Chapter 5

2.9K 114 8
                                    

Awning tudung di betulkan supaya kelihatan lebih kemas. Lipmate berwarna nude di letakkan di bibir. Erika menambah sedikit liptint di tengah-tengah bibir supaya tidak kelihatan seperti mayat hidup. Bibir terukir senyuman manis apabila sudah siap. Dia menarik nafas panjang.

"Cantiknya kawan aku ni nak pergi mana?" soal Mia di muka pintu. Dia menghampiri Erika bersama senyuman manis di wajah.

Keluar dengan bonda. Bonda kata nak jumpa kawan dia jadi aku temankan." Erika membalas senyuman Mia. Bibir Mia muncung kedepan.

"Kenapa muncung tu? Nak cendol?" soal Erika. Mia merungus geram. Tak akan Erika tak tahu mengapa dia merajuk.

"Kenapa tak bagitahu aku? Aku pun nak ikut sekali!" Mia memeluk tubuh seperti orang merajuk.

"Tak nak aku bawak kau. Nanti kau menggatal." Erika menjeling Mia. Dia mengambil beg tangannya. Perfume di sembur sedikit ke tudungnya.

"Kau tak nak makan nasi minyak aku ke?"

"Eleh kau. Bukan boleh percaya. Dah aku nak pergi, bye Mia. Jaga rumah baik-baik okay." Erika mengenyit matanya. Dia meninggalkan Mia yang sedang muncung ke depan.

"Tak apa Erika. Ada ubi ada batas ada hari aku balas. kau tunggu aku kahwin nanti." Kaki dihentak kuat akibat geram dengan perangai Erika


***


"Erika, kita makan dulu dengan kawan bonda boleh?" Erika mengangguk. Dia memimpin tangan Puan Sumayyah.

"Anak bonda ni manja lah." Erika tersengih. Dia mengikuti langkah Puan Sumayyah menuju ke dalam restaurant di dalam bangunan shopping mall

Sesampai sahaja di restaurant tersebut, mata melilar mencari kelibat kawan Puan Sumayyah.

"Ha! Itu kawan bonda." Puan Sumayyah menarik tangan Erika menuju ke arah rakannya. Dia tersenyum lebar.

"Emilia!" Berubah terkejut wajah Erika. Tolong jangan cakap yang sebelah Puan Emilia adalah Emir. Mulutnya berdoa semoga bukan. Dia berharap itu adik beradik Emir yang lain.

"Ya Allah rindunya." Mereka memeluk antara satu sama lain. Erika menutup mata. Mulutnya tidak berhenti berdoa. Dia menyorok di belakang Puan Sumayyah.

"Kau datang seorang aje ke?" soal Puan Emilia. Terbeliak bijik mata Erika apabila mendengar soalan Puan Emilia.

"Tak adalah. Ni Erika pun ada." Erika menarik nafas panjang. Dia berdiri bersebelahan Puan Sumayyah.

"Assalamualaikum mummy." Riak wajah dikawal apabila matanya tidak sengaja melihat jejaka di belakang Puan Emilia. Nampaknya tuhan tidak makbulkan doa dia.

"Waalaikummussalam, Erika." Puan Emilia menarik Erika masuk ke dalam pelukannya. Dia memeluk erat tubuh Erika.

"Mummy  sihat?" Puan Emilia mengangguk. Matanya tidak berhenti melihat kecantikan Erika.

"Alhamdulillah. Mummy sihat Erika." Erika tersenyum. Kakinya ingin sahaja malarikan diri. Dia tidak mahu berada disitu.

"Emir pun ada, Emilia?" Puan Emilia mengangguk. Dia menarik Emir ke depan sedikit. Dia memberi isyarat mata agar tersenyum. Dia tahu anaknya tidak mesra dengan senyuman.

"Assalamualaikum Bonda." sapa Emir.

"Waalaikummussalam Emir. Emir sihat?" Emir mengangguk. Bibir terukir senyuman. Sesekali dia menjeling Erika.

"Jom lah duduk. Kita makan dulu." Mereka semua mengangguk. Erika duduk berhadapan Emir. Masing-masing bertatapan dingin. Puan Emilia dan Puan Sumayyah sibuk bertukar cerita. Meraka berdua diam tidak masuk campur.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now