Bibir sudah muncung ke depan. Matanya tidak berhenti menjeling suaminya yang sedang sibuk memandu. Tudung bawal di ikat di bahagian bawah. Dia lebih suka gaya yang simple. Tangan Eryn digenggam erat.
"Apa jeling-jeling?" soal Emir. Bukan dia tidak perasaan yang Erika menjelingnya sepanjang perjalanan.
"Kereta siapa awak rembat ni?" Emir tersenyum miring.
"Avó punya." Naik darah Erika mendengarnya. Dia menggempal tangannya.
"Saya cakap saya tak nak ikut awak tapi kenapa awak paksa?" dingin Erika.
"Aku tak paksa baby tapi kau yang nak ikut." Mati kata Erika. Dia lupa yang dia ingin mengikuti Emir. Dia cemburu!
"Kenapa? Tak boleh ke kalau saya ikut?" sinis Erika. Emir diam tidak membalas. Dia tahu jika dia membalas pasti Erika akan mengamuk.
Tayar kereta laju meluncur di bandar Portugal. Mata Erika tidak berhenti melirik Emir yang sedang fokus memandu.
"Jauh lagi ke?" soal Erika. Pinggangnya sudah sakit duduk sambil memegang Eryn di pangkuannya. Eryn meragam tidak mahu duduk di baby carseat.
"Dah nak sampai dah." Emir melajukan keretanya apabila melihat Erika sedang mengurut pinggangnya.
Emir meletakkan kereta di tempat parking kereta. Mata Erika tidak berhenti memerhati kawasan sekeliling. Terlampau cantik tempat itu. Matanya sudah berbinar melihat keindahan kawasan di sana.
"Jom."
"Awak pergilah saya tak nak ikut. Nak duduk dalam kereta aje." Dia memeluk tubuh montel Eryn. Emir tersenyum melihat Erika.
"Dia tak sabar nak jumpa kau. Jom lah baby." Emir menggengam tangan Erika supaya Erika mahu mengikutinya.
Erika menghembus nafas kasar. Dia cair dengan Tatapan mata jejaka itu. Sungguh beracun tatapan mata itu.
"Fine." Erika membuka tali pinggang keselamatan. Emir mengambil Eryn di peha Erika agar Erika mudah untuk membuka tali pinggang keselamatannya.
Mereka berdua keluar dari perut kereta. Emir mengunci pintu kereta terlebih dahulu. Dia memimpin tangan Erika menuju ke rumah tua tersebut.
Pintu di ketuk. Erika sudah gelisah. Dia takut jika Emir masih lagi mencintai bekas kekasihnya. Emir menepuk perlahan belakang tubuh Eryn.
Tidak menunggu masa yang lama, tiba-tiba ada seseorang pembantu rumah yang membuka pintu tersebut. Wanita paruh baya itu tersenyum ke arah Emir.
"A vovó está aí?" (Nenek ada ke?). Wanita paruh baya itu mengangguk. Dia membuka besar pintu agar mereka boleh masuk.
"Madame está na cozinha." (Puan ada di dapur). Berkerut kening Emir mendengarnya. Erika memegang baju Emir. Jantungnya berdetak laju.
"A vovó cozinha?" (Nenek sedang masak?). Wanita itu mengangguk bersama wajah serba salah.
Puas dia memujuk wanita tua itu agar tidak perlu masuk ke dapur. Dia boleh masak sendiri. Wanita tua itu terlalu gembira mendengar yang cucu kesayangannya sudah pulang.
"Fui ver minha avó por um tempo." (Saya pergi jumpa nenek saya sekejap). Emir memegang tangan Erika. Tangan Erika sudah sejuk. Kakinya ingin sahaja berlari dari situ.
"Tangan kau sejuk Elvina."
"Macam mana kalau bekas kekasih awak lagi cantik dari saya? Lepastu awak nak balik pada dia semula." Muka Erika monyok sahaja.
"Buat apa aku nak balik pada dia semula kalau dah ada bidadari depan mata aku ni." Emir memujuk Erika. Dia memegang bahu Erika.
"Jom baby." Erika mengangguk.
YOU ARE READING
EMIR EIDRIS | Complete
Mystery / Thriller"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."