"Saya tak nak duduk sini!" Tegas Kiara sambil matanya mencerlung tajam ke arah rumah teres Fariez.
Namun Fariez hanya terus memandu perlahan masuk ke perkarangan rumah, kata-kata Kiara yang merungut daripada tadi diabaikan sahaja.
Kiara segera memeluk tubuhnya dan tubuhnya di hentakkan sedikit ke arah tingkap tanda protes.
Sebaik sahaja remote automatic gate di tekan Fariez terus memandu keretanya masuk ke dalam rumah sebelum kereta itu berhenti tepat di kawasan perumahan.
Pamdangannya dialihkan memandang Kiara yang sedang marah disebelah.
"Jom," Ajak Fariez sebelum dia ingin membuka pintu kereta namun Kiara hanya diam dan tiada respons membuatkan Fariez terus mengeluh perlahan.
"Jomlah! Kau nak stay dalam kereta ni berapa lama?" Soal Fariez dengan nada perlian membuatkan hati Kiara semakin panas.
Fariez seperti sudah buat salah tapi buat-buat tidak tahu, dengan Pantas Wajah Kiara mencerlung tajam wajah Fariez dan dalam hatinya mula bermonolog.
'Dah tipu aku! Lepas tu buat-buat lupa pula.... menyampah!' Bisik hati Kiara dengan nada tidak berpuas hati, Fariez terus memandang Kiara dengan mata dikecilkan.
"Menyata akulah tu," usik Fariez dengan nada guraunnya membuatkan sabar Kiara sudah berada di buku lalinya.
"Kau ni kenapa eh? Dah tipu aku, lepastu kau boleh buat-buat lupa? Apa sebenarnya rancangan kau ni Fariez?" Soal Kiara dengan sinis sambil nada dan wajahnya yang begitu serius dia sendiri tidak faham dengan perwatakan Fariez yang sebenar.
"Jom kita masuk dulu," ajak Fariez segera menukar topik berbualan mereka berdua, dengan rasa geram Kiara terus berkata.
"Fariez! Kau tak payah nak buat-buat baik depan aku kalau kau ni sebenarnya jahat! Aku tak minta untuk balik semula rumah ni cuma nak kau ceraikan aku!" Kata Kiara dengan nada kuatnya.
"Tak, aku tak boleh ceraikan kau," Kata Fariez dengan wajah tegang sebelum Kiara menjeling kasar.
"Apa lagi yang kau nak daripada naku? Aku tak fahamlah, orang macam kau ni cuma pentingkan diri sendiri! You never care about other people's lives, you only care about your life, Selfish!"
Kiara terus menoleh badannya menghadap pintu kereta sebelum tangannya naik memegang tempat untuk membuka pintu kereta.
Dengan pantas tangan Fariez yang berada di tempat letak tangan di pintu kereta menekan butang untuk mengunci kereta.
Klik!
Kiara terus memandang wajah Fariez dengan pandangan tajam dan dengusan kecil keluar daripada bibir Kiara.
"Apa lagi awak nak? Saya nak balik rumah papa," Kata Kiara bercampur kegeraman, panggilannya dilembutkan semula dengan memanggil saya, awak, panggilan yang mereka gunakan sebelum ini.
"Kalau aku tak izinkan kau balik rumah papa?" Kata Fariez dengan nada sinis memandang Kiara. Kiara terus mengetap bibirnya
"Apa hak awak nak halang saya?" Soal Kiara dengan sinis.
"Aku suami kau," Kata Fariez membuatkan Kiara terdiam seketika, wajahnya kosong mendengar apa yang Fariez katakan.
Seketika mereka berdua hanya diam, Kiara dengan wajah kosongnya manakala Fariez menunggu balasan daripada Kiara.
"Ceraikan saya," kata Kiara dengan wajah tegang tanpa menoleh memandang Fariez, Fariez terus memandang Kiara sebelum dia berkata.
Tak, aku tak boleh ceraikan kau," Fariez mengeleng kecil kepalanya, sebelum dia memandang kearah Kiara semula.

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...