CINTA SEKALI LAGI
________ _________Puan Kairina keluar daripada biliknya ingin menuju ke dapur, matanya terlihat tubuh Lara yang sedang berada di atas sofa ruang tamu.
"Kakak pergi mana lewat malam baru balik ni?" Puan Kairina terus menegur anak sulongnya yang baru sahaja pulang ke rumah.
"Keluar" balas Lara separah dengan wajah masamnya, Puan Kairina terus mengerutkan dahinya.
"Kakak keluar dengan adik ke?" Puan Kairina terus mendekati Lara yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu itu.
Lara menjeling tajam sebelum dia mendengus geram.
"Adik! Adik! Adik!" Gumamnya perlahan dan hanta didengari olehnya seorang.
"Kenapa tak bawak adik datang sini? Rindulah mama dengan anak mama yang sorang tu" Puan Kairina terus berkata tentang Kiara membuatkan Lara terus bangun dari sofa itu dan melangkah ke biliknya.
Pintu bilik dihempas kuat oleh Lara, Beg tangannya terus di campak di atas katil.
"Dah kenapa? Tak sempat lagi nak cerita yang adik telephone tadi" Puan Kairina terus bangun dari kerusinya sebelum dia melangkah ingin masuk semula ke dalam biliknya.
"Apahal semua orang mesti nak cakap pasal kau!! Aku benci kau!!" Jerit Lara dengan kuat, air matanya turut gugur dari tubir matanya.
Dirinya bagaikan kaca yang tidak bernilai bagi sesiapa, disebaliknya Kiara ibarat permata yang disayangi, di jaga dan sentiasa menjadi buah mulut orang.
"Kalau kau tak muncul hari tu dekat kedai coffee tu mesti aku dah tak akan ada urusan dengan kau!!" Bisik Lara penuh dendam, frame gambar yang terdapat gambar mereka sekeluarga dicampak ke tepi sebelum dia menyandar ke dinding.
Bunyi kaca pecah memenuhi ruang bilik itu. Kaca yang bertaburan di atas lantai itu dipandang dengan pandangan kosong.
"I hate U!!!" Jerit Lara dengan sangat Kuat rambutnya yang terurai itu di kusutkan olehnya.
"Aku akan buat hidup kau merana nanti! Kau tunggu!" Bisik Lara dengan senyuman sinisnya memandang satu lagi frame gambar dia bersama dengan Kiara.
_____
Pagi-pagi lagi Fariez sudah keluar pergi ke Punca Angkasa, Kiara kehulur-hilir tak tahu nak buat apa.
Sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri.Kiara terus mengambil tempat di atas sofa ruang tamu sebelum dia memandang ke arah telephonenya.
Ting!
- "Adik, jom keluar nak?! Kita jalan-jalan? Aku bosan ni" - LaraKiara terus mencapai telephonenya yang berada di atas meja depan tv, baru tadi pandang dah dapat mesej.
Nombor Lara ditekan pada skrin telephone dan dia pun membaca mesej itu.
"Keluar? Boleh jugak" gumam Kiara sendirian, bibirnya dimuncungkan.
"Boleh, kejap lagi kau ambil aku!" - Kiara
"Ok, jangan lambat dalam beberapa minit lagi aku sampai." - Lara
Telephone ditutup sebelum dia meletakkannya di atas telephone.
Kiara terus tersenyum nipis sebelum dia menuju ke biliknya untuk bersiap, setelah beberapa minit Lara pun sampai ke Rumah Kiara dan Fariez dengan keretanya.
Kiara pun mengatur langkah ke keluar untuk keluar bersama Lara.
Kiara membuka pintu Kereta Honda Civic FE Lara sebelum dia terus masuk ke dalam kereta itu.

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...