Sebulan berlalu...
Sampin dipakai dengan rapi. Songkok diletakkan di atas kepala. Nafas ditarik panjang. Dia tidak bersedia untuk angkat nikah. Nama pengantin perempuan pun dia masih lagi tidak tahu. Boleh buat malu jika tersalah sebut.
"Wei Mir. Kau termenung apa? Jom lah pergi masjid." Emir mengangguk perlahan. Telefonnya diambil terlebih dahulu sebelum keluar daripada bilik. Dia menutup pintu bilik.
Kaki melangkah menuruni anak tangga. Dia menuju ke arah kereta. Semua telah menunggunya disana. Terukir senyuman kecil dibibirnya.
"Tahniah tuan. Tak sangka dalam garang-garang tu kahwin jugak." kata Pablo. Masing-masing tertawa. Emir menjeling wajah mereka silih berganti.
"Korang tunggu turn korang. Memang aku malukan korang semua depan tetamu. Terutamanya kau Rayyan." Terhenti tawa Rayyan apabila namanya diseru.
"Asal aku pulak?"
"Jangan jadi dungu. Seminggu sebelum aku kahwin kau lah suka malukan aku. Kaki menganjing." Sengaja Emir menekankan perkataan menganjing. Rayyan mengangkat bahunya tanda tidak bersalah.
"Handosmenya anak mummy ni. Akhirnya anak mummy ni kahwin jugak." Emir tersenyum manis ke arah Puan Emilia.
"Tak payah nak tersenyum sangat patutnya kamu nervous sekarang ni." perli Encik Ehshal. Emir menjeling daddynya. Berbisa sungguh mulut Encik Ehshal.
"Dah tak payah nak gaduh. Jom pergi." arah Puan Emilia. Dia menarik lengan baju Emir agar masuk ke dalam kereta.
Encik Ehshal turut masuk ke dalam perut kereta. Dia duduk bersebelahan bahagian pemandu. Rayyan yang memandu kereta tersebut. Laju sahaja tayar kereta meluncur keluar daripada kediaman itu menuju ke Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.
Emir hanya mendiamkan diri sahaja perjalanan. Mata hanya merenung awan. Fikirannya masih lagi bermain nama Erika. Dia masih belum bersedia untuk begelar suami orang. Dia tidak pernah mengenali siapa bakal istrinya.
"Jauh termenung Mir. Fikir apa tu?" Mati lamunannya. Dia toleh melihat Puan Emilia yang tersenyum manis ke arahnya.
"Mana ada termenung. Tak fikir apa-apa pun." tipu Emir. Rayyan melihat raut wajah Emir yang sedang gelisah di cermin. Dia tahu Emir sedang takut.
"Tahu-tahu aje dah nak jadi suami orang kawan aku ni." kata Rayyan ingin memecahkan suasana yang sunyi. Emir menjeling Rayyan.
"Kau tunggu turn kau Rayyan." Dingin Emir. Dia menjeling Rayyan daripada cermin.
Rayyan mengangkat bahunya tanda tidak kesah. Dia kembali fokus memandu sehingga tiba di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. Sepanjang perjalanan masing-masing diam tidak bersuara.
Rayyan meletakkan keretanya di tempat parking kereta di dalam masjid apabila sudah sampai. Emir menarik nafas panjang. Songkok dan sampin dibetulkan terlebih dahulu.
"Jom Emir." ajak Puan Emilia. Emir mengangguk sambil tersenyum kecil. Dia sudah bersedia. Dia melangkah keluar daripada perut kereta.
Kaki melangkah menuju ke arah di mana ramai orang sudah menunggu ketibaannya. Mata melilar mencari dimana sosok pengantin. Keningnya berkerut apabila tidak menemui sosok pengantin.
Dia berjalan mengikuti Rayyan.
"Rayyan." sergah Emir perlahan. Rayyan toleh melihat Emir yang tidak berhenti mencari sosok seseorang.
"Kau kenapa?"
"Mana pengantin perempuan?"
"Kau tanya aku kenapa? Memang aku yang nak kahwin sekarang ni." Emir menyepak pelipat lutut Rayyan sehingga tersungkur. Emir tersenyum tidak bersalah.
YOU ARE READING
EMIR EIDRIS | Complete
Mistério / Suspense"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."