Kaki berlari menuju kearah seorang budak perempuan yang sedang terbuai dengan mimpi di atas peha seorang wanita. Dia mengelus rambut panjang Eryn. Dia mencium anak rambut Eryn.
"Abang Emir datang seorang?" Emir mengangguk.
"Mana bonda?"
"Bonda dengan kak Mia pergi beli makanan untuk Aralyn dengan Eryn."
"I pergi tengok Erika sekejap." Aralyn mengangguk sambil tersenyum memandang wajah tampan Emir. Topi dipakai terlebih dahulu sebelum bangun dari duduknya.
Perlahan-lahan tangannya membuka pintu bilik wad Erika. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik wad. Tiada sebarang riak dari wajahnya.
Dia menghampiri Erika yang terbaring lemah dengan menggunakan alat bantuan pernafasan. Dia menarik kerusi di sebelah katil Erika.
"Baby aku datang. Aku rindu kau baby. Bangun baby." Setitis demi setitis air mata jatuh pada pipinya. Dia tak kuat melihat keadaan lemah Erika.
"Aku bersyukur sangat kau dah tukar kepada wad biasa. Terima kasih baby masih pertarungkan nyawa kau. Aku cintakan kau baby...."
"Aku menyesal pergi tanpa pengetahuan kau. Sumpah aku menyesal. Aku dah terima balasan yang setimpal baby. Aku dah tarik diri dari pasukan gerak khas. Aku tak sanggup nak tinggalkan kau.."
"Nanti kau dah sedar aku akan masuk meminang kau. Semua ni terjadi disebabkan aku. Aku akan bertanggungjawab."
Dia memegang tangan Erika. Cincin di dalam kotak di bawa keluar.
"Cincin ni untuk kau baby. Dah lama aku beli cincin ni. Aku beli cincin ni waktu kita pergi beli gelang emas. Aku nampak kau tenung cincin ni. Aku rasa kau suka." Cincin berlian itu dipakai di jari manis Erika.
"Aku sering berjanji pada kau baby. Namun aku jugak yang mungkiri janji. Kadang ingat kadang aku terlupa akibat memandang dunia ini bagaikan syurga. Ya Allah aku serahkan hubungan kami kepada kau. Permudahkanlah aku mencari jalan yang benar. Andai langkah ku terhenti disini, kau bukalah hati wanita ini agar dia mampu memaafkan dosaku kepadanya ya-Allah."
"Aku mintak maaf baby. Aku dah hanyut jauh. Aku lupa janji aku pada kau. Aku kejam. Aku lukakan perasaan kau. Cinta kita adalah cinta fatamorgana Erika Elvina. Cinta khayalan. Jika suatu hari nanti kau bencikan aku percayalah aku seribu kali lebih kesal dengan perbuatan aku."
Wajah dipenuhi dengan air mata. Dia menutup matanya membayangkan dosa yang telah dia lakukan kepada Erika. Dia kejam.
"Sakit...." Terhenti tangisan Emir. Dia memandang Erika.
"Baby,kau sakit dekat mana. Bukak mata kau baby. Aku dengar suara kau tadi. Tolong bukak mata baby."
Perlahan-lahan Erika membuka matanya. Cahaya lampu yang terang membuatkan dia kembali menutup mata. Terasa pedih iris matanya. Dia menghalang cahaya lampu tersebut dengan menggunakan tangannya.
"Kau sakit dekat mana baby? Aku panggil dokter." Baru sahaja Emir ingin melangkah memanggil dokter, Erika terlebih dahulu menarik tangan kekarnya.
"Kenapa Elvina? Jawab soalan aku."
"Sakit hati." Tergamam Emir mendengarnya. Erika melepaskan tangan Emir. Dia toleh memandang tempat lain. Alat bantuan pernafasan dibuka.
"Pakai benda tu Elvina. Nanti kau susah nak kawal pernafasan kau." Emir memakaikan kembali alat bantuan pernafasan tapi Erika menepisnya.
"Kau kan suka aku mati? Hidup kau penuh dengan rahsia dan penipuan." Erika menatap tajam anak mata jejaka dihadapannya. Emir berkerut tidak mengerti.
"Apa maksud kau Elvina. Aku tak faham."
YOU ARE READING
EMIR EIDRIS | Complete
Misterio / Suspenso"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."