Info📌‼️

2.5K 63 1
                                    

Disebabkan ada yang salah faham dan tidak tahu apa perbezaan gerak khas bagi pihak tentera dan pihak polis maka saya akan menjelaskannya.

Group Gerak Khas

Grup Gerak Khas (GGK) merupakan antara pasukan khas yang paling famous di negara ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Grup Gerak Khas (GGK) merupakan antara pasukan khas yang paling famous di negara ni. Pasukan ini mula ditubuhkan pada tahun 1965 sewaktu Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Time tu kita bukan lawan Indonesia je, malah parti komunis. Jadi British telah menghantar Special Air Service (SAS) dan Royal Marine Commando untuk membantu tentera Malaysia menubuhkan satu pasukan khas iaitu Malaysian Special Service Unit.

Kehebatan pasukan ni telah mengagumkan Menteri Pertahanan waktu itu sehingga pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan supaya pasukan ni diterap masuk ke dalam tentera Malaysia dan akhirnya terlahirlah GGK. Ia merangkumi tiga rejimen iaitu Rejimen 21, Rejimen 22, dan terakhir sekali iaitu Rejimen 11 (Rejimen Counter Terrorist).

GGK mempunyai kepakaran dalam bidang sabotaj, counter-terrorist, pengintipan jarak jauh, perang gerila, mengumpul maklumat, pertempuran terbuka, dan juga pentempuran hutan.

Pasukan Gerak Khas

Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan gabungan dari Unit Tindakan Khas (UTK) dan juga Very Able Troops 69 (VAT69) yang telah diletakkan bawah satu bumbung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan gabungan dari Unit Tindakan Khas (UTK) dan juga Very Able Troops 69 (VAT69) yang telah diletakkan bawah satu bumbung. Memandangkan kedua-dua unit ini berkhidmat untuk Polis DiRaja Malaysia, PDRM telah mengambil keputusan untuk satukan mereka.

Penubuhan VAT 69 ni merupakan salah satu inisiatif Tun Dr Ismail dalam menangani masalah komunis. VAT 69 telah mendapat latihan dari British SAS pada tahun penubuhan mereka (1969) dan kemudian oleh New Zealand SAS sebelum menghasilkan pelatih mereka sendiri. Sepanjang pengalaman mereka berperang dengan komunis, kelebihan VAT 69 terbukti lebih kepada serangan guerrilla dan juga dalam hutan.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now