Mata merenung pokok yang bergoyang kerana tiupan angin yang cukup kuat. Fikiran melayang jauh memikirkan perkara yang tidak akan terjadi. Ya, tidak akan terjadi. Dia Lelah memikirkan keberadaan keluarganya. Adakah masih hidup atau tidak? Nafas dihembus kasar. Dia menyimpan sedikit dendam pada keluarganya.
"Vina?"
Mati lamunanya apabila namanya dipanggil dari belakang. Dia pusing melihat Mia yang datang bersama cawan di tangan. Mia menghampirinya. Dia menghulur cawan yang berisi hot chocolate kepada Erika. Erika mengambilnya lalu dicicip sedikit.
"Kau okay tak, Vina?" soal Mia sambil memandnag wajah sayu Erika. Dari raut wajah Erika sahaja dia sudah tahu apa yang bermain difikiran wanita itu.
"Aku okay. Cuma aku tertanya-tanya... kenapa keluarga aku buat aku macam ni. Apa kurangnya aku sehingga diorang sanggup buang aku?Aku pun manusia biasa. Aku ada hati dan perasaan juga," luah Erika bernada sayu.
Mia menarik Erika ke dalam pelukannya. Dia yang menemani Erika ketika Erika hancur. Mereka tidak membesar bersama, tetapi dia cukup mengenali perangai Erika.
"Jangan cakap pasal benda ni lagi, Vina. Aku tahu kawan aku kuat. Semua benda yang terjadi Pastu bersebab. Jangan terlalu menyalahkan takdir sehingga beranggapan bahawa Allah tidak adil. Kita ada Allah. Luahkan kepadanya. Dia sentiasa mendengar dia hambanya.
Erika mengangguk perlahan. Setiap hari dalam sujud terakhirnya, dia akan berdoa agar tuhan pertemukan kembali keluarga kandungnya. Tidak pernah putus doa buat keluarganya, walaupun tersimpan sedikit dendam di hatinya.
"Aku tak pernah salahkan takdir, Mia. Tapi berat untuk aku terima kenyataan. Aku cemburu tengok orang lain rapat dengan mak ayah diorang sedangkan aku tak pernah jumpa mak ayah aku. Nama diorang pun aku tak pernah tahu Mia."
Erika mengelap matanya apabila terasa ada air di tubir matanya.
"Kawan aku kena kuat. Erika Elvina yang aku kenal... seorang perempuan yang sangat kuat. Jangan pernah putus asa untuk cari keluarga kandung kau."
Terukir kecil senyuman di bibir Erika. "Terima kasih, Mia. "
Mia mengangguk bersama senyuman yang terukir.
"Kau bila nak pergi teratak tu lagi, Vina. Aku sukalah tempat tu. Rasa tenang sangat. Kalau kau pergi lagi, bawak aku sekali boleh."
Erika menjeling Mia.Bukan dia tidak tahu mengapa Mia beria sangat ingin pergi ke situ kembali.
"Boleh tapi kau nak jumpa budak-budak tu ke, atau kau nak menggatal dengan ustaz dekat sana, Mia Arissa?"
Mia sengih tidak bersalah. Kantoi sudah niatnya ingin pergi ke Teratak Zahrah itu kembali.
"Alaaa bukannya selalu, Vina. Kau macam tak kenal pulak mak aku tu macam mana. Tak habis-habis suruh aku kahwin cepat. Kalaulah jodoh tu boleh beli online dah lama aku beli tahu tak," rungus Mia kegeraman.
"Aku setuju apa yang mak kau cakap. Cepat sikit kahwin. Aku dah tak sabar nak makan nasi minyak kau ni." Sengaja Erika ingin menambah api kemarahan Mia. Erika memegang perutnya yang berasa sebak akibat ketawa tanpa henti.
"Kau dengan mak aku sama aje. Dua kali lima!" Mia dari duduknya lalu pergi meninggalkan Erika yang masih tertawa tanpa henti.
"Dua kali lima sepuluh Mia!" jerit Erika
"Diam, Erika Elvina! Jangan sampai aku cili mulut longkang kau tu!" balas Mia dari tingkat atas.
"Kelakar jugak kau ni, Mia. Dengan ustaz pun kau nak mengorat ke?"
Dia meggeleng kepala apabila mengingat kembali Mia sedang mengintai seorang ustaz muda yang sedang sibuk memberi ceramah kepada anak-anak yatim di situ.
ANDA SEDANG MEMBACA
EMIR EIDRIS | Complete
Mystery / Thriller"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."
