Chapter 20

2.1K 87 0
                                    

Sarapan dihidangkan di atas meja. Mangkuk di ambil lalu diletakkan di atas meja. Jus oren di tuang ke dalam cawan. Mata memerhati meja makan. Fikirannya berfikir jika ada yang tertinggal atau tidak.

Dia melangkah menuju ke tangga apabila semua makanan sudah siap dihidang.

"Eryn Alissa. Mia. Turun sarapan!"  Jerit Erika di tangga. Pantas mereka menuruni anak tangga tersebut apabila melihat wajah Erika yang sudah memerah.

Mereka berdua menuju ke arah meja makan. Erika mengikuti langkah mereka berdua. Tertawa kecil dia melihat perangai mereka berdua.

"Mama nak mee goyeng!"

"No sayang. Mee goreng not healthy for you baby. Eryn punya this one." Dia menghulur semangkuk bubur ke arah Eryn. Bibir Eryn sudah muncung kedepan. Dia tidak mahu bubur itu.

"Mama tak nak ni. Nak mee goyeng. Please mama." Mia hanya melihat mereka berdua silih berganti. Erika menggeleng tidak mengizinkan.

"No princess. Ni tak elok untuk kesihatan Eryn." Bibir Eryn sudah muncung kedepan. Dia memeluk tubuh seperti orang merajuk.

"Alaa Vina bagi jelah dia. Kesian dia kau tahu. Sikit aje." Erika menjeling Mia.

"Please mama. Boyeh yah. Cikit je." Sengaja Eryn membesarkan matanya agar Erika kesiankan dirinya. Erika mengeluh nafasnya. Dia cair melihat wajah kecomelan Eryn.

"Okay fine tapi sikit je eh." Eryn mengangguk dengan penuh semangat. Erika menghulur semangkuk mee goreng kepada Eryn. Dia memberi garfu kepada Eryn. Pantas Eryn mengambilnya lalu memakan mee goreng tersebut. Erika melabuh pinggungnya bersebelahan Eryn.

"Mia, aku ada benda nak cakap dengan kau sikit." Terhenti Mia daripada terus mengunyah. Dia menghirup sedikit teh panas lalu mengangguk mengizinkan.

"Pasal apa?" Erika diam memikirkan sesuatu. Dia mengeluarkan seutas rantai silver daripada poket seluarnya. Dia menghulur rantai tersebut kepada Mia. Berkerut pelipis Mia. Dia tidak mengerti.

"Cantik rantai ni. Rantai siapa ni?"

"Bacalah nama dekat situ."

"Tango pasukan gerak khas. Siapa Tango, Vina?" Erika menghembus nafas panjang. Dia bermain dengan gelang yang Emir berikan padanya beberapa bulan lalu.

"Emir." Terkejut Mia mendengarnya. Dia memandang wajah Erika dengan tatapan tidak percaya.

"Are you serius Elvina?" Erika mengangguk. Dia toleh melihat Eryn yang sudah comot. Dia mengelus rambut Eryn. Dia tahu Eryn sangat menyayangi Emir seperti papa kandungnya sendiri. Tapi sukar untuk dia melupakan kisah silam Emir. Bukan itu sahaja dia masih lagi mencintai arwah suaminya.

"Emir pasukan gerak khas and you know that? But how you can get this necklace. Jangan cakap yang dia bagi kau Elvina?" Erika mengangguk sekali lagi. Mulutnya masih lagi diam tidak bersuara.

"Dia lamar aku guna rantai tu." Mia menggeleng kepalanya melihat Erika.

"Kau accept lamaran dia?" Erika mengangguk.

"Tapi sekarang kau dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia kan?" Erika mengangguk kembali.

"Erika Elvina bercakap please. Kau ingat aku faham bahasa isyarat ke." rungus Mia.

"Aku permainkan perasaan dia sekarang ni. Aku tak tahu nak buat apa lagi."

"Maksud kau?"

"Aku maki dia haritu dekat hospital. Tapi bila aku jumpa dia aje mesti aku rasa macam nak marah dan nak pukul dia. Aku geram." Mia mengangguk faham.

"Kau nak tahu suprise apa lagi? Tapi aku harap kau tak kena heart attack." Kening Mia terangkat. Dia mencicip sedikit teh.

"Ada orang masuk meminang aku dan itu mummy dia." Tersedak Mia mendengarnya. Dia mengambil tisu untuk mengelap mulutnya. Dia memegang dadanya yang berdetak laju. Nasib tidak terkeluar sahaja jantungnya.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now