Chapter 8

2.3K 105 3
                                    

Rambut panjang Eryn di main. Dia mencium wajah anaknya yang masih lagi tertidur pulas. Bibir terukir senyuman manis melihat wajah kecomelan anaknya.

"Anak mama rindu nak tidur dengan mama ya?" Dahi Eryn dikucup lama. Dia bangun dari baringannya. Tudung bawal printed dipakai. Dia memakai sedikit lipmate berwana nude brown.

"Eryn, bangun sayang. Kata nak ikut mama jalan-jalan." Dia menggoncang lembut tubuh Eryn. Eryn mengeliat kecil. Mata dibuka. Dia menatap wajah cantik mamanya.

"Moying mama!" Eryn bangun lalu mencium pipi mulus Erika. Dia memeluk tubuh Erika.

"Morning sayang. Nak ikut mama tak?" Dia mengangguk.

"Go shower now. Mama tunggu anak mama ni." Pantas Eryn turun daripada katil. Dia meluru masuk ke dalam tandas. Erika tersenyum melihat langkah Eryn.

Knock
Knock
Knock

"Assalamualaikum."  Erika bangun dari duduknya dia berjalan menuju ke arah pintu.

"Wa... waalaikummussalam." Terkejut wajahnya melihat Emir sudah kacak dengan t-shirt berwarna hitam serta short jeans berwarna hitam.

"Awak buat apa dekat sini?" Emir tersenyum kecil. Matanya melilar mencari kelibat Eryn.

"Mana Eryn?" Berkerut kening Erika. Mengapa jejaka itu mencari anaknya.

"Awak ni kenapa chief inspector Emir Eidris? Pagi-pagi dah cari anak saya dah kenapa?" Emir tersenyum miring. Dia menatap anak mata Erika.

"Sekarang bukan waktu kerja Elvina. Suka hati aku lah nak jumpa anak aku." Berubah terkejut riak wajah Erika. Anak dia?

"Awak ni kenapa? Itu anak saya." Tegas Erika berbicara.

"Anak kau anak aku jugak Elvina. Aku dah tahu semua kisah hidup kau Erika Elvina. Mana Eryn? Aku dah janji dengan dia nak bawak dia beli mainan masak-masak." Matanya mengintai mencari sosok tubuh Eryn.

"Sibuklah awak ni! Saya baru nak bawak Eryn pergi tengok biri-biri. Tak boleh, Eryn keluar dengan saya harini!" Tegas nada suara Erika. Mata dingin mereka berdua saling bertemu.

"Mama!"Mati tatapan dingin mereka. Masing-masing pusing melihat Eryn yang sudah siap memakai gaun berwarna merah jambu. Rambut panjangnya masih lagi basah. Dia memegang tuala menuju ke arah Erika.

"Eh uncle pun ada." Emir melutut menyamai ketinggian Eryn.

"Mestilah ada princes. Semalam kita dah janjikan nak keluar sama-sama beli toys?" Eryn mengangguk bersama senyuman di bibir.

"Tapi baby dah janji nak keluar dengan mama tengok sheep!" bentak Erika. Dia menghentak kakinya tanda protes.

"Ayomak! Macam mana ni?" Eryn memegang kepalanya memikirkan siapa yang hendak dia pilih.

"Keluar dengan uncle."

"Keluar dengan mama!"

Eryn menggaru keningnya. Dia tidak tahu hendak memilih siapa. Dia memandang Emir dan Erika silih berganti.

"Yapi Ayin nak uar engan ua-ua." Wajahnya monyok ke depan. Dia bertongkat dagu memikirkan siapa yang harus dia pilih.

"Apa kata kita keluar sama-sama nak little princess?" soal Emir. Dia menatap wajah Eryn dan Erika silih berganti.

"Boyeh tak mama?" Sengaja dia membesarkan matanya seperti puppy eyes.

Erika mengeluh perlahan. Dia lemah melihat tatapan mata anaknya. Perlahan-lahan dia mengangguk setuju.

"Yeay! Mama bagi." Eryn lompat keriangan. Dia memeluk bahu Emir. Pantas Emir mendukung tubuh montel Eryn.

"Kau dah siapkan Elvina?" Dia mengangguk. Emir melangkah terlebih dahulu meninggalkan Erika. Dia merungus geram melihat Emir. Ingin sahaja dia membaling kasut tingginya.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now