Special chapter

2.9K 68 5
                                    


1 tahun berlalu...

Rambut Eryn di ikat rapi. Dia mencium rambut Eryn. Bibir Eryn terukir senyuman yang cukup manis. Dia memandang wajah Erika daripada pantulan cermin itu.

"Eryn sayang mama!" Erika tertawa mendengarnya. Dia memandang wajah Eryn daripada pantulan cermin itu.

Dia memusingkan kerusi Eryn. Hidung Eryn di cubit perlahan lalu dia mencium pipi tembam Eryn.

"Mama pun sayang Eryn. Selamat hari lahir yang ke-7 tahun little princess. Cepat je anak mama ni membesar. Macam baru semalam aje mama pujuk Eryn yang menangis nak ice cream." Erika tertawa. Bibir Eryn muncung ke depan.

Tidak sangka sudah tujuh tahun berlalu. Seperti baru semalam dia mendukung tubuh Eryn yang tertidur di atas pehanya. Dia amat merindui pelat Eryn yang dulu. Dia suka menyakat Eryn.

"Thank you mama. Eryn pun sayang mama. Sayang mama seluas lautan India." Erika memandang wajah Eryn. Seluas lautan India? Jika dulu setinggi gunung Kinabalu namun sekarang seluas lautan India.

"Jom kita turun bawah. Semua orang dah tunggu Eryn dekat bawah. Diorang dah tak sabar nak tengok little princess ni." Eryn mengangguk. Erika menggenggam tangan Eryn. Matanya tidak berhenti melihat Eryn.

Kaki melangkah menuruni anak tangga. Masing-masing sudah menunggu dirinya dan Eryn. Terbit senyuman di bibir Eryn apabila melihat semua orang yang hadir di parti hari lahirnya. Dia memandang wajah mereka semua silih berganti.

"Papa!" Eryn berlari menuju ke arah seorang jejaka. Dia tersenyum kecil ke arah jejaka tersebut. Jejaka itu turut sama tersenyum. Erika memandang mereka berdua silih berganti.

"Happy birthday princess papa." Dia mengelus rambut panjang Eryn. Tubuh Eryn di peluk.

Puan Emilia melangkah menghampiri Erika. Erika toleh melihat Puan Emilia. Puan Emilia memandang wajah Erika yang masih lagi tersenyum itu. Dia bahagia melihat Erika yang sudah bahagia bersama keluarga barunya.

"Mummy happy tengok anak-anak mummy happy." Erika toleh memandang Eryn, Endra dan Emny. Masing-masing tidak berhenti tertawa. Dia bahagia dengan kehidupan barunya. Yang lalu biarlah berlalu. Dia tidak mahu mengungkit lagi. Masa lalu adalah sebuah pengajaran. Dari masa lalu dia dapat belajar sesuatu.

"Erika berterima kasih pada mummy. Erika sayang mummy sangat-sangat." Dia memegang lengan Puan Emilia. Bibir masing-masing terukir senyuman manis.

"Elvina..." Erika pusing melihat siapa yang memanggil dirinya. Dia tersenyum lebar. Kaki menuju ke arah sosok itu. Dia memeluk tubuh sosok itu sekuat yang mungkin.

"Rindunya awak, Joanna."  Mereka saling berpelukan. Rayyan yang berada di belakang Joanna tidak berhenti tersenyum melihat mereka berdua. Rayyan mendukung tubuh bayi lelaki.

Mata Erika tanpa sengaja melihat bayi di dalam dukungan Rayyan. Dia melangkah menuju ke arah Rayyan. Pipi bayi lelaki itu di cium perlahan. Geram dia melihat kecomelan bayi lelaki itu. Fikirannya mengingati Endra sewaktu umur 1 tahun.

"Siapa nama dia?" Erika toleh melihat Joanna. Joanna menuju ke arah mereka berdua. Matanya melihat bayi lelaki itu yang sedang lena di dalam dukungan suaminya.

"Jadden Raess." kata Joanna sambil tersenyum melihat anaknya. Lena sungguh Jadden di alam mimpinya. Pipi anaknya di elus perlahan.

"Hi Jadden. Comelnya awak ni." Bibir tidak berhenti tersenyum melihat kecomelan Jadden. Pipi Jadden yang berwarna merah itu buat dia geram.

"Boleh geng dengan Endra." Pecah tawa mereka bertiga. Mata Rayyan melilar mencari sosok sahabatmya. Hairan dia dengan jejaka itu. Jemput datang tetapi dianya tidak ada.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now