Minuman di hadapan di minum sedikit. Dia meletakkan phonenya di atas meja lalu melihat Rayyan di hadapan.
"Kau rasa misi apa yang perlu kita perlu buat minggu depan? Kenapa diorang mendesak kita untuk turut serta?" soal Rayyan ragu-ragu. Dia bertongkat dagu. Emir hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tidak kesah tetapi dia tertanya-tanya mengapa perlu dirinya yang tidak beberapa mahir untuk turut serta.
"Macam mana kalau aku mati waktu operasi kali ini? Nanti tolong cakap dekat mummy aku yang aku sayang dia." Rayyan menjeling Emir. Ringan sahaja tangannya ingin membelasah Emir.
"Aku rasa kalau kau mati mummy mesti happy sebab dia dah tak payah fikir bila anak dia nak bawak balik bakal menantu. Maklumlah ada anak pun macam tak ada anak." Rayyan tertawa memerli. Dia menyepak-nyepak kaki Emir.
"Sebelum aku mati aku akan tembak kau dulu guna snipper riffle tu. Arwah pun aku tak kesah. Tapi jangan lupa bertaubat dulu takut Allah tak ampunkan dosa kau, Rayyan." Terhenti tawa Rayyan. Sedikit terasa dengan sindiran Emir.
"Snipper riffle tu anak buah aku pun boleh tembak." Malas Emir mahu melayan Rayyan. Matanya tanpa sengaja melihat seorang wanita yang sedang menjerit meminta tolong. Mereka berdua toleh melihat gerangan empunya suara.
"Jom Mir." Emir mengangguk. Mereka berlari menuju ke arah wanita yang sedang meminta tolong.
"Cik okay?" soal Rayyan. Wanita itu menggeleng.
"Beg saya." Tangannya menunjuk ke arah sebuah motosikal yang dipandu laju.
"Mir kau tengok dia. Aku pergi kejar mamat tu." Emir mengangguk. Pantas Rayyan berlari mengejar motosikal itu.
"Follow me." Emir membantu wanita itu berdiri. Sedaya upaya dia mengelak daripada bersentuhan dengan wanita itu.
"Kita pergi klinik berdekatan. Beg you biarkan kawan I ambik." Wanita itu mengangguk perlahan. Emir membawa wanita itu menuju ke keretanya.
Dia membantu wanita itu membuka pintu kereta.
" Thank you." Emir mengangguk. Dia menutup pintu kereta apabila wanita itu sudah masuk ke dalam perut kereta.
Kereta dipandu laju menuju ke klinik. Dia takut jika wanita itu tidak dapat menahan rasa sakit di lengannya.
***
"Hati-hati." kata Emir perlahan. Dia membuka pintu klinik. Dia membawa wanita itu ke kerusi yang telah di sediakan di dalam klinik tersebut.
"Ic." Wanita itu menghulur kad pengenalannya kepada Emir. Emir berjalan menuju ke kaunter.
Tidak menunggu masa yang lama, Nama wanita tersebut di panggil. Emir membantu wanita itu.
"Teman saya sekali boleh?" Emir mengangguk tetapi dia tidak mahu. Dia tidak selesa dengan wanita itu. Wanita itu kerap menatao dirinya sewaktu di dalam kereta. Kena rompak pun relax lagi tengok anak teruna orang.
Dia membuka pintu bilik untuk wanita itu. Dia membiarkan wanita itu berjalan terlebih dahulu.
"Silakan duduk." Arah dokter itu. Wanita itu menurut.
"Adellia Natasha kan?" Adellia mengangguk. Emir tersenyum kecil melihat seorang perempuan yang sibuk mengasingkan ubat. Dia kenal siapa wanita itu. Erika Elvina.
Sengaja dia membawa wanita itu menuju ke klinik ini. Terasa rindu pada Erika. Dia rindu ingin melihat wajah merah Erika kerana marah.
YOU ARE READING
EMIR EIDRIS | Complete
Misteri / Thriller"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."