Chapter 26

2.5K 76 3
                                        

Kaki melangkah masuk ke dalam bilik yang telah di arahkan. Tatapan matanya serius sahaja.

Pintu bilik di buka. Serentak mereka semua bangun namun di halang oleh dirinya. Dia duduk bersebelahan Rayyan.

"Detektif Julie belum sampai lagi?" Serentak mereka semua menggeleng.

Tiba-tiba sahaja pintu bilik tersebut terbuka. Masing-masing toleh melihat gerangan di muka pintu. Tatapan mata Emir berubah dingin melihat seorang jejaka.

Mereka semua menuju ke arah tempat duduk masing-masing. rayyan menolak bahu Emir agar mengawal riak wajahnya. Emir mengeluh nafas kasar.

"Kenalkan semua. Ini detektif Julie yang diarahkan untuk misi kali ini. Dia akan bagitahu korang semua tugasan apa yang perlu korang buat." kata Andika.

"Aku harap kau orang semua boleh ikut arahan detektif Julie." Mereka semua mengangguk apabila melihat tatapan maut daripada Scorpion.

Detektif Julie sudah tersenyum-senyum ke arah Emir. Dia tertarik dengan wajah itu. Dia bangun dari duduknya laku menuju ke arah Emir.

Dia duduk bersebelahan Emir. Emir menayang riak wajah dingin sahaja. Dia tidak suka cara wanita itu menatap dirinya.

"Misi kali ini korang tak perlu masuk untuk selamatkan tembusan. Cuma korang perlu matikan bom di stesen kereta api bawah tanah."

Serentak mereka semua mengangguk faham dengan arahan yang di berikan oleh detektif Julie.

Andika bangun dari duduknya apabila melihat tatapan mata detektif Julie yang meminta sesuatu.

Dia menuju ke arah detektif Julie bersama beberapa file di tangan.

"Ini rekod Team Alpha. You boleh baca katar belakang diorang dalam tu." Detektif Julie mengangguk.

Dia mengambil file Emir terlebih dahulu. Dia membuka file tersebut. Bibirnya terukir senyuman kecil. Dia toleh melihat Emir.

"Emir Eidris, code name Tango. Raja bom dan pakar sniper. Mata macam orang luar negara tapi rekod boleh tahan." Emir tersenyum sinis.

Dia toleh melihat detektif Julie.

"Lebih daripada boleh tahan." sinis Emir. Dia kembali pusing. Tidak ingin dia menatap wajah itu.

"Macam ini yang I suka. Maskulin. Bukan setakat maskulin, rekod pun luar biasa." bisik detektif Julie di telinga Emir.

"Puan tak nak baca rekod saya pulak ke?" potong Rayyan. Dia tahu Emir tidak selesa dengan wanita itu.

Detektif Julie melihat Rayyan yang berada di sebelah Emir. Dia menjeling jejaka itu. File di tangannya di campak ke atas meja.

"Tak apa kalau puan tak nak baca. Saya boleh terangkat sendiri." Rayyan tersenyum. Dia bangun dari duduknya lalu menghampiri detektif Julie.

Berkerut pelipis mereka semua melihat Rayyan.

"Nama saya Rayyan Khan. Or Marco? Saya akan menggantikan Emir tentang bom. Kesemua tentang bom saya yang akan kawal.

Detektif Julie menggeleng tidak setuju. Dia tidak mahu Rayyan mengawal bom itu.

"I nak Emir yang kawal bukan you. Muka-muka macam you ni memang tak boleh nak pakai." Ternganga Rayyan mendengarnya. Dia menjeling wanita di hadapannya.

"I dah tarik diri pasal bom. Rayyan seorang sahaja yang akan mengawal bom." terang Emir bersama wajah dingin. Sesekali matanya menjeling Andika.

"Tapi I nak you handle Emir. You ketua pasukan. Tak akan you nak biarkan dia ni yang buat?" Detektif Julie menjeling Rayyan.

EMIR EIDRIS | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang