BAB 17

143 18 0
                                    

                       CINTA SEKALI LAGI
_________                               __________

"Hah? Mummy sakit? Tapi aku ada kerja ni!" Kata Fariez dengan bengang, dah lah Hatinya mula sakit melihat Lara keluar malam-malam entah kemana entah.

"Riz, balik sekarang! Mak kamu sakit ni" tiba-tiba kedengaran suara tegas Dato' Fahrin di talian, Fariez terus menarik nafas dalam sebelum dihembus keluar.

"Ye Riz balik sekarang," Katanya sebelum panggilan dimatikan, terus dituju ke arah keretanya untuk balik ke rumah.

"Kau upah orang ikut kereta tu, and bagitahu aku mana diorang pergi" Kata Fariez sebelum dia terus masuk ke dalam kereta dan kereta itu pun meluncur pergi.

"Haih! Aku jugak yang kena, padahal kau yang nak sangat ber-girlfriend-kan si Lara tu" keluh Haikal apabila disuruh begitu, geram pula dia.

Fariez pun masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Haikal seorang diri didepan rumah Puan Kairina itu.

Fariez memandu ke rumah Dato' Fahrin dengan laju, risau juga hatinya

Sampai sahaja di depan rumah enjin terus dimatikan dan dia pun keluar daripada kereta.

Dengan laju langkah diatur masuk ke dalam rumah Dato' Fahrin dengan cemas.

"Kenapa dengan mummy?" Soal Fariez yang baru sahaja tiba dari luar rumah tadi, semua mata terus memandang ke arah Fariez termasuk Kiara.

Fariez mendekati isterinya sebelum dinantikan jawapan daripada Isterinya.

"Mummy jatuh tangga tadi" Kata Kiara dengan sedikit perlahan, Fariez terus mendekati Tubuh Datin Tihanni yang sedang berada di atas katil itu.

"Mummy macam mana boleh jatuh ni?" Soal Fariez dengan risau, Dato' Fahrin terus memandang ke arah anak bongsunya itu.

"Riz pergi mana tadi? Kenapa tak balik rumah?" Soal Dato' Fahrin dengan tegas, terkejut dia apabila balik dari kerja, Kiara masih berada di sini.

"Erm... Riz ada urusan" Kata Fariez sambil menggosok belakang lehernya. Dato' Fahrin terus mengerutkan dahinya.

"Lain kali, bagitahu awal-awal Lyn ada daddy pun boleh hatarkan Kiara balik rumah. Kesian Kiara bosan tak tahu nak buat apa" Kata Dato' Fahrin kepada Fariez bukan apa, pukul 3:00 lagi Fariez sudah keluar ofis tapi tak tahu pergi mana sekarang pukul 8:00 baru balik itu pun sebab disuruh.

"Eh, tak apa Kiara okey je duduk sini" kata Kiara serba salah pula dia apabila anak beranak itu berbahas soalnya.

Dato' Fahrin memandang Kiara sekilas sebelum dia terus memandang Fariez semula.

"Riz balik lah dulu, mummy Riz ni tak ada apa-apa pun." Kata Dato' Fahrin sebelum mendapat anggukan daripada Fariez.

Harraz dan Aralyn hanya diam dan memilih untuk tidak masuk campur.

"Mummy rehat tau, Riz balik dulu" Kata Fariez sebelum dia menyalam tangan Datin Tihanni dan Dato' Fahrin.

Senyuman nipis diberi kepada Harraz dan Aralyn sebelum dia terus bergerak kepuar daripada hilik itu.

Kiara pun hanya mengekori Fariez dari belakang, Sesekali Fariez memandang tajam ke arahnya.

"Cepat sikit boleh tak? Aku ada urusan ni!" Kata Fariez sebelum dia lagi mempercepatkan langkahnya menuju ke keretanya.

Kiara pun tercungap-cungap mengejar langkah besar Fariez yang tinggi itu.

Mereka pun berjalan pulang ke rumah tanpa sebarang percakapan di dalam kereta.

Kereta Fariez berhenti di hadapan mereka, Kiare terus memandang lelaki itu apabila kereta itu hanya berhenti di jalan depan rumah.

"Apa?" Soalnya, dahinya turut dikerutkan.

"Awak tak masuk dalam rumah ke?" Soal Kiara kepelikan, Fariez terus mengeleng kecil kepalanya.

"Tak, aku ada urusan kau masuk dulu" kata Fariez sebelum Kiara mengangguk dan keluar daripada kereta.

Laju sahaja kereta itu meluncur pergi dari kawasan rumah Mereka

Kiara melepaskan keluhan kecilnya sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

______

Lara keluar daripada sebuah tempat dengan seorang lelaki, perlahan-lahan dia berjalan keluar daripada tempat itu dan menuju ke kereta.

"Lara" panggil Fariez pelahan dari belakang, Lara mengerutkan dahinya sebelum dua terus menoleh ke belakang.

"Fariez?! U buat apa dekat sini?" Kata Lara dengan terkejut, terus didekati Fariez yang berada tidak jauh daripadanya.

Lelaki yang bersama dengan Lara tadi sudah pergi dengan perempuan-perempuan murah yang lain.

"I yang patut tanya You, U buat apa dekat tempat macam ni?" Soal Fariez menahan rasanya, Lara terus mengigit bibirnya kerana rahsianya terbongkar.

"Erm... U salah faham, I tak pergi tempat-tempat macam ni cuma I teman kawan I! Ha!" Kata Lara dengan harapan Fariez akan percayakannya.

Namun apa yang Lara cakap lansung tidak meyakinkannya.

"Kenapa U sanggup buat I macam ni?" Soal Fariez dengan wajah pasrahnya

Lara mengetap bibirnya lagi. Otaknya cuba untuk memproses kata-kata yang boleh membuat Fariez percayakannya.

"Erm..."

"I dah penat nak hadap semua ni, dari dulu I still trust U but end up I been betray. Hubungan Kita sampai sini je" Kata Fariez membuatkan Mata Lara terus bulat.

Fariez terus ingin pergi dengan perasaan hampanya.

"U kena percayakan I!" Kata Lara lagi dengan desakannya, Tangan Fariez dicapai olehnya.

Fariez segera menepis pegangan itu, wajahnya jelas kecewa dengan perangai Lara

"You're so different, I dah kenal U! U changed!!" Jerit Lara dengan kuat, kakinya turut dihentak beberapa kali.

"Why? Sebab U dah jatuh cinta dengan adik I?" Soal Lara dengan geramnya, panas hatinya apabila Fariez melayannya begini.

"None of your business" balas Fariez tanpa memandang wajah Kiara.

"Fariez!! U ni kenapa?!" Marah Lara ditolak bahu Fariez kebelakang namun Fariez tidak berganjak sedikit pun.

"I tak sangka perangai U macam ni" Kata Fariez dengan nada tertahan senyuman sinis turut terbit di bibirnya.

"I, I buat semua ni sebab U!" Kata Lara dengan nada kuatnya, Fariez terus memandang tidak percaya kearah muka Kiara.

"U yang langgar plan kita!" Jerit Lara dengan kuat membuatkan Fariez terus mengerutkan dahinya.

"Our plan is U kena biar adik I tersiksa but apa yang U buat?" Sambung Lara lagi, Fariez terus mengetap rahangnya menahan geram.

"U ingat I tak nampak, U boleh pulak buat drama dekat hospital haritu! U dah lupa plan kita!" Kata Lara lagi dengan nada yang tinggi, tanganya disilang ke dada sebelum di pandang wajah Fariez di hadapannya dengan pandangan puas hati.

"I minta maaf, tapi U salah faham, masa tu-" belum sempat Fariez ingin menghabiskan ayatnya Lara sudah menyambung.

"Sorry for? Oh I tahu, sorry sebab U dah tersuka adik I kan?!!" Tempik Lara dengan kuat, menyebabkan orang yang berada di sekeliling memandang hairan ke arah mereka berdua.

TO BE CONTINUE....

*kalau sudi vote lah banyak-banyak⭐️
Tq sudi baca and vote, saya hargai sangat-sangat

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now