Chapter 24

1.9K 83 2
                                    

Tangan sibuk membutang baju jejaka dihadapannya. Mengada- ngada ingin orang buatkan. Jejaka itu tidak berhenti tersenyum melihat wanita dihadapannya.

Buat pertama kalinya dia melihat istrinya memakai tudung shawl. Walaupun cuma selempang Tetapi tetap cantik di matanya

"Awak cuti lama-lama ni diorang tak panggil awak balik ke?" Erika menggosok dada baju suaminya supaya kelihatan lebih kemas. Bibir tersenyum kecil.

"Aku berharap tak ada panggilan dari diorang. Aku nak luangkan masa dengan kau." Dia toleh melihat cermin. Rambutnya dibetulkan sedikit agar kelihatan lebih kemas.

"Awak masih lagi undercover?" Terhenti tangan Emir daripada membetulkan rambutnya. Dia pusing memandang wajah Erika. Mata mereka saling bertemu.

"Aku tak tarik diri selepas kita berpisah. Sebab aku ingat semuanya dah tamat. Aku betul-betul mintak maaf Elvina. Aku cuba untuk tarik diri." Erika menggeleng. Dia perlu faham perkerjaan Emir.

"Jangan tarik diri . Saya faham perkerjaan awak. Awak ketua pasukan. Awak kena kawal anak buah awak. Tugas awak untuk menyelamatkan negara. Saya bangga ada suami macam awak. Sanggup berkongsi masa dengan negara."

Emir tersenyum kecil mendengar kata-kata Erika. Erika dah kembali seperti yang dulu.

"Kau dah maafkan aku?" Erika mengangguk. Tiba masanya untuk dia berterus terang.

"Sebenarnya saya tak bencikan awak pun. Saya hanya tipu." Erika menggigit bibirnya. Dia tidak berani melihat wajah Emir. Dia tahu pasti Emir berasa kecewa.

"Sebab apa Elvina?" Lembut sahaja nada suara Emir. Dia tidak mahu menakutkan Erika. Jangan kerana ego semuanya hancur. Ego adalah racun dalam sebuah hubungan.

"Sebab saya rasa saya tak layak untuk awak. Saya janda anak satu. Saya bekas o...."

"No Elvina. Kau bukan bekas orang. I love you sincerely not with lust. Aku tak pernah heran dengan kisah silam kau. Tapi aku harap kau boleh cintakan aku macam mana kau cintakan arwah suami kau."

Erika mengangguk. Matanya sudah berkaca menatap wajah tulus Emir. Emir Eidris tidak sama dengan jejaka di luar. Tidak pernah memandang kisah lama seseorang. Dia tidak buta dengan nafsu.

"Terima kasih Emir." Erika memeluk tubuh Emir. Emir membalas pelukan Erika. Pelukan kehangatan. Dia mencium kepala Erika yang ditutupi dengan tudung shawlnya.

"Mama toyong ikat yambut." Eryn berlari anak ke arah mereka berdua. Pantas Erika melepaskan pelukan. Dia mengelap wajahnya yang sudah dipenuhi dengan air mata.

"Kau dah kotorkan baju aku baby." bisik Emir di telinga Erika. Erika mencubit perlahan perut Emir.

"Sakit baby."

"Padan muka awak. Awak yang buat saya nak nangis. Bencilah awak ni." Erika melangkah menghampiri Eryn. Dia mengambil getah rambut di dalam beg tangannya.

Dia membongkok menyamai ketinggian Eryn. Rambut Eryn di ikat berbentuk ponytail . Gewram!

"Mana rantai kau baby?" Baru sekarang Emir perasan yang Erika tidak lagi memakai rantai yang diberinya.

Erika bangun dari terus membongkok. Dia menghampiri Emir.

"Mestilah saya simpan. Kenapa nak buang pulak?" Emir tersenyum kecil.

"Jaga rantai tu dengan baik." Erika mengangguk.

"Mama, papa jom yah. Eryn nak jayan-jayan naik motor." Eryn sudah siap memakai lipstick berwarna pink. Tidak lupa juga handbag purplenya.

Ternganga Erika melihat Eryn. Bertuah betul budak ni. Sejak bila pakai lipstick pun dia tidak tahu.

"Jom!" Emir menarik tangan Erika. Sempat Erika mencapai beg tangannya. Tubuh Eryn didukung.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now