Chapter 17

2.1K 95 5
                                    

Emir tersenyum kecil memandang wajah Erika. Dia tahu Erika sedang marah kerana memaksanya untuk makan tengah hari. Dia suka wajah cemburut Erika. Comel!

"Garangnya kau baby?" Erika menjeling sekilas. Malas dia ingin melayan perangai mengada Emir.

"Kenapa kau tak bagitahu Eryn yang papa dia dah tak ada?" Hampir tersedak Erika mendengar soalan yang keluar daripada mulut Emir.

"Sorry baby. Minum air ni." Emir menghulur air kosong kepada Erika. Pantas Erika mengambilnya lalu meneguk rakus.

"Bukan urusan awak untuk tahu semua masalah saya. Awak tu orang luar yang secara tak sengaja masuk ke dalam kehidupan saya tahu tak?" Tergamam Emir mendengarnya. sungguh berbisa mulut wanita dihadapannya.

"Apa maksud kau baby?" Emir meletak mangkuk bubur tersebut di atas meja. Dia memandang wajah Erika.

"Betul apa yang saya kata. Kenapa? Awak terasa? Memang patut pun awak terasa. Sebab awak kebahagian saya hancur. Saya benci awak Emir Eidris. Andai masa boleh diputar kembali saya tak nak jumpa awak. Saya tak nak kenal awak."  Emir menghembus nafasnya perlahan.

"Mana hilang Erika Elvina yang dulu? Aku rindu dia yang dulu. Pulangkan balik diri dia yang dulu." Erika tersenyum sinis. Tatapan matanya bertukar tajam.

"Elvina yang awak cinta dulu dah lama mati. Saya nak bagitahu awak yang sebenarnya selama ni saya hanya berpura-pura cintakan awak. Saya kesian tengok awak terkejar-kejarkan saya. Saya hanya pergunakan awak sahaja selama ni. Like a stupid people!"

"Stop, Elvina. Kau dah melampau Elvina."

"Ya, saya melampau. Because you cross my limit. Penipu!" Sengaja Erika menekankan perkataan penipu. Emir menarik nafas panjang. Dia tidak boleh turut sama ego. Dia masih sayangkan hubungan ni.

"Aku cintakan kau, Elvina. Sumpah aku cintakan kau."

"I dont care. Ambik balik cincin yang awak bagi ni." Erika membuka cincin daripada jari manisnya lalu melemparnya pada dada tegap Emir.

Emir tersenyum. Nampaknya hubungan mereka cukup sampai disini. Perjuangannya hanya sia-sia sahaja. Dia cintakan orang yang salah.

"Saya tak izinkan awak jumpa Eryn lagi. Awak bukan papa kandung dia. Saya pandai jaga anak saya. Pergi Emir. Tolong keluar daripada kehidupan saya. Saya dah cukup terseksa hidup dengan awak. Saya tak sanggup lagi nak teruskan hubungan ni." Setitis demi setitis air mata jatuh pada pipinya.

"Thank you Elvina sudi jujur dengan aku. Aku tahu susah untuk kau lupakan orang yang kau cinta. Cinta kita dalah cinta fatamorgana. Cinta khayalan yang tak pernah wujud di antara kita berdua. Aku minta maaf buat kau terseksa. Aku terlampau hanyut jauh. Aku sering berjanji namun sering jua aku mungkiri.Aku sentiasa doakan kebahagian kau dan Eryn. Aku pergi dulu."

Emir tersenyum manis sambil melangkah keluar daripada wad Erika. Pintu wad ditutup rapat. Erika hanya menghatar langkah Emir daripada matanya sahaja.

"Mama mintak maaf Eryn. Mama buat semua ni demi Eryn. Saya mintak maaf Emir. Awak lelaki yang baik cuma saya yang kejam. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?"

"Erika Elvina, kau lupa ka siapa yang selalu ada dengan kau? Astaghfirullah al azim." Dia meraup kasar wajahnya.

***

Mulut hanya diam sahaja sedari tadi. Tatapan mata kosong. Tiada sebarang tangisan yang keluar. Hanya bebanan yang difikirkan. Songkok di buka lalu diletakkan di tepi. Dia bersandar pada dinding masjid. Hanya pada tuhan sahaja dia boleh melepaskan bebanan yang ditanggungnya.

"Emir?" Rayyan menanggalkan kaca mata hitamnya. Songkok di tangan di pakai terlebih dahulu. Dia melangkah menghampiri Emir. Emir toleh melihat Rayyan. Dia duduk tegak. Rayyan duduk bersebelahan Emir.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now