Kepala Eryn di cium berkali-kali. Rindu dirinya pada sosok tubuh kecil itu. Dia bermain masak-masak bersama Eryn.
Setelah hampir lima jam di hospital akhirnya dia berjaya juga discharge. Sudah lali telinganya mendengar kesemua pesanan doktor. Emir turut memberi ceramah ringkas padanya juga agar jangan melakukan kerja berat.
"Mama." Erika memandang anak mata Eryn.
"Yes baby?"
"Betul ke Ayin nak jadi tatak." Tertawa kecil Erika mendengar pelat Eryn.
"Yes baby. Eryn dah nak jadi kakak. Lepasni Eryn kena jaga adik baik-baik boleh?" Pantas Eryn mengangguk bersama senyuman di wajah.
Sekarang dia tidak bersendirian lagi. Selepas ini dia boleh bermain dengan adiknya.
"Tahniah Elvina." kata Joanna. Erika tersenyum kecil sambil mengangguk.
"Terima kasih Joanna tolong tengokkan Eryn. Saya harap Eryn tak buat perangailah semalam." Joanna menggeleng.
"Eryn budak baik. Macam-macam doa dia bacakan untuk awak. Doa makan pun dia baca. Dia kata Emir ajar dia baca doa makan kalau sedih."
Ternganga Erika mendengarnya. Ajaran siapa pun dia tidak tahu.
"Emir tu memang pelik. Emir pergi mana?" Erika terdiam sebentar.
Emir hanya menghantarnya pulang sahaja selepas itu dia keluar semula. Pergi kemana pun dia tidak memberi tahu. Tahu-tahu aje lesap.
"Tak tahu pulak saya. Tapi macam ada kecemasan aje. Laju sangat bawak kereta." Joanna mengangguk faham.
"Mungkin ada kerja sikit kot. Awak jangan risaulah."
"Mungkin jugak."
"Awak dah ada nama untuk baby ni?" Pantas Erika mengangguk. Sudah lama dia mencari nama bayi cuma masih tak ada rezeki sahaja dulu.
"Apa nama dia?" Mata Joanna sudah berbinar-binar. Dia sukakan bayi.
"Saya hanya ada nama untuk baby girl aje baby boy tu biar Emir bagi." Dia menarik Eryn agar duduk di atas pehanya.
"Nama dia Emny Elnaura." Terukir senyuman di bibir Erika.
"Comelnya nama tu!"
"Yeay! Yepasni Ayin ada tawan." Eryn melompat keriangan. Pecah tawa mereka berdua.
***
Tatapan mata dingin sahaja. Sukar ditafsir apa yang bermain di fikiran itu. Tidak pernah mereka melihat tatapan mata yang cukup dingin itu.
Rayyan hanya menyandar di pintu sahaja sedari tadi. Dia sendiripun seram melihat aura Emir.
"Kenapa Emir tengok kita orang berdua macam tu?" soal Dato' Ehshal. Dia melihat istrinya di sebelahnya . Istrinya pun tidak mengerti dengan tatapan mata itu.
"Daddy dan mommy ingat lagi tak kes Eleena?" Serentak mereka mengangguk. Mereka memandang sesama sendiri. Hairan mengapa Emir bertanya tentang itu.
"Kenapa Emir tanya? Emir dah jumpa Eleena?" Datin Emilia bangun dari duduknya. Dia menghampiri Emir.
"Eleen dah tak ada." Terhenti langkah kaki Datin Emilia. Dia memandang wajah anaknya dengan tatapan tidak percaya.
"Tak mungkin."
"Eleen dibunuh. Dia dibuang sebelum di bunuh." Terjatuh Datin Emilia mendengarnya. Nasib Dato' Ehshal sempat menyambut tubuh Datin Emilia.
"S..siapa yang bunuh dia Emir?" Wajah Datin Emilia sudah dipenuhi dengan air mata. Dia memandang wajah Emir yang masih lagi beriak dingin.
ANDA SEDANG MEMBACA
EMIR EIDRIS | Complete
Mystery / Thriller"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."
