BAB 9

174 14 0
                                    

                          CINTA SEKALI LAGI
___________ __________

Kiara duduk bersandar di atas sofa rumah, kakinya yang sakit ditenung seketika.

"Nak pergi klinik tapi macam mana nak bagitahu Fariez?" Soal Kiara bersendirian, telephonenya masih belum dibaiki selepas kena campak dengan Tuan Asyraaf haritu.

Matanya ralit memerhati sekeliling rumah, akhirnya matanya terhenti pada telephone rumah digital cordless yang berada di atas laci TV.

Terus langkah dibawa menghampiri telephone rumah itu. Dicapai telephone itu dengan perlahan.

"Guna ni boleh ke?" Soal Kiara sendirian telephone itu diambil dan diperhati setiap sudutnya.

Kiara terus menekan beberapa butang pada telephone itu sebelum tertera nama 'Fariez' di situ.

Terus di call nombor itu dan telephone itu diletakkan pada telinganya.

"Halo?" Soal Fariez di sebalik talian, terkejut dia apabila nombor rumah yang menghubunginya.

"Erm... awak saya nak minta izin boleh?" Soal Kiara, gugup pila dia apabila mendengar suara suaminya.

"Siapa ni? Kau ke Kiara?" Soal Fariez sebelum dia memeriksa nombor yang tertera di skrin telephonenya.

"Ye, ni saya" kata Kiara dengan malas, dah tahu dia je dekat rumah ni memang dialah yang call.

"Kau nak apa? Aku ada meeting ni!" Kata Fariez kasar, wajahnya terus tegang apabila melihat Kiara terdiam seketika disebalik talian.

"Saya nak minta izin awak, saya nak pergi klinik" kata Kiara dengan nada malasnya lagi, tadi dah cakap dah nak minta izin.

"Nak buat apa? Kau mana ada kereta"

"Saya nak jumpa doktor kaki saya sakit, kalau pasal kereta awak tolonglah saya pesankan grab" Kata Kiara dengan lancar, bibir dimuncungkan sedikit risau jika lelaki itu tidak mengizikannya.

Kedengaran suara Fariez sedang bercakap dengan seorang lelaki, wajah Kiara jelas kepelikan. Dia cakap sensorang ke?

"Ish, ye lah... dah aku nak kena pergi dah ni" Kata Fariez sebelum dia mematikan panggilan telephone, Kiara terus terkedu. Macam tu ke matikan panggilan?

"Okey, aku nak siap" Katanya dengan senyuman sebelum tubuh dibawa masuk ke biliknya.

                                     _____

Setelah beberapa minit menunggu grab yang dipesan oleh suaminya pun tiba, dengan laju langkah diatur mendekati kereta itu.

Perlahan-lahan tubuh dibawa masuk ke dalam kereta.

"Pakcik hantar saya dekat klinik berdekatan boleh?" Kata Kiara dengan nada bersahaja sebelum dia memakai tali pinggang.

"Tapi, kamu yang pesan grab ni tadi, dah hantar location dah pun, ni?" Kata Pakcik dalam lingkungan umur 50-an kepada Kiara. Handphonenya yang tertera alamat untuk ke klinik yang diberi oleh Fariez ditunjuk.

"Ehh? Erm... itu tadi saya ingat nak pergi sana, sekarang saya tukar, kita pergi klinik berdekatan je," Kata Kiara sebelum dia memberitahu pakcik itu tempat yang dia ingin tuju.

"Hah? Ye lah" Kata Pakcik itu sebelum kereta itu bergerak menuju ke Klinik berdekatan.

Akhirnya kereta itu pun berhenti di sebuah Klinik bernama 'Klinik Menara', Kiara megucap terima kasih sebelum dia merobos keluar daripada kereta.

Kiara masuk ke dalam klinik itu dan terus menuju ke kaunter untuk mengambil giliran masuk ke dalam bilik rawatan.

Setelah selesai mendaftar dan membuat bayaran Kiara pun duduk di kerusi menunggu sementara nombor gilirannya di panggil.

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now