BAB 16

152 11 0
                                    

                        CINTA SEKALI LAGI
__________                            ___________

Semalam mereka tidur di sini kerana perbincangan antara Dato' Fahrin dan anak-anaknya semalam sampai lewat malam, jadi mereka tidur sahaja semalam disini.

Kiara turun daripada tangga sambil mulutnya menyanyikan lagu.

"Amboi seronoknya, ada apa-apa ke?" Soal Aralyn yang sedang berada di ruang tamu.

"Eh? Mana ada saja je nyanyi lama tak nyanyi" Kata Kiara sebelum dia mendekati tubuh Aralyn.

"Comelnya akak!!" Jerit Kiara sebelum dia menghampiri Elly yang berada di atas sofa bersama Aralyn.

"Ellyn Rizqa"

"Ehh akak nama panjang dia ke?" Soal Kiara kerana terdapat nama Elly pada lapik yang terlentang di atas Sofa.

"Haah" balas Aralyn sambil menepuk-nepuk belakang tubuh Elly yang baru sahaja ingin tidur itu.

"Sedapnya!" Kata Kiara Sebelum pipi budak itu di picit. Aralyn tersenyum kecil melihat layanan Kiara terhadap anaknya.

______

"Nanti kau emailkan dekat aku semua ni," Kata Fariez kepada perkerjanya. Pekerja itu hanya mengangguk sebelum fail yang berada di atas meja di ambil semula.

"Ada apa-apa lagi?" Soal Fariez kerana Perkerjanya itu masih berada di situ.

"Tak ada" kata pekerja itu sebelum dia berjalan keluar dari bilik Fariez.

Knock!

Knock!

Knock!

"Ya? Ada apa lagi?" Soal Fariez dari dalam bilik, Haikal terus membuka pintu bilik itu dan melangkah masuk.

"Lah kau rupanya, aku ingatkan Hafiz tadi" Kata Fariez dengan datar, Hafiz ialah pekerja yang baru keluar tadi.

"Kau busy ke?" soal Haikal ada benda yang dia ingin beritahu tapi takut sekarang bukan masa yang sesuai.

"Tak ada busy sangat, nak email ni je" Kata Fariez sambil menunjuk ke arah komputer di atas mejanya itu.

"Kau kenapa ni? Pelik je aku tengok?" Soal Fariez kerana Haikal seperti gelisah semacam.

"Erm.. okey macam ni, kau tahukan aku memang kenal dengan Lara daripada sekolah menengah?" Soal Haikal dengan wajah gelisahnya, Fariez terus mengerutkan dahinya.

"Hmm? Dah kenapa kau ni?" Soal Fariez lagi, semakin tidak sedap pula hatinya apabila Haikal tanya begitu.

"Okey, aku bukan nak tuduh ke apa tau tapi aku yakin aku tak salah nampak" Kata Haikal lagi menyebabkan Fariez mengerutkan dahinya, wajahnya terus bertukar tegang apabila Haikal bercakap satu-satu.

"Aku duduk hotel semalam sebab meeting aku sampai lewat malam jadi aku tak balik rumah, masa aku dekat depan hotel tu aku nampak Lara baru keluar dari satu tempat ni dengan seorang lelaki macam orang tua sikit. Aku bukan apa tau tapi lelaki tu panggil Lara sayang and Lara macam mabuk tau" Kata Haikal kepada Fariez menyebabkan terus serius wajah lelaki itu.

"Aku ada bukti, kejap" Haikal terus mencapai telephone yang berada di dalam poket seluarnya.

Aplikasi Gallery dibuka sebelum gambar Para bersama seorang lelaki ditunjuk.

Fariez memerhati gambar itu dengan jelas, memang betul dalam gambar itu seperti Lara.

"Aku rasa apa kata kita try follow dia malam ni" Cadang Haikal yang berada di hadapan Fariez itu, Fariez terus menggenggam erat penumbuknya.

Ini bukan kali pertama tapi kali ketiga dia mengesyak benda ini akan berlaku.

Pertama ketika dia menghubungi Lara tetapi suara lelaki yang kedengaran, Kedua semasa dia tengah meeting di sebuah resort dia terlihat sosok tubuh seperti Lara keluar dari resort itu bersama seorang lelaki tua.

"Aku nak kau upah orang untuk ikut Lara dari pagi ni dan bagitahu aku apa dia buat dan dekat mana dia pergi" Kata Fariez dengan nada tertahan, Haikal terus mengangguk sebelum telephonenya yang berada di atas meja diambil.
______

"Sayang!" Panggil Harraz yang baru sahaja pulang daripada Puncak Angkasa iaitu nama syarikat Dato' Fahrin.

Aralyn segera menoleh memandang suaminya, Ellyn ditangan turut memandang ke arah ayahnya.

"Nah jaga Elly pulak, saya nak rehat. Banyak pula ragam budak ni hari ni" Kata Aralyn sebelum diletaknya Ellyn kepada dukungan Harraz.

"Hah?" Harraz tergamam sendirian di ruang tamu itu, Aralyn segera naik ke atas untuk berehat.

Dari pagi tadi Ellyn asyik menagis tak henti-henti mungkin tak biasa dengan tempat baru mereka, penat dia nak uruskan. Datin Tihanni pual tak ada keluar dengan kawan-kawannya pergi bersenam agaknya

Kiara pun turun daripada atas ingin ke dapur untuk minum air, kering tekaknya lama-lama duduk di atas.

"Ehh? Kiara tak balik lagi? Dah petang ni?" Kata Harraz yang sedang mendukung Elly itu.

"Erm.. entah Fariez tak sampai-sampai pun lagi" Kata Kiara dengan riak muka bersahaja, dari tadi dia menunggu Fariez untuk pulang dan mengambilnya pulang semula ke rumah mereka, tapi tiada pula kelibat lelaki itu dari tadi.

"Rasanya Riz dah balik dulu dah?" Gumam Harraz seorang diri, Kiara terus berjalan pergi ke dapur untuk minum seteguk gelas air.

______

"Berapa lama lagi nak kena tunggu dia keluar ni?" Soal Haikal, penat dia menunggu dari tadi, tapi Lara tak keluar-keluar pun.

Klak!

Bunyi pintu dipulas dari dalam, Fariez dan Haikal terus mengangkat wajah memandang ke arah Rumah Puan Kairina itu.

Kelihatan seorang dalam lingkungan umur 40-an keluar dari rumah itu.

"Itu bukan Lara! Itu mak dia, aku rasa aku salah oranglah mungkin tu bukan Lara" Kata Haikal dengan wajah putus asanya, dia nak balik! Tak fasal-fasal kena tunggu pulak.

"Ye ke?" Kata Fariez sambil mengigit pipi dalamnya.

"Jomlah balik! Mak bapak aku marah nanti!" Kata Haikal dengan wajah tidak berpuashati, Fariez hanya mengecilkan matanya kepada Haikal.

"Jom" kata Fariez sepatah sebelum mereka berdua menoleh ingin menuju ke kereta semula.

Klak!

Sekali lagi pintu rumah dibuka dan kelihatan Lara dengan baju paras lutut dan ketatnya keluar dari rumah itu.

Kedua-dua lelaki itu terus memusing memandang rumah itu semula.

"Wey! Tu...." Kata Haikal sambil menjongketkan bibirnya ke arah Lara, Fariez segera memandang wajah itu.

"Lara?"

Terdapat satu kereta Toyota Alphard Vellfire berhenti di hadapan rumah Puan Kairina,

Haikal dan Fariez menyembunyikan dirinya di belakang tong sampah supaya tidak kelihatan.

Lara pun mengatur langkah masuk ke dalam kereta itu dengan perlahan-lahan.

"Aku nak kita-" Belum sempat Fariez ingin menghabiskan percakapannya ringtone handphonenya berbunyi.

"Shh!!!" Bunyi Haikal menyuruh Fariez untuk diam dan silentkan telephonenya. Fariez menjeling matanya keatas.

Terus diambil telephone di dalam poket seluar dan nama Harraz terpapar di skrin Telephonennya.

"Ish!" Rungutnya sebelum ikon hijau pada telephone itu ditekan.

"Apahal!" Marah Fariez kerana Harraz menganggunya, matanya tidak lari dari memandang kereta Toyota Alpard itu.

"Riz, mummy sakit!!" Kata Harraz di talian menyebabkan Fariez terus mengerutkan dahinya, apahal pulak ni?


TO BE CONTINUE....

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now