Dia menutup mata menggunakan kedua jari. Fikiran sudah serabut. Sebelah lagi tangannya mengelus rambut Eryn agar kembali tertidur lena. Bajunya sudah dipenuhi dengan darah
Mereka semua melihat Emir yang sudah kusut masai . Sudah seperti hidup segan mati tak mahu. Mereka hanya mendiam sahaja. Tiada siapa yang berani bertanya soalan.
Tiba-tiba sahaja pintu bilik bedah terbuka. Pantas emir bangun dari duduknya. Dia melangkah menghampiri doktor.
"Siapa suami kepada Erika Elvina?" soal Dokter itu. Matanya melihat mencari kelibat orang yang dioanggil.
"Saya dokter." sahut Emir. Dia berdiri di hadapan dokter tersebut.
"Macam mana dengan istri saya dokter?" soal Emir bernada cemas.
"Istri encik kehilangan banyak darah. Jenis darah Puan Erika adalah jenis darah o. Kami perlukan darah o dalam masa yang segera." Emir menghembus perlahan nafasnya.
"Jika encik lambat bawak pek darah istri encik dalam keadaan bahaya." Emir menunduk. Dia melihat cincin perkahwinannya.
"Kandungan istri saya?" Dokter itu diam sebentar. Dia memandang wajah Emir kemudia dia toleh melihat seorang budak perempuan yang sedang nyenyak tidur.
"Kandungan Puan Erika kami tak dapat nak selamatkan. Kami mintak maaf encik. Kami dah Cuba buat yang terbaik."
Lemah lututnya. Dia terjatuh. Tatapan matanya kosong. Air mata sudah jatuh ke pipinya. Fikirannya sudah bercelaru.
Doktor itu membongkok sedikit. Dia melihat wajah Emir. Dia tahu pasti fikiran jejaka itu sudah kusut.
"Tidak ada ujian yang melebihi batas ujian kemampuan hambanya. Allah bagi encik ujian ini kerana Allah yakin encik boleh melaluinya."
Dia menepuk perlahan bahu Emir untuk memberi sedikit semangat.
"Saya pergi dulu." Mereka semua mengangguk kecuali Emir. Dia masih lagi terkejut dengan berita itu.
Dokter itu melangkah pergi meninggalkan mereka semua.
"Emir." Rayyan menghampiri Emir. Dia pasti dunia Emir sedang hancur sekarang.
"Sabar Mir. Allah tak akan uji tanpa sebab." Emir menutup matanya sebentar. Pelbagai kenagannya bersama Erika bermain di mindanya.
Wajah Erika tersenyum, menangis, merajuk , tertawa dan riak wajah yang paling dia gemari adalah marah. Dia suka melihat wajah Erika yang berubah merah.
Dia kembali membuka matanya. Dia menunduk sebentar. Nafas ditarik panjang.
"Elvina perlukan kau Mir. Kau hero dia." Pantas Emir kembali berdiri tegak. Dia perlu cari golongan darah O.
"Kau nak pergi mana?"
"Aku nak cari golongan darah O." Emir pusing. Matanya tanpa sengaja melihat tubuh Eryn yang nyenyak tidur.
"Eryn." Rayyan menghampiri Emir.
"Eryn mesti sama darah dengan Erika." kata Rayyan. Dia memandang wajah Emir.
"Tak boleh. Eryn kecik lagi. Jangan buat gila." Dia buntu. Dia tidak tahu ingin mencari dimana.
"Darah Emir jenis O kan?" soal Datin Emilia. Dia menghampiri Emir.
Masing-masing melihat wajah Emir.
"Kenapa aku tak terfikir." Dia menggelengkan kepalanya. Dia terlampau serabut. Fikirannya meracau sehingga dia terlupa jenis darah sendiri.
"Tolong jagakan Eryn. Emir nak pergi jumpa doktor." Diorang mengangguk. Emir melangkah pergi meninggalkan mereka semua.
'Ya Allah kau permudahkanlah urusan ku ini. Jauhilah segala fikiran negatif ini ya- Allah. Sesungguhnya ini hanyalah permainan syaitan.' Dia menghembus nafasnya perlahan.
ANDA SEDANG MEMBACA
EMIR EIDRIS | Complete
Mystery / Thriller"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."
