Bab 1

1.7K 47 4
                                    

Seorang perempuan melangkah laju. Beg silang di bahu dipegang dengan erat. Anak buahnya di belakang turut memerhati sekeliling.

"Mrs, ikut sini," kata salah satu anak buahnya. Perempuan itu terus sahaja membelok ke kiri. Kereta Velfire berwarna Hitam menjadi tujuannya.

Cepat kakinya melangkah masuk. Anak buahnya juga turut ikut masuk. Perempuan itu melepaskan nafas lega.

Gila.

Macam mana wartawan boleh tahu dia ada di sini? Macam mana wartawan tahu bahawa dia akan pulang ke Malaysia? Kepala dipicit perlahan.

Pening.

"Mrs, okay ke?" soal anak buahnya. Perempuan itu menjatuhkan kepala.

"Abbey boleh gerak ke Appartment saya, " arah perempuan itu kepada pemandunya. Abbey menjatuhkan kepala lalu memandu kereta velfire itu dengan cermat.

.

.

.

Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam office. Bunyi yang tadinya riuh, kembali sunyi. Bagaikan di tapak perkuburan.

Lelaki itu menghampiri satu meja. Wajahnya tiada hiasan senyuman.

"Tina, aku ada apa hari ni? " soal lelaki itu. Mata tidak berhenti melihat wajah Tina dengan tajam.

"Tuan ada meeting dengan Dato' Abbas untuk tanah projek di Jerman," jelas Tina. Tangannya ligat memeriksa lagi jadual lelaki itu dengan Ipad di tangan.

"That's all, " kata Tina. Lelaki itu menjatuhkan kepala tanda faham lalu melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Tiada kata terima kasih langsung.

Laci di selak lalu fail berwarna Biru itu dicapai. Pen yang sebelah bingkai gambar di ambil sebelum dia memulakan kerja.

.

.

.

"Baiklah, saya akan bincang dengan yang lain," kata lelaki itu. Mereka berjabat tangan. Lelaki itu mengiringi lelaki tua untuk keluar.

"Terima Kasih kerana telah sudi bekerja sama dengan kami, " kata lelaki itu. Lelaki tua itu hanya senyum.

"Oh ya lagi satu Naufal, I nak tengok projek tu bulan depan. I mean nak terbang ke Jerman. So, if you're going to join me to fly to Germany. Come on," ajak lelaki tua. Nuafal angguk. Anak buahnya membuka pintu untuk lelaki tua itu.

"Thanks again Dato' Abbas, " kata Naufal usai sahaja pintu kereta Ranger Rover berwarna hitam itu ditutup. Wajah tadi yang senyum kembali ketat. Naufal memanggil anak buahnya.

"Siapkan kereta, " arah Naufal lalu beredar ingin mengambil barangnya di bilik pejabat. Anak buahnya memjatuhkan kepala.

.

.

.

Naufal memakan Spaghetti Carbonara. Hot dog di cucuk dengan garfu lalu disuapkan pada mulut. Dia hanya membuat bodoh saat semua mata perempuan memandang wajahnya.

Sudah biasa.

"Server! " jerit Naufal sedikit kuat. Seorang perempuan berbaju hitam putih datang ke Naufal. Resit di serahkan. Butang baju dua di atas di buka. Lalu di tarik ke tepi biar bahagian tengah terdedah. Naufal pandang sekilas.

Bibir menyunggi sinis. Duit di keluarkan dengan not 100 ringgit Malaysia di letakkan di atas itu. Perempuan itu terkejut dengan bayaran itu. Tahulah kaya tapi jangan tunjuk sangat. Makanan dengan air tu hanya 25.80 sen je. Kau bagi 100.

"The rest of the time you take a button buy. It's bad that even you button doesn't exist," sindir Naufal lalu beredar. Perempuan itu tergamam lalu menundukkan muka. Malu bila dilihat orang di situ.

Naufal membuka pintu lalu berjalan ke arah keretanya. Baru sahaja pintu ingin di buka terdengar suara. Dia menoleh ke belakangnya. Di satu sudut terdapat ramai wartawan sedang berkumpul dengan kamera. Ada gadis yang dilindungi oleh beberapa lelaki berbaju hitam.

Dia rasa ingin tolong. Tapi macam... Argh sudahlah! Dia melangkah ke arah gadis itu. Tangan gadis itu di capai lalu ditarik menuju ke keretanya. Memasukkan gadis itu ke dalam kereta BMW itu.

Gadis itu jelas terkejut dengan tindakan Naufal. Lelaki yang memakai baju hitam tadi menghalang dari wartawan mengambil gambar kereta itu.

"Rev, gerak," kata Naufal.

Gadis itu memaklumkan pada anak buahnya bahawa dia baik sahaja saat kereta BMW itu meluncur laju. Gadis itu mengatur nafas. Dia ingin makan, bukan nak buat meet and greet dengan wartawan.

Balik Malaysia salah, tak balik Malaysia salah.

"Thank you for helping me, " kata gadis itu. Naufal memerhati wajah gadis itu. Matanya memandang segenap wajah itu.

Mata bulat berwarna hitam, dahi yang tiada jerawat, alis tebal, hidung mancung, pipi putih mulus dan bibir merah delima. Sangat cantik. Pendek kata perfect! Walaupun tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

"You... Aara Nayla bukan? Penyanyi yang tidak balik ke Malaysia selama 5 tahun selepas your father kahwin dua right?" teka Naufal. Patutlah ramai wartawan datang tadi. Rupanya penyanyi.

"Err, yeah it's me. And who are you?" Naufal memandang ke arah Rev. Rev menjatuhkan kepala tanda faham.

"Your name is Naufal Afkar. 30 years old. Continuing a business called AOL... "tidak sempat Rev ingin menghabiskan ayatnya. Nayla memintas.

"Jadi awaklah jejaka yang terkenal handsome dan seram tu? Awak pernah jadi artis dekat jenama... AE! " jerit Nayla menghiasi kereta itu. Naufal pula sudah menutup telinga. Terminum mic ke apa?

"I didn't expect to see you. Because my friend said to see you is hard, " suara sayu dengar di akhir itu. Naufal menggeleng.

"Okay, stop yang kau minat aku apa semua tu. Sekarang ni kau nak aku hantar mana?" soal Naufal. Nayla seperti memikirkan. Jari telunjuk di ketukkan di hujung bibir.

"Apartment saya dekat... The Residences at The St. Regis Kuala Lumpur," penuh dengan nama Nayla menyebut. Tanpa banyak cakap terus sahaja Naufal menyuruh Rev membawa ke situ.

.

.

.

"Terima kasih sekali lagi sebab hantar dan tolong saya," ujar Nayla dengan senyuman manis. Naufal beku. Bukan beku kerana senyuman itu namun memang itu mukanya. Tiada balasan dari Naufal.

"Err, boleh tak bagi nombor telefon? Please... Saya minat dengan awak, " Nayla mengedipkan matanya. Bagaikan budak kecik sahaja. Comel.

Naufal diam. Rev hanya lagak biasa. Kerana sudah pasti Tuannya akan jawap 'tidak'. Beribu-ribu perempuan yang dia temui dan meminta nombor telefon. Naufal tidak pernah memberikan.

"011 273 628," Naufal memberitahu dengan cepat. Terpinga-pinga Nayla ingin salin. Manakala Rev sudah ternganga.

What the weather. Seusai itu Nayla melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Rev pula meletakkan belakang tapak tangan di atas dahi Tuannya.

Naufal kerut dahi.

"Kau kenapa setan?" soal Naufal

"Tak panas. Tapi kenapa Tuan bagi dia nombor telefon?" selamba Rev menanyakan. Naufal ringan tangan dia memukul punggung Rev. Makin lama makin menjadi.

Taip betul juga. Asal aku bagi nombor telefon aku dekat minah tu? Getus hati kecilnya.

Bersambung

My Love©Where stories live. Discover now