at your beautiful necklace," tegur Lara sebelum rantai pemberian daripada arwah Puan Kairina dipandang.
"Sayangnya mama dekat kau sampai tinggalkan hadiah lepas dia mati! Betuah kau, tak macam aku," Kata Lara dengan nada yang sedikit kecil sebelum dia kembali bersama senyuman sinisnya. Rantai di leher Kiara diusap sebelum dengan pantas rantai itu digenggam dan ditarik laju dari leher Kiara.
"Auch!" Adu Kiara apabila rantai itu terlepas daripada lehernya, merah lehernya apabila dia dicekik begitu.
"Kau nak apa daripada aku sebenarnya? Lebih baik kau bunuh je aku! Bunuhlah?!" Tempik Kiara kuat sebelum Lara melepaskan tawa kecilnya sambil memandang sinis kearah Kiara.
"Sure darling, but what if i torture U first until You die? Can I?" Soal Lara sambil jarinya bermain di wajah bersih Kiara.
Kiara segera meludah air liurnya sebelum dia terus memandang Lara dengan pandangan tajamnya.
"Kau nak buat apa? Kau nak biar aku mati kebulur? Kau ingat aku takut ke? Aku harap korang berdua kena balasan yang setimpal!" Jerit Kiara dengan kuat sebelum terdengar hamburan ketawa jahat Lara memenuhi ruang bilik.
"Bye sister! See you in hell!" Ujar Lara sebelum dia terus mengatur langkah keluar daripada kawasan bilik.
Fariez hanya tegak di tempat asalnya sebelum perlahan-lahan dia memandang wajah Kiara.
"Sampai hati awak kan? Dari dulu awak seksa hidup saya! Walaupun saya tak kenal awak tapi awak tetap nak seksa hidup saya, apa salah saya? Besar sangat ke salah saya sampai awak perlu buat macam ni?" Soal Kiara dengan wajah kecewanya yang semakin menebal.
Fariez hanya mampu mengetap bibirnya dengan kuat sebelum dia cuba ingin berkata.
"Aku buat semua ni untuk kau! " kata Fariez sebelum dia terus melangkah pergi ke
"Untuk aku?!" Tempik Kiara dengan Kuat sambil menghentak kerusinya dengan kuat.
"Fariez!" Panggil Kiara apabila Fariez hanya berlalu pergi daripada mendengar kata-kata Kiara yang membuat Fariez semakin seber salah.
Pap!
Ikatan tali pada tangannya terus terlepas sebaik sahaja Fariez berlalu pergi, Kiara yang terasa ikatan pada tangannya semakin melonggar segera menarik tangannya dari balakang kerusi.
Perlahan-lahan senyuman sinis terbit di bibirnya.
-
"Assalamulaikum!" Sapa Puan Zalia dan Tuan Asyraaf sebelum butang loceng di luar rumah ditekan beberapa kali oleh mereka.
"Abang tak ada orang pun? Lia rasa diorang keluar kot?" Teka Puan Zalia sambil masih cuba menekan loceng rumah.
Sudah hampir 10 minit mereka berada di luar menantikan Kiara membuka pintu, matahari pula sudah jemu menyinari mereka di luar rumah.
"Awaklah ni nak buat surprise sangat," seloroh Tuan Asyraaf tanpa memandang isteri kedua dia yang sedang mencerlung tajam wajah Tuan Asyraaf.
"Saya buat kejutan ni untuk anak abang jugak!" Perli Puan Zalia dengan wajah menyinganya.
"Hmm, dah lah mesej jelah Kiara bagitahu kita ada dekat rumah dia," cadang Tuan Asyraaf sebaik sahaja Puan Zalia menjeling kasar wajahnya.
"Ala... tak surprise lah macam tu!" Adu Luan Zalia sambil memuncungkan bibirnya kearah Tuan Asyraaf.
"Tak payah nak muncung sangatlah," malas Tuan Asyraaf ingin melayan karenah isterinya.
"Nasiblah siapa suruh kawin lagi bini muda!" Perli Puan Zalia dengan wajah bangganya.
"Dahlah nak masuk kereta!" Puan Zalia terus melangkah mendekati kereta Tuan Asyraaf untuk mengambil telefonnya sejurus itu menghantar pesanan kepada Kiara seperti yang disuruh oleh Tuan Asyraaf.
-
Dengan Pantas Kiara melarikan diri dari rumah yang dia diperangkap oleh Lara, terkumat kamit Kiara berlari jauh daripada rumah itu.
Dia hanya lari dari rumah itu sehelai sepinggan lansung tiada apa-apa termasuklah duit ataupun alat keselamatan.
Kepalanya yang berdenyut-denyut itu hanya diabaikan sebaiknya dia hanya teruskan larian tanpa hala tuju.
Kawasan perumahan itu diteliti olehnya sebelum pancaran sinaran matahari menyinari kepala Kiara yang tidak bertudung itu.
Macam mana nak ada tudung kalau dia sendiri tidak sedar dia sudah dibawa pergi oleh Lara dan Fariez ke suatu rumah di luar.
Kiara segera ingin melintas jalan keluar daripada kawasan perumahan sebelum sebuah kereta Honda City berwarna kelabu pantas memandu di situ.
Pin!!!
TO BE CONTINUE....
🌹 terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca!🌹😘
Stay tune update akan datang kalau nak tahu apa jadi!😉hehe
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...
