Chapter 13

2.8K 105 2
                                        

Gua Musang, Kelantan. 5:30 pagi

Snipper riffle digenggam erat di tangan. Mata helang sibuk memerhati pihak musuh yang masih lagi sibuk mengambil barang daripada sebuah lori. Masing-masing mencari tempat persembunyian.

Tango memakai alat pendengarannya. Mudah untuk dirinya berkomunikasi. Wajah ditutup sehingga kelihatan mata yang berwarna coklat gelap sahaja.

"Pablo, kau dah tahu benda apa dalam lori tu?" soalnya daripada alat pendengaran tersebut.

"Satu kotak besar tuan.Saya tak dapat kenal pasti isi apa dalam kotak tu."

"Tak apa. Perhatikan diorang Pablo."

"Baik tuan."

"Marco dengar arahan aku. Kita tak boleh terus serang diorang. Jangan masuk selagi aku tak bagi arahan."

"Kalau macam tu baik kita balik aje kalau tak buat apa-apa Tango."

"Dengar arahan aku Marco." Marco menghela nafas kasar di balik alat pendengaran. Terpaksa dia mengikuti arahan Tango yang tidak masuk akal.

"Tuan." Delta mencuit perlahan bahu Tango. Tango toleh melihat Delta.

"Tuan serius dengan rancangan tuan? Nanti tak pasal-pasal kita jadi umpan diorang tuan." Tango tersenyum sinis. Dia tahu rancangan apa yang akan dia lakukan.

"Aku janji yang kauorang semua akan balik dalam keadaan selamat." Dia kembali memerhati pihak musuh.

Matanya tanpa sengaja melihat beberapa orang asli yang di ikat beramai-ramai dibawa masuk ke dalam lori tersebut. Keningnya berkerut. Dia cuba memahami.Wajah mereka semua merayu minta untuk dilepaskan.

'Tekaan aku tak pernah salah. Aku dah agak diorang kena paksa.'

"Marco, Delta, Timsun and Pablo. Kau orang semua nampak apa yang aku nampak?"

"Nampak." jawab mereka serentak.

"Aku akan tahan lori tu. Kauorang jaga sini."

"Hati-hati Tango."

Tango berlari anak mengikuti arah lori tersebut. Dia memegang tiang lori tersebut apabila semakin hampir. Kesemua orang asli tersebut memanggil Tango meminta pertolongan. Mulut dan tangan diorang di ikat. Tango memanjat lori tersebut.

"Are you guys okay?" Mereka semua diam mengangguk. Tango mengeluarkan pisau lipatnya. Dia memotong kesemua tali tersebut.

"Do you know malay?"

"Kami memang faham melayu." jawab salah seorang di antara mereka semua.

"Jangan risau. Kamu semua dalam keadaan yang selamat. Saya polis yang ditugas untuk menyelamatkan kamu semua." Mereka semua mengangguk lega.

"Boleh kami tahu nama kamu?" Tango diam tidak menjawab. Identiti dia adalah rahsia.

"Tunggu sini."

Tango memanjat ke atas atap lori tersebut. Dia merangkak perlahan supaya pemandu tidak perasan. Dia menuju ke arah pintu lori . Berubah terkejut si pemandu. Lori terhenti secara tiba-tiba.

Tango memecahkan tingkap.  Dia masuk ke dalam tempat duduk bahagian penumpang.

"Siapa kau?" soal jejaka tersebut. Dia mengacu pistol ke arah Tango. Tango tersenyum sinis. Dia tidak takut akan kematian.

"Aku nak tahu kau nak bawak diorang pergi mana?" Jejaka itu toleh ke arah cermin sisi. Tercengang dirinya melihat 3 orang jejaka berbaju hitam membantu kesemua orang asli keluar daripada lori tersebut.

"Kau nak buat apa dengan diorang semua. Tiger dah jual diorang pada aku."

"Tiger jual diorang?" Jejaka tersebut mengangguk.

EMIR EIDRIS | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang