Tangan sibuk memilih barang apa untuk masuk ke dalam troli. Sebelah lagi tangan memimpin tangan kecil milik Eryn. Matanya fokus memilih barang. Eryn sudah monyok kerana menunggu terlalu lama.
"Mama nak ukung." Mata Erika berhenti memilih barang. Dia mencangkung menyamai ketinggian Eryn. Bibirnya terukir senyuman kecil melihat wajah kepenatan anaknya.
"Little princess dah penat?" Eryn mengangguk. Dia mendepa tangannya meminta agar Erika mendukung tubuhnya.
"Wokey little princess. Kesian princess ni penat teman mama dia." Erika mendukung tubuh montel Eryn. Nasib dia masih larat lagi. Berat Eryn sudah mencecah 20 kg.
"Cayang mama!"
"Mama cayang Eryn juga." Tangan sebelahnya menolak troli. Dia menuju ke arah sayur-sayuran. Dia perlu topup barang dapur. Sekarang dia sudah mempunyai keberanian membawa Eryn tinggal di KL. Dia sudah melupakan kisah lama.
"Mama tu cayur apa?" Erik mengangkat sayur yang ditunjuk oleh Eryn.
"Ini?" Eryn mengangguk.
"Ini sayur kangkung sayang."
"Cayur kangkang?" Tertawa Erika mendengarnya. Boleh pulak sayur kangkung jadi sayur kangkang.
"No sayang kangkung."
"Ayin suka cayur kangkang!" Erika tersenyum melihat Eryn. Ikut lah nak janji kamu bahagia. Kata Erika dalam hati.
"Eryn nak sayur ni?" Pantas dia mengangguk. Erika memasukkan sayur kangkung ke dalam troli. Dia kembali menolak troli sehingga tanpa sengaja dia terlanggar seseorang. Berubah terkejut wajahnya.
"Encik okay? Maafkan saya tak perasan Encik lalu." Jejaka itu mengangkat tangannya tanda tidak mengapa. Erika menurunkan tubuh Eryn ke bawah.
"Erika?" Berkerut kening Erika ingin mengingati siapa jejaka itu.
"Kita kenal ke?" Jejaka itu tersenyum kecil.
"You lupa kita pernah jumpa sebelum ni?"
"Sorry ingatan saya tak beberapa kuat."
"It's okay. I'm Rayyan kawan Emir." Erika mengangguk apabila dia sudah mengingatinya. Bibirnya terukir senyuman halus. Kecil betul dunia ini.
"Dah ingat?"
"Dah. Awak Rayyan Khan kan?" Rayyan mengangguk. Dia toleh melihat Eryn yang sedang menatap wajahnya. Ini kalau Emir nampak cemburu gamaknya.
"Hi Eryn!" Dia menunduk menyamai ketinggian Eryn. Pipi merah Eryn digomol perlahan. Eryn diam tidak mengenali.
"Eryn say hai to uncle Rayyan." Arah Erika. Dia memegang bahu anaknya.
"Hi uncle ayyan!" Bibirnya tersenyum.
"Hi little princess. Teman mama beli barang?" Pantas Eryn mengangguk.
"Awak buat apa dekat sini?"
"Cari jodoh." Tertawa Erika mendengarnya.
"Suka main-mainkan?"
"I gurau aje. I cari barang dapur sikit." Erika mengangguk faham.
"Mama kaki Ayin akit." Bibirnya sudah muncung kedepan.
"Sorry sayang. Kejap mama dukung." Belum sempat Erika mendukung tubuh Eryn , Rayyan terlebih dahulu mendukungnya.
"Eh Rayyan biar saya dukung. Eryn berat tu." Rayyan menggeleng tidak mengapa. Dia menyandarkan kepala Eryn pada dadanya.
"Sorry menyusahkan awak."
"It's okay Erika. Lagipun tak berat mana Eryn ni. Senapang tu lagi berat." Tertawa Erika mendengarnya.
YOU ARE READING
EMIR EIDRIS | Complete
Misterio / Suspenso"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."