Chapter 14

1.8K 88 1
                                    

Keluhan dilepaskan. Dia menjatuhkan pistolnya. Dia maju menghampiri Tango. Pistol dicampak ke tanah . Bibir terukir senyuman kejam.

"Bagus kau dah tahu rancangan aku. Tapi tak bermakna kau tahu rancangan aku tentang bakal istri kau." Tango mengempal tangannya. Dirinya sudah tercabar mendengar kata-kata Tiger.

"Jangan pernah sentuh Elvina!" Tango mengenggengam baju Tiger. Matanya berubah merah akibat terlampau marah.

"Kau nak bunuh aku?"

"Orang macam kau ni layak mati." Tanpa sengaja air mata keluar daripada tubir mata Tango. Dia lemah jika melibatkan Erika Elvina.

"Kelemahan kau perempuan tu? Mudahlah aku nak hapuskan kau. Mungkin aku boleh bunuh perempuan tu."

Buk
Buk
Buk

Terteleng wajah Tiger akibat ditumbuk kuat oleh Tango. Tepi bibirnya keluar cecair merah. Dia membuang ludah. Wajahnya sudah memerah akibat ditumbuk.

Marco yang daripada tadi menjadi pemerhati kini dia melangkah menghampiri Tango. Dia menahan bahu Tango daripada terus menumbuk Tiger. Tiger sudak terbaring lemah.

"Ingat tugas kita Mir. Tugas kita bawak dia masuk lokap sahaja bukan bunuh dia." Marco menolak kasar bahu Tango. Dia tahu Tango sudah lemah. Tapi ini tidak bermakna akan mematahkan semangat Tango untuk terus bangkit.

"Elvina dalam bahaya Rayyan. Baru semalam aku tengok dia happy Rayyan. Kenapa Rayyan? Kenapa Elvina yang jadi mangsa?" Tangisan Tango semakin kuat.

"Emir Eidris bin Ehshal tak akan itu pun kau nak menyerah. Tak guna kau nangis. Baik kau bangkit. Nyalakan signal kau. Mintak bantuan diorang. Jangan lemah Emir. Jangan jadi bodoh sebab umpan mamat tu je. Ni bukan Emir yang aku kenal. Bangkit Emir. Jangan menyerah. Elvina perlukan hero dia."

Tango menelan ludahnya. Benar apa yang dikatakan Marco. Tak guna dia menangis sedangkan Erika memerlukan pertolongannya.

Tango kembali bangun. Dia menghampiri Tiger yang sudah lemah di tanah. Wajahnya dipenuhi dengan darah akibat dipukul oleh Tango.

"Kau buat apa dengan Elvina, Amsyar Adrian?!'

"Dia dah mati Tango. Aku dah arahkan anak buah aku untuk bunuh dia. Siapa suruh jadi penipu. Dengan orang yang kau cinta pun kau boleh menipu ini kan pula orang lain."

"Mana Elvina?"

"Anak buah aku jumpa dia dekat taman tengah menangis. Bila ditanya dia jawab yang kau penipu. Mungkin sekarang dia dah tak percayakan kau Tango. Kesian aku tengok dia. Kena tipu hidup-hidup dengan bakal suami sendiri. Aku rasa dia dah tawar hati dengan kau."

"Celaka kau Tiger!"

"Emir!"

Terhenti tangan tango daripada terus memukul Tiger.

"Tolong lepaskan Elvina. Aku merayu Black. Mana hilangnya Black yang dulu. Elvina kelemahan aku Black. Aku cintakan dia sepenuh hati aku. Tolong jangan apa-apakan dia. Tolong Black."

Tango melutut di hadapan Tiger. Itu sahaja yang dia boleh lakukan. Dia tidak sanggup kehilangan Erika.

"Kau dah terlambat bro. Sebelum aku keluar daripada rumah tu aku dapat panggilan yang Elvina berada di hospital sekarang. Mungkin dah mati atau hilang ingatan. Black yang dulu dah mati sebab Tango yang hancurkan dia."

"Apa maksud kau Black. Tolong cakap ini semua mimpi. Bila masa aku hancurkan hidup kau Black?"

"Kau tanya bila masa? Kau tak ingat tiga tahun yang lalu? Kau tak ingat apa yang berlaku?"

Terdiam Tango mendengrnya. Dia sudah ingat apa yang berlaku tiga tahun lalu. Itu semua kesilapannya ketika sedang bertugas.

3 tahun lepas...

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now