CINTA SEKALI LAGI
__________ ___________Sepanjang perjalanan masing-masing hanya diam tidak bersuara, Fariez tetap focus dengan pemanduannya.
Setelah sampai ke rumah Fariez, Fariez memandang Kiara yang sedang tidur di kerusi sebelah.
"Lantak dia lah, nak banggun ke nak mati ke" Kata Fariez dengan perlahan sebelum dia mematikan enjin kereta dan meninggalkan Kiara seorang diri di dalam kereta.
Disebabkan daripada bunyi pintu Kiara terjaga dari lenanya.
"Dekat mana ni?" Soalnya sendirian, di lihat sekeliling kawasan rumah. Tiba-tiba kepalanya teringat tempat di mana dia masuk sewaktu dikejar oleh sekumpulan orang jahat.
"Mana Fariez?" Soal Kiara lagi dengan mamai, pintu kereta terus dibuka sebelum dia berjalan masuk ke dalam rumah Fariez.
Rumah Tuan Asyraaf tidaklah sebesar Fariez kerana Tuan Asyraaf tinggal di kawasan lain, agak jauh dengan kawasan perumahannya.
Satu persatu langkah diatur masuk, cantik dan sangat kemas. Tema rumahnya seperti gold dan dark blue sangat cantik.
"Bilik kau dekat bawah tu" Kata Fariez sambil menunjuk ke arah bilik depan dapur itu.
Kiara mengangguk sebelum dia bergerak ke biliknya, Fariez terus mengambil tempat di atas sofa ruang tamu.
"Cantik" ucap Kiara sepatah, bilik ini tidaklah besar dan tidaklah kecil, sedang-sedang je.
Lengkap ada almari yang agak besar, katil single, meja solek dan beberapa lagi perabot.
Perlahan-lahan punggung dilabuhkan di atas katil sebelum dia mengangkat kakinya naik ke atas katil bersamanya.
"Haa itulah main lagi mulut dengan orang tua, kan dah mendapat" gumamnya seorang diri, kalaulah dia tidak bergaduh dengan Datin Tihanni tadi pasti semua ini tidak akan terjadi.
Tok!!
Tok!!
Dedengaran ketukan dari luar Bilik Kiara, Kiara pantas mengerutkan dahinya.
Fariez memulas tombol pintu bilik Kiara sebelum dia menghulur beg baju kepada Kiara
"Nah" Beg itu pun bertukar tangan, Fariez menarik dalam nafasnya.
"Aku minta maaf tuduh kau yang bukan-bukan tadi," Kata Fariez sebelum di hulur lagi kotak peti kecemasan kepada Kiara.
"T-tak apa, saya okey je" kata Kiara dengan senyuman nipis, caring jugak hihihi
"Kau nak pergi klinik tak?" Soal Fariez dia tidaklah ingin menyiksa wanita itu, masih ada rasa perperikemanusiaan dalam dirinya.
"Tak payah saya letak ubat baiklah ni," Kata Kiara lagi berserta senyuman nipisnya lagi, Fariez segera mengangguk.
"Suka hati kaulah, ni aku nak keluar kejap tau" Kata Fariez kepada Kiara, sekurang-kurangnya Kiara tahu dia tiada di rumah.
"Pergi mana?" Soal Kiara dengan hairan baru balik? Dah nak keluar?
"Tak ada kena mengena dengan kau, tak payah sibuk" kata Fariez sebelum dia menjeling Kiara langkah terus dibawa keluar.
Kiara memuncungkan bibirnya, tanya sikit pun tak oleh!
_____
Lara menaiki keretanya menuju ke rumah keluarganya,
Kereta dipandu perlahan sahaja sambil itu mulutnya menyayikan lagu yang bermain di radio.

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...