Chapter 11

2.2K 105 2
                                    

Kereta diletakkan di hadapan Teratak Zahrah. Masih awal lagi untuk melihat kanak-kanak itu bermain. Langit pun masih lagi gelap. Sengaja dirinya datang awal. Dia terlampau rindu pada Eryn. Dia melangkah menuju ke arah bilik Eryn.

Perlahan-lahan dia membuka pintu. Dia mengintai sedikit.

"Gelapnya." gumamnya perlahan. Dia melangkah masuk. Suis lampu di cari. Dia menekan suis lampu apabila telah menemuinya.

"Dia pun tidur dekat sini ke?" Keningnya berkerut melihat Emir yang sedang nyenyak tidur bersebelahan Eryn. Dia memeluk tubuh montel Eryn. Sudah seperti seorang ayah yang sedang menidurkan anaknya.

Erika menuju ke arah katil. Dia melabuhkan pungunggnya bersebelahan Eryn. pipi Eryn di cium. Eryn mengeliat kecil.

"Little princess bangun. Mama dah sampai."Dia mengoncang perlahan tubuh Eryn.

"Elvina? Kau baru sampai?" Terangkat bahu Erika akibat terkejut. Orang lain yang dikejut orang lain yang bangun. Dia mengangguk sambil tersengih.

"Sorry ganggu awak tidur." Emir menarik tangannya perlahan. Dia bersandar.

"It's okay baby. Sorry aku tidur bilik kau. Semalam Eryn meragam. Itu yang aku temankan dia." jelas Emir. Dia tidak mahu Erika salah faham.

"Terima kasih sudi jaga Eryn." Emir mengangguk. Dia menggosok matanya. Dia toleh melihat Eryn yang masih nyenyak tidur.

"Aku keluar dulu Elvina?" Erika mengangguk. Dia membiarkan Emir keluar. Dia kurang selesa bila bersama Emir.

Emir melangkah keluar. Dia menutup pintu bilik Erika perlahan-lahan.

"Kenapa jantung aku berdegup kencang bila bersama dia?" Dia menggeleng kepala untuk membuang permikiran yang negatif. Nafas di tarik panjang.

"Eryn Alissa, bangun sayang." Tubuh Eryn kembali digoncang perlahan. Eryn mengeliat kecil. Matanya di buka untuk melihat hantu mana yang mengganggu lenanya.

"Mama!" Dia bangun lalu memeluk tubuh Erika. Pipi Erika dicium.

"Mama rindu anak mama." Erika membalas ciuman Eryn. Dia memeluk tubuh Eryn erat tidak mahu dilepaskan.

"Ayin ingat momok mana yang kacau Ayin idor." Tertawa Erika mendengarnya. Momok?

"Mama, Ayin panggil momok." Eryn tertawa tidak bersalah.

"Sayang mama!" Pantas Eryn berlari menuju ke arah tandas apabila melihat wajah Erika berubah merah. Erika mengeluh nafas panjang.

"Betuah punya anak." Dia bangun untuk mengemas katil. Selimut di tarik terlebih dahulu. Dia menyusun bantal sehingga kelihatan rapi. Matanya terhenti ke arah satu rantai berwarna silver di sebelah bantal.

"Rantai siapa ni?" soal Erika seorang diri. Dia mengambil rantai tersebut. Matanya memerhati nama pada loket rantai tersebut. Berkerut keningnya membaca nama pada poket rantai itu.

"Tango: Pasuka gerak khas? Siapa Tango?" Dia mengambil telefonya di dalam beg tangan. Dia membuka aplikasi google. Dia menaip 'pasukan gerak khas'.

"Aku dah kata selama ni dia menipu perkerjaan dia. Dia gerak khas. Jangan cakap yang Tango code name dia." kata Erika seorang diri. Dia mengenggam erat loket rantai tersebut.

"Mama!" Mati lamunan Erika. Dia bangun dari duduknya menuju ke arah tandas.

"Kenapa sayang?" Dia membuka pintu tandas.

"Mama boyeh tak toyong ambikkan baju princes Ayin." Erika mengangguk.

Dia menuju ke arah almari. Dia membelek kesemua baju untuk mencari baju princes anaknya. Dia mengambil sehelai baju dress yang berwarna hitam yang bergantung.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now