Balaclava berwarna hitam di sarung di kepala. Baju kalis peluru turut di sarungkan ke badan.Anak mata berwarna coklat gelap bertukar tajam.
"Tango!" sergah Marco. Wajah mereka bertutup. Mata sahaja kelihatan. Tango pusing melihat Marco yang sudah memegang snipper.
"Kau dah ready nak mati, Tango?" Tango diam tidak membalas. Sedia atau tidak dia tetap perlu lalui. Misi kalini agak berbahaya.
"Marco, Tango?" Mereka berdua pusing melihat seorang jejaka tua. Mereka menghampiri jejaka tua tersebut.
"Yes, Scorpion." Serentak mereka berdua menjawab. Badan mereka tegak.
"Korang tahu apa tugas kau bedua?" tegas Scorpin menyoal mereka berdua. Mereka berdua mengangguk sebelum menjawab.
"Kami kena masuk ke dalam kawasan perkampungan orang asli. Dalam perkampungan tu ada satu kumpulan pembekal dadah, tuan." Scorpio mengangguk. Dia memandang mereka berdua silih berganti.
"Kau berdua tahu tugas kau berdua bahaya kan?"
"Tahu tuan!"
"Kalau kau orang tak nak kahwin pergilah serahkan nyawa tu dekat diorang. Tapi kesian dekat mak bapak kau orang tak dapat merasa ada cucu." Marco dan Tango melihat wajah Scorpio. Hati mereka memaki Scorpio. Tak habis-habis pasal kahwin.
"Tango, Marco kau orang berdua ketua bagi misi kalini. Buat betul-betul. Kau berdua faham tak!"
"Faham tuan!"
"Bagus. Aku pergi dulu." Scorpio melangkah pergi. Mereka berdua menatap tajam belakang tubuh Scorpio.
"Aku cabaikan jugak mulut orang tua ni. Dah tua buat cara tua. Aku tahu lah bila nak bagi mak aku cucu." Tango tertawa mendengar sinisan Marco. Marco toleh melihat Tango. Dia menumbuk perut Tango.
"Kau kenapa bodoh?! Sakit kau tahu tak?" Marco angkat bahu tanda tidak bersalah. Dia tersenyum sinis di balik balaclava hitamnya. Dia meninggalkan Tango yang sedang menahan sakit.
"Memang mati kau aku kerjakan Marco." Kaki melangkah keluar daripada bilik tersebut. Tangannya memegang perut yang terasa senak akibat di tumbuk.
Ranau, Sabah. 2:30 pagi
Snipper dipegang erat ditangan. Langkah kaki berjaga - jaga agar pihak musuh tidak menyedari ketibaan mereka. Mata helang mereka melihat pihak musuh yang sedang memegang senapang dan pisau rambo di tangan. Mereka menyorok di balik semak samun.
Misi kali ini mungkin akan makan masa yang lama. Orang asli yang tinggal disitu turut bersepakat menjual dadah di kawasan melayu.
Tango mengangkat tangan memberi arahan. Mereka semua mengangguk faham. Mereka jalan perlahan menuju ke belakang pokok berhampiran rumah usang. Mata mengintai di balik tingkap
"Marco, kau dekat mana?" soal Tango dibalik alat pendengarannya.
"Arah barat." balas Marco. Mereka berdua perlu berpisah untuk memudahkan misi kali ni.
"Diorang ramai Marco."
"Aku tahu. Satu kampung orang asli ni dah jadi pekerja diorang. Hati-hati dengan orang asli dekat sini. Diorang semua ada senjata berbahaya."
"Aku tahu Marco. Tugas kau cuma pegang bom tu baik-baik. Kau harapan kitaorang Marco."
"Kau pun Tango. Snipper kau tu bukan biasa-biasa. Kalau boleh tukar aku tak nak pegang benda ni."
YOU ARE READING
EMIR EIDRIS | Complete
غموض / إثارة"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."