Pagi-pagi lagi dirinya dipaksa untuk membeli barangan dapur. Cuti sudah seperti tidak cuti. Ingin sahaja dirinya menjerit disitu.
"Mummy lama lagi ke?" soal Emir bersama wajah malasnya.
Datin Emila mengabaikan soalan daripada anak terunanya. Bibirnya terukir senyuman. Bukan selalu dia meluangkan masa bersama anak bujangnya.
Emir hanya mengkuti sahaja langkah Datin Emilia dari arah belakang. Tangannya menolak troli yang sudah dipenuhi dengan barang masakan.
"Emilia?" Panggil seseorang dari arah belakang. Serentak mereka berdua pusing ke belakang untuk melihat empunya suara.
"Sumayyah? Ya Allah, lamanya kita tak jumpa!" Mereka berdua berpelukan. Masing-masing tersenyum gembira. Setelah bertahun lamanya tidak bertemu.
"Kau apa khabar Emilia?" soal Puan Sumayyah. Mereka berdua melepaskan pelukan.
Emir hanya memerhati sahaja mereka berdua sedari tadi, Sesekali dia tersenyum kecil melihat wajah bahagia dua wanita paruh baya itu. Jelas kelihatan seperti sedang melepaskan rindu.
"Alhamdulillah, aku sihat. Teratak Zahrah tu masih ada lagi ke?"
Puan Sumayyah mengangguk perlahan.
"Tak sangka kau masih lagi jaga teratak tu. Besar pahala kau jaga anak-anak yatim dekat sana."
Puan Sumayyah tersenyum kecil mendengar pujian kawan universitinya.
"Bonda dah ambik ayam?"
Serentak mereka semua toleh melihat empunya suara. Puan Sumayyah mengangguk sambil tersenyum kecil melihat sosok wanita muda itu. Dia terlampau gembira kerama Erika sudi menemaninya membeli barang dapur.
"Sudah, sayang. Datang sini kejap."
Erika mengangguk. Dia berjalan ke arah Puan Sumayyah.
"Kenalkan ini kawan lama bonda. Nama dia Emilia."
Erika toleh memandang wanita paruh baya yang sedang berdiri di hadapannya. Mata coklat gelapnya tanpa sengaja melihat jejaka yang dia cukup benci sedang bersiri di belakang Datin Emilia. Mata coklat mereka saling bertemu. Tatapan mata mereka berdua jelas menggambarkan seperti tidak berpuas hati.
"Ni, Erika Elvina. Dia pun bekas anak yatim dekat sana. Sekarang dah besar panjang dah," kata Puan Sumayyah yang memperkenalkan Erika kepada Datin Emilia.
Erika mengangguk sambil memaksa bibirnya untuk tersenyum ke arah wanita paruh baya itu. Panas pula hatinya melihat wajah berlagak Emir.
"Cantiknya nama. Tuan punya badan pun cantik," puji Datin Emilia.
Erika tersipu malu mendengar pujian daripada Datin Emilia. Kerap kali orang memuji dirinya cantik. Sudah lali dia mendengar pujian yang sama. Bagi dia, dia tidak secantik wanita yang tertutup di luar sana.
"Terima kasih,puan."
Berkerut pelipis Datin Emilia mendengar panggilan itu.
"Jangan panggil Puan. Panggil mummy aje."
Emir menjeling wajah Erika yang sedang tersenyum dengan tatapan tidak puas hati. Semudah itu sahaja Datin Emilia mengizinkan orang lain memanggilnya dengan panggilan 'mummy'.
"Kenalkan anak teruna mummy. Nama dia Emir Eidris."
Emir tersenyum paksa memandang wajah Erika. Erika membalas kembali senyuman Emir. Namun, jauh dari sudut hati mereka sedang mengutuk antara satu sama lain.
RING...
Emir merapa poket seluarnya apabila terasa getaran. Dia mengeluarkan telefon pintarnya untuk melihat siapa yang menghubunginya. Wajah berlagak tadi berubah dingin sebaik sahaja membaca nama yang tertera pada panggilan telefonnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
EMIR EIDRIS | Complete
Детектив / Триллер"I'm your protector until my last breath Erika Elvina..."
