Bibir terukir senyuman manis melihat telatah anak kecil di Teratak Zahrah. Setelah lebih 3 bulan dia tidak menjejakkan kaki di kawasan itu, kini dia terasa rindu yang teramat pada rumah tua itu.Disitu tempat ia dibesarkan. Tiada kasih sayang daripada ibu bapa. Dia di buang sejak kecil lagi. Dirinya selalu tertanya-tanya mengapa ibu bapanya membuang dirinya dahulu. Sehingga sekarang dia menanti mereka.
"Mama Vina!"
Mati lamunan wanita itu apabila namanya diseru. Dia pusing melihat gerangan yang menyeru namanya. Bibirnya terukir senyuman kecil saat melihat seorang budak lelaki yang sedang berlari ke arahnya.
"Ya, sayang. Kenapa?" soal wanita itu. Dia membongkokkan sedikit badannya menyamai ketinggian budak lelaki yang berusia 9 tahun.
"Aisy nak ajak mama Vina main congkak sama-sama."
Wanita itu tersenyum kecil sambil mengangguk setuju. Aisy menarik tangan wanita itu menuju ke arah kanak-kanak lain yang sudah menunggu dirinya di pondok yang sudah hampir tua. Masing-masing tersenyum riang.
"Semua nak main congkak ye?" soal wanita itu bernada gembira.
Mereka semua mengangguk. Wanita itu melangkah masuk ke dalam pondok tersebut. Dia duduk di tengah-tengah supaya mereka semua dapat melihat dirinya yang sedang bermain.
"Siapa nak lawan dengan mama Vina?"
Serentak mereka semua menganggkat tangan. Dia tertawa kecil melihat kecomelan kanak-kanak yang berada di hadapannya.
"Macam mana mama nak pilih kalau semua angkat tangan?" soal wanita itu. Dia melihat wajah kanak-kanak itu silih berganti.
"Kalau macam tu abang Aisy lah main dulu. Abang dah besar." Pelat budak perempuan itu tapi masih boleh difahami.
Aisy mengangguk. Dia duduk di hadapan wanita itu. Tangannya menggengam guli tanda permainan bakal dimulakan.
"Aisy dah ready nak lawan dengan mama?" soal wanita itu meyakinkan Aisy.
Aisy mengangguk dengan semangat. Dia tidak akan menyerah kalah walaupun dia tahu dia tidak mampu jika bertanding dengan mama angkatnya.
"One."
"Two."
"Three."
Serentak mereka berdua mengambil guli lalu dimasukkan secara satu persatu guli ke dalam setiap kampung menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam. Masing-masing dengan wajah serius.
"Alaaa! Aisy dah mati!" Wajah Aisy berubah masam.
Wanita itu tertawa kecil melihat wajah masam Aisy.Dia menyangkan senyuman kejahatannya.
"Erika Elvina!"
Terhenti tawanya apabila namanya diseru. Dia pusing ke belakang untuk melihat siapa yang memanggil namanya.
"Aisy... mama rasa mama dah kena balik. Lain kali mama datang lagi. Tolong tengok-tengokkan Eryn," pesan Erika bernada serius.
Aisy a mengangguk faham bersama senyuman di wajahnya. Dia menarik tangan Erika untuk disalam. Tangan lembut Erika mengelus lembut rambut Aisy.
"Sorry, anak-anak mama. Mama perlu balik. Lain kali kita jumpa lagi."
Wajah mereka semua berubah sedih. Erika memandang mereka dengan raut wajah kasihan.
"Anak-anak bonda, mama Vina dah kena balik. Lain kali mama Viba datang lagi ya sayang?" kata Puan Sumayyah yang merupakan pemilik teratak Zahrah. Dia memujuk kanak-kanak kecil itu.
Erika mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan Puan Sumayyah.
"Kalau mama tipu macam mana?"
Tergamam Erika saat mendengar soalan itu. Memang salah dirinya dahulu kerana terlampau sibuk sehingga tidak sempat melawat teratak itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
EMIR EIDRIS | Complete
Mystery / Thriller"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."
