Chapter 25

1.9K 77 0
                                    

Tangan sudah terasa kebas akibat Erika terlampau lama tidur di lengannya. Eryn pula tidur nyenyak di dadanya.

Setiba sahaja di Malaysia mereka pulang ke rumah Puan Emilia terlebih dahulu. Erika terlampau penat sehingga wajahnya dicium banyak kali pun dia masih tidak sedar.

"Baby bangun. Kau nak tidur sampai matahari terbenam ke?" Emir bermain dengan rambut Erika. Dia suka bau harum rambut itu.

"Mmm." Erika mengeliat kecil. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Pandangan matanya melihat Emir yang sedang menatap dirinya.

"Astagfirullah al azim. Awak!" Emir tersenyum sinis.

"Panjang mengucap. Terkejut tengok muka aku terlampau handsome ke?" Erika menolak perlahan dada Emir.

Dia bangun dari baringannya. Boleh jadi gila bercakap dengan jejaka itu.

"Awak jangan nak merepek. Mana saya tak terkejut kalau awak letak muka depan mata saya?" Erika memeluk tubuhnya.

Emir meletakkan tubuh Eryn dipertengahan mereka berdua. Dia tersenyum nakal ke arah Erika.

"Apa senyum-senyum?"  Erika menjeling Emir. Bukan baru semalam dia kenal suaminya. Mesti ada sesuatu.

"Kenapa kau tak nak tinggal sana aje? Nanti dah selesai kerja aku balik lah." Emir menyelit rambut Erika yang menutup wajahnya. Dia tidak puas melihat wajah Erika. Bekal sebelum pergi kerja.

"Tak akan awak pergi kerja tapi saya dengan Eryn sibuk bercuti. Awak tu suami saya. Mestilah saya risau kalau ada apa-apa berlaku sewaktu awak bertugas. Nanti tak tenang saya nak bercuti."

Emir mengangguk faham. Bibirnya tidak berhenti tersenyum. Tetapi tatapan matanya dingin sahaja.

"Baik jugak eh kau ni. Sayang jugak kau dekat aku." Erika menolak tangan Emir yang bermain dengan wajahnya.

Habis berdiri semua bulu romanya terkena sentuhan lembut Emir. Sentuhan membunuh.

"Kalau saya tak sayang awak dah lama saya ikut Joanna cuci mata dekat sana. Lelaki dekat sana semua handsome tau. Mata hijau lagi. Macam alien."

Terjungkit bibir Emir. Ada yang kena cium lagi karang.

"Amboi! Gatal! Nak cuci mata bagai. Habis yang depan mata ni nak campak mana?" Erika tersengih sehingga kelihatan gigi taringnya. Dia menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Sorry husband. Saya gurau aje. Mestilah saya sayang awak. Setinggi Gunung Kinabalu." Erika tersenyum. Emir mencubit perlahan pipi Erika.

"Kenapa bukan seluas lautan India?" Kening Emir terangkat sebelah.

"Sebab seluas lautan India tu Eryn punya. Ye lah kena berkongsi dengan budak montel ni." Tertawa Emir mendengarnya.

Eryn menggeliat kecil. Pantas mereka berdua diam. mereka tidak mahu Eryn jaga lagi. Emir mencium wajah Eryn. Tangannya menepuk peha Eryn agar kembali tidur.

"Kan saya dah kata kena berkongsi. Tengok tu awak cium Eryn seorang aje. Siapalah saya kan?" Erika merajuk memeluk tubuh. Emir tersenyum sinis.

"Kau nak aku cium kau lagi?"

"Bila awak cium saya?"

"Sepanjang kau tidur aku cium kau berkali-kali. Tak terkira berapa banyak." Pantas Erika bangun dari duduknya. Dia menghampiri cermin.

Dia menilik wajahnya. Baru dia perasaan wajahnya sudah merah habis. Dia merungus geram. Habis lah kalau mummy nampak.

"Emir Eidris! Habis muka saya merah." Erika menghampiri Emir. Dia duduk berhadapan Emir. Wajahnya ditunjuk.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now