Kiara bangun pagi dengan perasaan yang sangat ceria, hari ini merupakan hari lahirnya, dia pasti Puan Zalia akan menghantar pesanan mesej untuk menyambut kelahirannya.
Ting!
Bunyi nofiticasi telefon membuatkan Kiara segera mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas laci meja.IBU😘
HAPPY BIRTHDAY KIARA! Semoga hidup Kia sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT! Nanti bila-bila kita jumpa ibu belanja Kiara Shopping!!Terus tersenyum Kiara sehingga ke telinganya apabila membaca pesanan mesej itu.
Ting!
Hairan pula Kiara apabila terdapat satu lagi mesej dari orang lain kepadanya, dengan dahi berkerut, Kiara segera membuka mesej itu.
Unknow
HAPPY BIRTHDAY ANAK PAPA! Sorry sebab selama ni papa tak pernah ingat tarikh lahir Kiara dengan Lara! Tapi papa janji mulai sekarang Papa akan ingat dan sayang Kiara sampai hujung hayat papa.❤️Terus menitis air mata Kiara apabila Melihat Tuan Asyraaf sendiri menghantar pesanan kepadanya tentang hari lahirnya.
Senyuman paling lebar kepada detik bermakna Kiara berikan, terus dia ingin turun kebawah untuk membuat sarapan pagi dan pergi ke rumah Tuan Asyraaf.
Langkah dibawa perlahan-lahan menuruni anak tangga dan kelihat kawasan rumah masih sunyi memandangkan Lara masih belum bangun dari tidur.
Langkh terus dibawa menuju ke dapur untuk membuat sarapan.
Setelah beberapa minit berperang di dapur, Kiara terus menghidangkan beberapa potong sandwish ke atas pinggan sebelum di letakkan diatas meja.
"Nampak sedap," puji Kiara apabila melihat sandwish buatannya elok tersusun di atas pinggan.
"Lara ni nak kena ni, anak dara tak bangun lagi ni! Dah pukul sembilan dah!" Bebel Kiara perlahan sebelum pintu bilik Kiara dituju olehnya, perlahan-lahan tombol pintu di pulas untuk mengejut Lara.
Matanya melilau memandang sekeliling untuk mencari kelibat Lara, atas katil tak ada, dalam bilik air pun tiada. Kiara terus mengerutkan dahinya apabila Lara tiada di situ.
Langkahnya perlahan-lahan dibawa naik ke atas untuk mencari lara di atas.
Biliknya dituju sebelum bilik yang dia gunakan semalam itu diteliti dengan jelas. Tiada orang!
Semakin berdebar Kiara dibuatnya kerana hanya satu sahaja lagi bilik yang masih belum diperiksa.
Perlahan-lahan langkahnya dibawa mendekati Pintu bilik, tombol pintu di pulas sebelum pandangannya terus menuju ke atas katil.
Zap!
Hatinya bagaikan tersentak apabila melihat kakaknya bersama Fariez di atas katil, gugur air matanya setitik melihat mereka berdua.
Fariez membuka matanya perlahan apabila bunyi pintu berlanggar dengan dinding belakang memenuhi ruang.
Fariez mengalihkan pandangannya ke sebelah kerana terasa disebelahnya terdapat seseorang, Fariez segera memandang Lara dan sedang nyenyak tidur.
"Lara?!" Terkejut Fariez sebelum dia terus turun daripada katil dengan mengejut dan pandangan dialih ke arah pintu yang terdapat tubuh Kiara.
Kecewa hati Kiara apabila melihat butang baju Fariez terbuka sehingga menampakkan lumrah dadanya.
"Kiara!" Fariez segera menghampiri Kiara dengan wajah yang sukar ditafsirkan entah terkejut, risau, ataupun apa-apa sajalah.
Lara mencelikkan matanya sedikit sebelum dia mula mengeliat kecil, anak matanya dilarikan memandang Fariez yang sudah berubah riak wajah.

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...