Mata fokus membaca ke setiap isi file. Tetapi fikirannya melayang. Dia tidak tahu apa yang sedang bermain di fikirannya.
Emir menepuk perlahan bahu Rayyan. Daripada tadi lagi dia melihat Rayyan yang seperti sedang serabut.
Rayyan toleh melihat Emir. Dia meletakkan file tersebut ke atas meja.
"Kau termenung apa?" Rayyan menggeleng perlahan.
"Ada jumpa?"
"Aku tak jumpa lagi. Tapi aku jumpa Elvina punya." Tergamam Emir mendengarnya. Dia duduk berhadapan Rayyan. Wajah Rayyan di tatap serius.
"Kau jumpa apa?"
"Elvina di buang sejak dia baby lagi. Tapi aku tak tahu umur berapa. Sebab dekat sini tak detail. Tetapi orang yang buang dia pakai baju gelap. Aku susah nak detect wajah dia. Kau nak tahu benda apa paling amazing?"
"Benda apa."
"Orang yang buang dia tu adalah orang upahan." Berkerut kening Emir. Dia tidak mengerti apa yang di maksudkan Rayyan.
"Aku tak faham."
"Family Elvina upah orang untuk buang dia. Kemungkinan besar Elvina anak luar nikah atau memang diorang tak nak Elvina." Terkedu sebentar Emir mendengarnya.
"Memang tak ada hati perut langsung." Matanya bertukar dingin. Dia benci orang yang membuang istrinya tanpa ada alasan yang munasabah.
"Buat masa sekarang ni itu aje yang aku tahu. Kes adik kembar kau pulak masih menjadi misteri. Tak ada langsung bukti yang aku dapat. Semuanya macam ghaib."
"Kes jual budak." Rayyan toleh melihat Emir.
"Jual budak?"
"Tahun tu memang tengah hangat kes jual budak tapi yang anehnya, aku dan adik aku tinggal di Portugal. Kes ni mesti berlaku di Portugal."
"Rekod Portugal bersih. Tak ada apa-apa kes penculikan yang berlaku sewaktu hari dan masa kehilangan adik kau." Emir terdiam sebentar. Dia memikirkan sesuatu.
"Aku rasa kedua-dua kes ni di rancang." Rayyan membuka kembali file tersebut. Ada benar apa yang dikatakan oleh Emir.
"Boleh jadi jugak. Cuma tempat kejadian berbeza."
"Misteri." kata mereka serentak.
Tiba-tiba sahaja pintu terbuka besar. Mereka berdua toleh melihat pintu yang terbuka.
"Hi Emir." Emir menayang wajah menjengkelkan. Dia menghembus nafas kasar.
Rayyan hanya menjeling wanita di pintu itu. Dia kembali fokus membaca maklumat di dalam file tersebut.
"You nak apa?" dingin Emir. Dia mengambil İPad miliknya.
"I dengar cerita you tengah handle kes yang sudah bertahun lamanya. Boleh I tahu kes apa? Mana tahu I boleh tolong." Detektif Julia menghampiri Emir. Dia duduk di atas meja tersebut.
"Yes I tengah handle kes lama. Kes ni dah tutup lama dah tapi I nak bukak balik kes ni. Memandangkan I tengah tak ada misi yang perlu dilakukan." Emir kembali fokus melihat IPadnya.
"Kes apa?"
"Penculikan." jawab Rayyan dengan nada suara yang kasar. Dia mencampak file ke arah Julie.
"You tak boleh bagi elok-elok eh?" rungus Julie. Dia mengambil kasar file tersebut. Rayyan hanya diam tidak membalas.
Tak ada masa dia ingin melayan perangai gedik Julie. Ada perkara yang lebih besar berbanding itu.
Julie membelek ke setiap helaian file tersebut.
"Kes ni dah lama sangat. Macam mana you nak siasat balik."
YOU ARE READING
EMIR EIDRIS | Complete
Misteri / Thriller"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."