Telefon diletakan di atas meja makan. Dia menarik nafas panjang. Baru sahaja ingin berehat bersama kekasih hati sudah perlu kembali berkerja. Dia mengisi air sejuk ke dalam gelas. Dia meneguk rakus air tersebut.
"Siapa tu?" Terangkat bahu Emir akibat terkejut. Dia toleh melihat seorang wanita bertudung yang berdiri tegak di tangga.
"You siapa?" soal Emir kembali
"Raisya Aralyn. Saya pekerja baru." kata wanita itu sambil tersenyum memandang wajah tampan Emir. Emir mengangguk faham.
"Papa nak yoti." Eryn berlari menuju ke arah Emir.
" Eryn, mama dah cakap jangan berlari sayang." Erika mengikuti langkah Eryn. Berkerut keningnya melihat seorang wanita yang tidak dikenali. Dia toleh melihat Emir dengan wajah tidak mengerti.
"Elvina, kau dah bangun?" Erika mengangguk. Dia menghampiri Eryn. Dia menghulur roti sandwish kepada Eryn. Eryn berlari ke luar. Dia cuma ingin mengambil roti sahaja.
"Awak Erika?" soal Aralyn. Dia menghampiri mereka berdua dengan wajah teruja.
"Ya, saya Erika. Kenapa ya?" Dia memandang wajah mereka berdua silih berganti. Fikirannya mula memikirkan perkara negatif. Dia berselawat di dalam hati.
"Saya Raisya Aralyn. Perkerja baru di Teratak Zahrah ni. Akhirnya jumpa jugak awak. Satu teratak saya cari awak." Dia memegang lengan Erika.
"Korang berdua berbual lah. Aku pergi dulu." Dingin wajah Emir. Dia tidak suka Aralyn memegang lengan Erika. Phonenya di ambil kasar. Erika hanya memerhati belakang badan Emir yang kian menghilang.
"Awak perkerja baharu kan?" Aralyn mengangguk.
"Awak nak jumpa saya sebab apa eh?" Dia duduk di kerusi meja makan. Aralyn mengikuti langkah Erika.
"Saya cuma nak tanya skop kerja aje. Kalau awak tak kesah boleh saya tanya sesuatu yang bukan pasal kerja ?" Erika mengangguk mengizinkan. Dia menghulur teh panas kepada Aralyn.
"Terima kasih, Erika." Erika tersenyum.
"Awak nak tanya apa?"
"Siapa lelaki tadi? Dia kerja dengan bonda ke?" Mati senyuman Erika. Mengapa dia bertanya soal Emir. Dia tidak suka.
"Ooh dia bakal menantu bonda." tipu Erika. Dia tidak mahu Aralyn tahu siapa Emir yang sebenar. Dia menarik senyuman terpaksa.
"Siapa bakal istri dia?"
"Erika jom teman mummy pergi jalan-jalan dekat kawasan ni." Mereka berdua toleh melihat Puan Emilia yang sedang berjalan menghampiri mereka. Erika mengeluh nafas lega.
"Boleh mummy. Kita dua aje ke?" Erika berdiri dari duduknya. Dia menghampiri Puan Emilia.
"Emir dengan Eryn ikut sekali." balas Puan Emilia. Matanya tanpa sengaja melihat Aralyn. Keningnya berkerut tidak mengenali wanita tersebut.
"Siapa tu Erika?" Aralyn tersenyum memandang Puan Emilia.
"Saya Aralyn puan. Saya perkerja baru." Dia menghampiri Puan Emilia. Tangan Puan Emilia di salam. Puan Emilia tersenyum melihat kecantikan Aralyn.
"Jangan panggil puan. Panggil mummy aje." Aralyn mengangguk sambil tersipu malu.
"Erika jom lah. Emir dah tunggu dekat kereta." Erika mengangguk. Dia mengambil phonenya. Dia tidak perlu mengambil beg duitnya kerana sekarang dia sudah mempunyai bank bergerak. Siapa lagi kalau bukan Emir.
"Boleh tak Aralyn nak ikut sekali?"
"Boleh aje." Aralyn tersenyum gembira.
"Terima kasih mumy. Sekejap ya, Aralyn nak ambik phone." Puan Emilia mengangguk.
YOU ARE READING
EMIR EIDRIS | Complete
Misteri / Thriller"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."