Chapter 4

2.8K 112 3
                                    

Tangan sibuk menyusun pelbagai jenis ubat mengikuti label. Matanya fokus membaca nama ubat-ubatan tersebut.

"Erika, kau dah siap." Erika membalasnya dengan gelengan. Matanya masih lagi fokus menyusun ubat.

"Kau pergilah dulu. Aku tak lapar lagi. Nanti kalau aku lapar aku keluar pergi cari makanan." Dia toleh melihat Mia.

"Kalau macam tu aku pergi dulu lah." Erika mengangguk. Banyak lagi ubat yang perlu dia susun. Mia mengangguk. Dia keluar meninggalkan Erika yang sibuk menyusun ubat.

"Sorry cik." Erika toleh melihat siapa yang memanggil. Sekarang waktu makan tengah hari, sepatutnya klinik akan tutup. Mungkin Mia lupa meletakkan kad 'rehat'.

"Ya, boleh saya bantu?" Dia melangkah keluar daripada tempat penyusunan ubat. Dia menuju ke kaunter.

"Sorry main terjah sahaja. Saya betul-betul perlukan rawatan secepat mungkin." Kening Erika berkerut melihat wajah resah jejaka dihadapannya.

"Cepat sikit Rayyan!" Rayyan itu pusing melihat rakannya yang sedang menahan sakit. Mata Erika mengecil cuba untuk mengecam siapa jejaka itu. Terasa seperti pernah bertemu. Tubuh jejaka itu di penuhi darah.

"Tapi dokter tak ada waktu begini."

" Kalau berhentikan darah pun boleh lah. Saya tengok dia ni macam nak arwah." Dia toleh melihat rakannya yang sedang menjelingnya.

"Bawak dia masuk bilik rawatan." Rayyan mengangguk. Dia memapah tubuh rakannya masuk ke bilik rawatan.

Erika memakai glove terlebih dahulu. Dia mengambil kapas untuk menahan darah daripada keluar.

"Letak dia dekat atas katil tu." arah Erika. Matanya masih fokus mengasingkan barang yang hendak digunakan. Rayyan menurut dengan arahan Erika. Dia meletakkan rakannya di atas katil tersebut.

Erika menghampiri mereka berdua. Jejaka itu menutup perutnya dengan tangan. Sedaya upaya dia menahan sakit.

"Awak." Jejaka itu toleh melihat wajah Erika. Pelipisnya berkerut.

"Perempuan berlagak ni rupanya." Erika menjeling Emir. Ingin sahaja dia membiarkan Emir kesakitan. Tetapi dia masih lagi mempunyai perasaan kasihan kepada Emir.

"Perempuan berlagak ni lah yang nak rawat awak tahu tak." Erika maju menghampiri Emir. Rayyan hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tidak mengetahui apa-apa.

"Sakit Elvina." Emir mengerang kesakitan apabila Erika menekan sedikit perutnya menggunakan kain kasa.Erika mengawal riak wajah terkejutnya. Buat pertama kalinya orang memanggil dirinya dengan nama belakang.

"Tahan sikit Emir. Tu lah aku dah kata jangan serang. Kau nak jugak serang, kan dah mendapat." perli Rayyan. Sudah berbuih mulutnya mengingatkan Emir supaya jangan menyerang. Tak pasal-pasal kena tikam dengan gunting. Nasib tidak beberapa dalam.

"Kau diam Rayyan. Jangan sampai kau yang aku belasah." Rayyan mengendahkan sahaja. Dia memerhati wajah cantik Erika.

"Itulah berlagak lagi." Erika diam tidak masuk campur dengan perbalahan mereka berdua. Dia mengambil benang.

"Kena jahit." Terbeliak bijik mata Emir mendengarnya.

"Macam kena gigit semut aje Emir." Erika mengangguk, Emir menejeling mereka berdua. Dia terpaksa mengangguk juga.

"Tahan sedikit sakit dia." Dia memasukkan jarum untuk menjahit perut Emir. Emir mengetap bibir menahan kesakitan. Sungguh menyeksa diri.

"Dah siap." kata Erika setelah hampir sepuluh minit dia menjahit perut Emir. Emir menghembus nafas lega apabila jarum sudah tidak lagi menyentuh kulitnya.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now