Chapter 16

2.5K 100 8
                                        

Kereta diletakkan di tempat letak kereta berhampiran penjara tahanan. Mereka berdua keluar daripada perut kereta. Kereta dikunci terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam pernjara. Natasya mengambil nafas panjang lalu dihembusnya. Dia dah bersedia.

"You okay Tasya?" soal Emir apabila melihat riak wajah Natasya. Kaca mata hitamnya dibuka.

"Saya okay. Awa jangan risau.Jom masuk." Emir mengangguk. Dia kembali pakai kaca mata hitamnya. Natasya mengikuti langkah Emir.

"Tuan Emir?" sapa salah seorang penjaga tahanan tersebut. Emir mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Jangan panggil tuan. Aku dah tarik diri." Berubah terkejut wajah jejaka tersebut.

"Tuan.. maksud saya encik tak tipu? Tapi kenapa tarik diri? Ada yang tak kena ke?"Bertubi-tubi soalan dilemparkan. Emir hanya diam tidak membalas. Biar dia sahaja yang tahu mengapa dia tarik diri.

"Panjang cerita dia. Aku nak jumpa tahanan baru. Nama dia Amsyar Adrian."

"Kejap ye encik saya panggil dia." Emir mengangguk.

"Ikut I." Natasya mengikuti langkah Emir dari belakang. Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak berhenti berselawat. Cincin perkahwinanya digenggam erat.

"Duduk Tasya." Natasya mengangguk.Dia menarik kerusi. Tudungnya dibetulkan sedikit.

"Awak teman saya boleh Emir?"

"Boleh Tasya."

"Terima kasih."

Tiba-tiba sahaja pintu dibuka. Mereka berdua toleh melihat wajah tak bermaya Amsyar. Tanpa sedar air mata jatuh pada pipi Natasya. Dia menatap wajah suaminya. Sungguh ini insan yang dirindui. Dia hanya mampu melihat gambar perkhwinan mereka beberapa tahun lepas sahaja.

"Kau buat apa dekat sini Emir? Siapa perempuan ni." Ya dia tidak mengecam wajah Natasya. Natasya yang dulu tidak sama seperti Natasya yang sekarang. Dulu dia tidak bertudung namun sekarang dia telah bertudung. Wajahnya turut berubah kepada yang lebih manis.

"Kau tak ingat Am?" Amsyar mengeleng. Matanya menatap wajah wanita dihadapannya yang sedang menangis. Keningnya berkerut cuba untuk mengecam dengan lebih jelas.

"Saya Natasya Adellia. Istri awak Adrian."

"Sayang. Emir bawak aku keluar Emir. Aku nak jumpa Tasya, Emir. Aku rindu dia Emir." rayunya namun polis didalam menahan tubuhnya supaya tidak terus memberontak.

"Aku mintak maaf Am. Kau dalam tahanan." Emir melihat mereka berdua silih berganti. Dia tersenyum kecil melihat wajah bahagia mereka berdua. Dia tahu yang mereka berdua saling merindui. Sudah hampir tiga tahun tidak bertemu.

"Adarian kita cakap dekat sini pun boleh kan? Awak jangan macam ni. Nanti lambat awak keluar daripada tempat ni. Saya rindu suami saya." Mereka berdua memegang kaca tahanan.

"Sayang lupa yang sayang panggil saya abang? Abang rindu istri abang." Air mata tidak berhenti keluar daripada tubir mata masing-masing.

"Maaf saya tak ingat panggilan saya pada awak. Ingatan saya masih tak ingat sepenuhnya. Emir yang bantu saya untuk pulihkan kembali ingatan saya." Amsyar toleh melihat Emir. Emir tersenyum kecil.

"Thank you Mir. Aku mintak maaf."

"Lupakan. Korang berbual lah. Aku tak nak menganggu. Aku pergi dulu." Emir melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

"Kenapa abang buat Emir macam tu?"

"Sayang dah tahu?" Perlahan- lahan Natasya mengangguk.

"Sebab abang bodoh waktu tu. Abang mintak maaf sayang."

EMIR EIDRIS | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang