Chapter 32

107 4 0
                                        

Mata tidak berhenti membelek ke setiap helaian file. Tatapan matanya serius sahaja sedari tadi. Matanya dikecilkan sedikit apabila terbaca satu keratan akhbar.

"Sini kejap Rayyan." Rayyan toleh melihat Emir. Dia malangkah menghampiri Emir.

"Apa?"

"Baca ni." Dia menunjuk keratan akhbar tersebut. Berkerut kening Rayyan membaca keratan akhbar tersebut.

"Wait! What?!" Terbuka luas matanya apabila membaca keratan akhbar itu.

"Tahun bila punya tu?"

"Tahun 2000." Emir toleh melihat Rayyan.

"Jangan cakap itu adik kau." Mata mereka serius sahaja.

Rayyan mengambil keratan akhbar itu daripada tangan Emir. Dia membaca kembali.

"Berita pembuangan bayi di parti asuhan." Emir menghembus nafas kasar. Dia meraup wajahnya.

"Keadaan dah tak stabil sekarang ni." kata Rayyan perlahan.

"Penuh dengan tanda tanya. Aku rasa kita kena cari rumah anak yatım berdekatan."

"Kau gila ke apa? Kau ingat ada satu je ke rumah anak yatım dekat sini." Emir terdiam sebentar. Ada benar apa yang dikatakan Rayyan.

Tiba-tiba sahaja pintu bilik di ketuk. Serentak mereka toleh melihat siapa yang mengetuk pintu. Emir bangun dari duduknya lalu menghampiri pintu tersebut. Dia membuka pintu itu.

Terbit senyuman kecil di wajahnya apabila melihat wajah cantik Erika yang sedang membawa dulang.

"Saya bawak dan sedikit makanan." Erika mengenyit matanya. Emir membuka besar pintu itu agar Erika boleh masuk.

Erika melangkah menuju ke arah meja kerja Emir. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja itu. Matanya tanpa sengaja membaca keratan akhbar itu.

Emir menghampirinya. Rayyan hanya melihat wajah berkerut Erika apabila membaca keratan akhbar itu.

"Kenapa baby?" Erika menggeleng bersama senyuman di wajah.

"Ada jumpa apa-apa bukti?" Mereka berdua menggeleng.

"Kitaorang ada pilihan terakhir sahaja sekarang ni." kata Rayyan. Emir mengangguk.

"Pilihan apa?" Emir menolak kerusi ke arah Erika. Dia menyuruh agar Erika duduk.

"Pergi rumah anak yatim dekat Malaysia ni." Ternganga Erika mendengarnya.

"Nak pergi setiap satu?" Mereka mengangguk.

"Sekarang zaman dah moden. Tak perlu nak pergi satu-satu rumah anak yatim dan tanya." Mereka berdua melihat Erika.

"Maksud kau, Elvina?" Emir menghampiri Erika.

"Maksud saya kita sebarkan wajah Eleena dalam sosial media. Lepastu kita letaklah caption apa yang patut." Serentak mereka berdua tersenyum miring.

"Bijak jugak you ni Elvina." Erika menayang riak wajah angkuhnya.

Mereka berdua kembali fokus membuat kerja masing-masing. Erika menilik wajah suaminya. Dia obsessed dengan wajah itu.

Perut ratanya di elus.

"Elvina." Erika toleh melihat wajah Rayyan yang sedang terkejut.

"Kenapa Rayyan?" soal Emir.

"Kenapa background kau dengan Eleena sama?" Erika melihat wajah Emir. Mata mereka saling bertemu.

"Maksud kau?"

"Maksud aku, Elvina dibuang pada tahun 1997 dan Eleena pun sama."

"Apa yang awak merepek ni Rayyan?"

EMIR EIDRIS | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang