Chapter 28

1.8K 67 0
                                    

Jus oren di hirup sedikit. Dia menunggu Rayyan yang sedang mencari dokumen. Rayyan fokus mencari dokumen yang di arahkan oleh Emir.

"Ini dokumen yang kau mintak." Rayyan menghulur file ke arah Emir. Emir meletakkan cawan tersebut. Dia mengambil file yang di hulur Rayyan.

Matanya fokus membaca isi file tersebut. Keningnya berkerut membaca isi dokumen tersebut.

"Kenapa tak ada langsung tahun dan bulan yang aku cari?" Emir memandang Rayyan sekilas. Dia kembali fokus membaca dokumen tersebut.

"Aku pun pelik. Aku rasa penculik tu terlampau bijak. Tak ada langsung rekod dia dalam tu." Wajah mereka berdua beriak serius.

Tatapan mata Emir bertukar tajam . Dia kembali fokus membaca dokumen tersebut. Dia mengenggam erat kertas itu.

"Kalau lah Eleena ada sekarang mesti aku dah kahwin dengan dia." Terhenti mata Emir. Dia toleh melihat Rayyan.

"Asal kau tengok aku macam tu?" Emir mencampak dokumen tersebut. Dia memeluk tubuh.

"Kalau dia ada sekarang memang aku tak akan izinkan dia kahwin dengan kau. Erika pun kata kau sewel." Tercengang Rayyan mendengarnya.

"Yelah yang buruk semua aku." Rayyan bermain dengan airnya.

"Ada yang makan penampar aku." Rayyan tersengih sehingga kelihatan gigi taringnya.

"Bagi aku file Elvina." Rayyan mengangguk. Dia mengeluarkan file tersebut dari beg galasnya.

Dia menghulur file tersebut kepada Emir. Emir mengambil lalu membaca setiap isi dokumen itu.

"Hairan."

"Apa yang hairan?"

"Rekod diorang semua kosong. Something wrong yang berlaku." Berkerut pelipis mereka berdua.

"Assalamualaikum." Serentak mereka toleh melihat empunya suara.

"Elvina? Kau buat apa dekat sini? Eryn mana? Kenapa tak bagitahu aku nak keluar?" Bertubi-tubi soalan dilemperkan. Rayyan memandang mereka silih berganti.

Erika tersenyum tidak bersalah. Dia menarik kerusi bersebelahan Emir. Dia menarik perlahan tangan Emir lalu menyalaminya.

"Awak ni risau sangat kenapa?" Erika mengambil jus oren Emir. Dia meneguk rakus jus oren tersebut. Tekaknya sudah kering akibat terlampau lama berjalan.

"Bagitahu kau pergi mana baby?" Erika membetulkan tudung bawalnya terlebih dahulu lalu toleh melihat suaminya yang sudah berubah bengis.

"Saya keluar dengan Joanna." Berkerut pelipis Emir mendengarnya.

"Sejak bila Joanna ada dekat sini?"

"Dia baru aje sampai semalam. Itu yang saya ajak dia keluar. Eryn pulak saya tinggalkan dia dengan Oyen." Erika mengeyit matanya.

"Oyen dah tak selamat." Emir menggeleng kepalanya perlahan. Sesekali dia menjeling Erika yang sedang melihatnya bersama senyuman penuh makna.

"Kau nak apa tersenyum macam tu?" Rayyan hanya diam sahaja sedari tadi.

"Dulu sebelum kahwin awak kata awak sanggup belikan apa-apa aje untuk saya kan?" Kening Erika terangkat.

"Yes."

"Transfer sikit duit. Joanna racun saya beli handbag baru!" Erika menayang wajah manjanya.

"Joanna. Joanna. Siap kau nanti." kata Emir perlahan.

"Boleh baby untuk kau semua boleh." Emir mengeluarkan beg duitnya. Dia menghulur kad bank miliknya kepada Erika.

Mata Erika sudah berbinar melihat kad bank tersebut. Pantas dia mengambil kad bank milik Emir. Bibirnya tidak berhenti tersenyum.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now