"Awak saya rasa ada orang dekat luarlah," Kata Kiara dengan perasaan curiga entah mengapa sejak kebelakangan ini dia sering merasa seperti ada orang mengikutinya.
"Kau ni Kiara daripada hari tu kau cakap dengan aku ada orang dekat luar tapi sebenarnya tak ada pun," kata Fariez dengan wajah bersahajanya, Kiara pun segera menayangkan wajah curiganya.
Bibir bawahnya digigit sebelum di terus cuba menghilangkan rasa curiga dalam hatinya itu.
Tapi memang tadi dia nampak ada seorang lelaki sedang berada di luar rumah seperti sedang mengintai, ini bukan kali pertama tetapi kali ke 4 dia melihat orang yang sama di hadapan rumah.
Apabila Dia memberitahu Fariez dan fariez pergi periksa pasti lelaki itu akan hilang dan dia sendiri tak tahu lelaki itu pergi ke mana.
"Bukan lah kot, perasaan saya je rasanya, tak apalah," Kiara berkata dengan wajah yang terukir senyuman tawar.
"Awak betul-betul tak boleh hantar saya ke?" Soal Kiara dengan wajah bersahaja Fariez pula mengangguk ringkas sebagai jawapan.
"Aku betul-betul kena cepat ni,"
"Kalau macam tu saya tak nak pergilah," Kata Kiara dengan ketapan pada bibirnya, sekarang dia perlu memberitahu Masya bahawa dia tidak dapat pergi majlis hari jadinya.
"Aik, tak nak pergi pulak?" Soal Fariez dengan wajah pelik, Kiara pula hanya mengangguk ringkas sebagai jawapan.
"Okaylah aku pergi dulu, kalau ada apa-apa call aku,"pesan Fariez sebelum dia terus melangkah keluar daripada rumah.
"Kiara kunci rumah," sempat Fariez menambah pesanan kepada Kiara sambil dia berjalan mendekati keretanya, Kiara segera mengangguk ringkas dan menutup pintu rumah.
Fariez memasuki kereta sejurus menghidupkan enjin Sebelum kereta itu keluar habis dari perkarangan rumah.
Laju sahaja kereta itu keluar hilang daripada pandangan.
Kiara terus menolak punat yang terdapat di tombol pintu untuk mengunci pintu tersebut.
Keluhan kecil terbit di bibir Kiara sebelum perlahan-lahan langkah diatur menuju ke sofa ruang tamu memandangkan telefonnye terlihat di atas sofa
Punggung Dilabuhkan di atas sofa ruang tamu sebelum tefonnya dicapai untuk menghubungi Masya memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke majlis hari jadinya itu.
Tangannya bermain pada skrin telefonnya menantikan panggilan daripada seseorang.
Ting!!
Ting!!!
Ting!!!!
Laju sahaja tangannya mengangkat pangilan telefon tersebut dengan mengeser ikon hijau ke kanan dan telefon di tekap pada telinganya.
"Hello boss, kami dah sampai depan rumah ni" kata seorang lelaki dengan nada suara dalam, senyuman sinis terus terbit di hujung bibir boss mereka.
"Make sure kau buat apa yang aku suruh," katanya di dalam talian dengan penuh dendam kepada lelaki di dalam talian itu.
"Baik boss," Kata lelaki itu dengan tegas, panggilan terus dimatikan oleh mereka berdua dan sekali lagi terbit senyum sinis dari bibir mereka berdua.
Sementara seorang lagi lelaki terus mengakat kepalanya memandang kerah kawannya yang baru sahaja habis bercakap telefon.
"Dia cakap apa?" Soal Lelaki itu dengan wajah polis
"Dia nak jugak kita habiskan perempuan tu,"
"Okaylah,"
Tanpa membuang masa mereka terus mendekati pagar rumah sebelum mereka memanjat masuk ke dalam perkarangan rumah.
Pap!
Bunyi tapak kaki mereka menapak di atas pantai rumah Kiara.
"Shh!! Diam boleh tak? Kau nak kita kena tangkap ke apa ni?" Marah salah seorang lelaki yang memanjat masuk ke dalam perkarangan rumah Kiara.
"Manalah aku tahu! Kasut ni yang bunyi!"
Pintu utama rumah terus dituju oleh mereka berdua sebelum sliding door yang elok terletak di sebalik langsir berwarna putih.
Dari luar tidak kelihatan situasi di dalam Kedua penyangak itu segera mengetap bibir mereka memikirkan cara bagaimana hendak masuk ke dalam?
Satu idea yang bernas terbit di fikiran mereka sebelum mereka berdua tersenyum.
Kiara terus mencapai telefonnya dan aplikasi "call" di tekan untuk menghubungi Masya.
Sebaik sahaja dia ingin menekan nombor Masya pantas sahaja pangilan daripada Masya yang masuk.
Dengan pantas terus Kiara mengangkat panggilan telefon tersebut.
"Hello Kiara?" Soal Masya dengan wajah hairannya menantikan Kiara, sedangkan rumah mereka tidaklah begitu jauh.
" Party I dah nak start ni. u dekat mana?" Kata Masya membuatkan Terbit rasa bersalah di wajah dan juga hati Kiara.
" sorry saya tak dapat datang ada hal sikit yang nak kena settle-kan," Kata Kiara membuatkan Masya terpinga-pinga apabila bunyi musik kuat daripada dalam rumah
"Hah? Apa You tak dapat datang?" Soal Masya dengan nada suara yang kuat.
"Haah," balas Kiara sebelum matanya tepat memandang ke arah pintu dapur yang bergegar secara tiba-tiba.
"Kejap-kejap I keluar bising pulak dalam rumah ni,"
Dengan pantah Kiara terus berjalan ke dapur untuk memeriksa menyapakah pintu itu bergegar.
Tajam mata Kiara memandang ke arah pintu dapur itu.
"Okay Kiara I dah keluar ni, you cakap apa tadi?" Soal Masya sebelum telefon didekatkan pada telingan.
"Hello?" Masya terus memandang skrin telefon masih memaparkan masa yang bergerak bermaksud panggilan masih belum dimatikan.
Lamunan Kiara segera mati apabila mendengar suara Masya, wajahnya terus bertukar berkerut
"Hello, sorry saya pergi dapur sekejap tadi,"
"Ohh its okay, ni you nak cakap apa tadi?" Soal Masya dengan wajah ingin tahunya.
"Ni saya nak bagitahu, saya tak dapat datang dekat birthday party awak tu, saya ada urusan.... saya minta maaf tau!" Pinta Kiara
Kiara segera berpusing kebelakang ingin berjalan semula ke ruang tamu setelah tiada apa-apa pun di dapur.
Perlahan-lahan seorang lelaki mendekati Kiara yang sedang membelakangi dapur itu, satu persatu langkah dibawa untuk mendekati Kiara.
Selangkah lagi dia menapak mendekati Kiara, Kiara yang terasa seperti terdapat haba panas daripada belakang terus dia menoleh memandang belakang sebelum pisau ditangan lelaki itu terkena pada perut Kiara.
"Argh!!" Adu Kiara sebelum pisau di perutnya di lihat, berlumuran darah keluar daripada luka yang baru sahaja terhasil tadi.
"Kiara?? Kiara?, you okay tak tu?" Risau Masya apabila mendengar suara Kiara seperti kesakitan.
Telefon bimbit Kiara terus jatuh ke atas lantai sebelum perlahan-lahan lelaki yang menikam Kiara tadi meletakkan badan Kiara ke atas lantai.
"Kiara!!" Jerit Masya di talian namun masih tiada respons.
Sekeping nota ditinggalkan bersama Kiara di sebelah Kiara sebagai pesanan daripada boss mereka iaitu seorang gadis.
Dengan pantas dua orang lelaki tadi segera melangkah keluar daripada rumah Fariez dan Kiara daripada dia terus berada lama disitu.
Sebenarnya mereka sudah pun masuk sebelum Kiara perasan, bunyi getaran pda pintu tadi pun sebenanya kerana mereka berdua masuk ke dalam rumah.
"Kiara?" Gumam Masya sendirian sebelum tangannya mengetuk telefon di tapak tangan
TO BE CONTINUE....
🫶🏻🌹thanks for reading!!

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...