Special Chapter Raya

3.4K 75 23
                                    

Tudung bawal printed terletak kemas dia kepalanya. Bibir tidak berhenti tersenyum melihat kecantikan dirinya pada pantulan cermin. Dia mengambil sedikit lipmate berwarna nude brown lalu dicalit sedikit di bibir mungilnya.

Perfume yang terletak di atas rak di ambil. Dia menyembur sedikit perfume yang berbau Sensual Amber itu ke bajunya. Nafas di tarik panjang lalu menghembusnya perlahan.

Tok tok tok...

Ketukan pintu menghentikan tangannya daripada terus menyembur minyak wangi. Dia melangkah menuju ke arah pintu.

Perlahan-lahan pintu dibuka. Dia tersenyum gembira apabila melihat 3 sosok kecil yang sudah bersiap kemas. Masing-masing kelihatan cantik dan juga tampan.

"Anak-anak mama dah siap?" Serentak mereka bertiga mengangguk.

Dia membongkok menyamai ketinggian anak-anaknya. Songkok milik Endra yang kelihatan senget itu dibetulkan. Dia mencium kepala Endra perlahan.

"Mama cantik lah hari ni." kata Eryn sambil tersenyum memandang wajah Erika. Pecah tawa Erika apabila dirinya dipuji. Dia mengelus perlahan rambut Eryn dan Emny.

"Thank you budak montel mama." Muncung kedepan bibir Eryn apabila Erika memanggil dirinya budak montel. Dia tidak menggemari panggilan itu.

Pecah tawa mereka bertiga apabila melihat wajah masam Eryn. Erika menarik tubuh mereka bertiga masuk ke dalam pelukannya. Dia memeluk erat tubuh mereka bertiga. Bibirnya tidak berhenti tersenyum.

Dia telah berjaya membesarkan mereka bertiga walaupun banyak keperitan yang perlu dia hadapi. Demi mereka bertiga dia sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan mereka bertiga tetap tersenyum bahagia.

Erika menahan air matanya daripada keluar. Sudah 6 tahun berlalu. Dia rindukan kisah lama. Dia rindukan jejaka itu, tetapi dia sudah menerima kenyataan dengan hati yang terbuka.

"I love you guys." kata Erika bernada sayu. Mereka bertiga membalas pelukan Erika.

Erika melepaskan pelukannya. Dia memandang wajah mereka bertiga silih berganti.

"Vina, kau dah siap belum?" Serentak mereka toleh ke arah pemilik suara itu.

Erika bangun daripada terus membongkok. Dia melangkah menghampiri Mia.

"Aku dah siap." jawab Erika sambil tersenyum.

Mia toleh memandang 3 sosok kecil yang berada di belakang Erika. Terbit senyuman kecil pada bibirnya apabila melihat mereka bertiga. Masing-masing sudah besar.

"Cepat je masa berlalu." Erika mengangguk perlahan.

"Selamat hari raya aunty Mia!" jerit mereka bertiga. Mereka bertiga berlari ke arah Mia. Pecah tawa Erika melihat Mia yang hampir sahaja jatuh akibat mereka bertiga berebut ingin memeluk dirinya.

"Dengan aunty Mia aje?" Erika memeluk tubuhnya seperti orang merajuk. Bibirnya muncung ke depan.

Mereka bertiga memandang sesama sendiri.Mereka berlari memeluk kaki Erika. Tertawa Erika melihat kecomelan mereka berdua.

"Selamat hari raya mama. Kosong-kosong ya!" jerit mereka bertiga. Erika mencuit hidung mereka. Geram dirinya melihat kecomelan yang dimiliki oleh mereka bertiga. Dia obses melihat warna mata mereka.

"Eh eh eh eh. Dah lah tu. Aunty dah lah tak ada anak lagi. Jangan sweet sangat dengan mama." Erika menjeling Mia.

"Aunt Mia tak puas hati sebab dia single lah tu." pecah tawa mereka berempat. Mia membalas jelingan Erika.

"Kau pun single Vina." Terhenti tawa Erika. Terasa dirinya mendengar perlian Mia.

"Kut mung ah. Jom kita pergi.Tok daddy dan tok mummy dah tunggu kita dekat sana." Mereka bertiga mengangguk. Erika memimpin tangan mereka bertiga. Dia melangkah terlebih dahulu meninggalkan Mia seorang diri.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now