Bab 25

363 18 0
                                    

Pinggan kaca yang tersedia di rak di capainya. Bersama beberapa cawan kaca. Di letakkan di atas meja.

Mangkuk yang berisi Bihun Goreng di ambil dengan berhati-hati. Panas oi!

"Eh kenapa Nayla yang buat ni semua? Susah susah jelah. Sini bagi mama je buat." kata Datin Nurul. Dia turun sahaja Nayla sudah menghidang makanan. Nayla hanya senyum.

"Eh tak apalah, biar Nayla je buat. Mama tinggal panggil papa je. Nanti dah siap ni. Nayla panggil Naufal turun." balas Nayla. Sudu dan garfu di letakkan di atas pinggan kaca. Jag air nescafe itu di letakkan bersebelahan dengan pinggan dan cawan.

Datin Nurul menjatuhkan kepala. Kakinya kembali menaiki biliknya. Nayla juga naik ke biliknya.

"Awak?" tombol pintu di pulas apabila tiada reaksi dari ketukan pintu tadi. Kepala di jengulkan masuk ke dalam bilik. Sekeliling di pandang. Tiada susuk tubuh yang di cari-cari.

Berkerut dahi Nayla. Aik, mana dia pergi?

Nayla melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Langkah di perlahan dengan kepala pandang ke arah kiri dan kanan. Katil juga kosong. 

Mungkin dia mandi kut?

Klak!

Bunyi pintu di kunci menarik perhatian Nayla. Tubuh dipusing ke belakang. Oh no!

Ini bukan Naufal kunci. Bukan bunyi angin. Tapi... Dia terkunci di dalam bilik!

Tombol pintu di pulas lalu ditarik. Tapi tidak boleh. Kepala melekap di daun pintu.

Kedengaran suara orang ketawa dan dia tahu siapa. Pintu di tarik lagi. Tapi tidak boleh.

"Naufal! Buka pintu ni! Naufal! " pintu di ketuk banyak kali. Namun, hanya ada suara ketawa sahaja dari luar. Nayla menbuka laci yang berdekatan. Mencari jika ada kunci pendua.

Tiada.

"Naufal! Tak baiklah! Buka pintu ni! " Nayla ketuk pintu itu dengan kuat. Agak-agaklah nak bergurau.

"Naufal Afkar!" jerit Nayla. serta merta suara ketawa tadi berganti dengan suara batuk. Pintu itu tidak habis-habis di ketuk. Kang aku tendang pintu ni.

"Cakap anje sayang hubby dulu." bisik Naufal. Nayla menjulingkan mata ke atas. Mengada!

"Naufal, cepatlah buka! Mama tunggu tu!" 

"Cakap la anje sayang hubby." 

Nafas di tarik dalam. Ya Allah, bagilah aku kesabaran. Bibir di lekapkan di daun pintu. Naufal memasang telinga.

"Anje sayang hubby."

"Tak ikhlas." rungut Naufal. 

"Dah cakapkan? Cepatlah buka!" Nayla menahan lagi nada suaranya. fuh! Sabar Nayla. Sabar.

"Terakhir, cepat cakap anje sayang hubby."

"Anje saaaayang sangat Hubby." 

Naufal senyum menang. Kunci di keluarkan dari poket. Di halakan pada lubang pintu.

"Macam tulah. " pintu di buka. Wajah cemberut Nayla yang terpapar. Comel!

"Puas?" tanya Nayla dingin. Dia berjalan keluar dari bilik. sempat di langgar bahu tegap Naufal. 

Walaupun dia pendek. Boleh la langgar sipi-sipi. Senyuman menang tadi memudar.

"Ala abang gurau je." pujuk Naufal. Nayla buat tidak endah. Merajuk!

Naufal sudah menggaru kepala. Aduh, salah masa nak kacau. Korang la ni!

Anak tangga di turun dengan laju. Nasib tiada orang lagi. Kalau tak, malu je keluar lambat.

"Dah panggil Naufal?" tanya Dato Firuz saat melihat menantunya sudah duduk di kerusi. Nayla menjatuhkan kepala. Tidak lama kemudian datang Naufal dan Datin Nurul.

"Naufal, baca do'a ,"

.

.

.

"Love, tunggulah abang," panggil Naufal. Nayla melangkah dengan laju. Nasib baik hari ini kakinya memberi kerjasama dengan melangkah besar.

Tangan Nayla di capai dan Yes! Daoat tangan dia. Nayla pusingkan tubuhnya lalu muka malas di pasang.

"Awak nak apa?" tanya Nayla. Hati dikuatkan juga dari cair melihat pandangan Naufal yang indah itu. Ahaks!

"Merajuk lagi ke?" tanya Naufal. Wajah menunduk lalu tangan Nayla yang di pegang di goyang ke kiri dan kanan.

"Mana ada saya merajuk. Awak ni nyanyuk la. Dah lepas." balas Nayla dingin. Walaupun tak dingin mana. Tangan Nayla di lepaskan.

Nayla memusingkan tubuh lalu berjalan. Baru beberapa langkah kedengaran seperti esakan seseorang dan bunyi lutut bertemu lantai. Tubuh di pusingkan perlahan.

Terkejut?

Ya, Nayla sangat terkejut melihat keadaan di hadapannya ini. Naufal sedang melutut dengan empangan air mata yang berjurai.

Serta merta, kakinya melangkah dekat dengan Naufal. Pipi Naufal di tekup. Memaksa memandang wajahnya.

"Hey, kenapa pula nangis ni?" tanya Nayla. Naufal tercebik-cebik menangis.

"Love marah abang..." balas suara itu. Nayla menahan ketawa. Sekeliling di pandang memastikan tiada orang.

"Naufal, bangun. Janganlah nangis." pujuk Nayla. Baru nak berlakon merajuk sekali kena pujuk orang.

Naufal menggeleng kepala. Tubuh Nayla di peluk erat. Kepala di sembap pada perut Nayla.

Dapat Nayla rasakan baju di kawasan perut sudah basah. Aduh, aku ni mana reti pujuk orang.

"Dah jangan nangis."

Tak berkesan.

"Okay, abang jangan la nangis. Love gurau jela tadi. Apa orang lelaki nangis ni?" pujuk Nayla lagi dan pnggilan di tukar.

"Ye la tu gurau."

"Ya, dah bangun."

Berhasil!

Naufal bangun dari melutut. Tubuh Nayla di peluk erat. Bagai tidak mahu lepas.

Nayla membalas pelukkan tersebut. Belakang badan Naufal di usap bagi menenangkan Naufal.

Terharu?

Ya, Nayla terharu kerana ada lelaki yang menangis kerananya. Bermakna lelaki itu sangat mencintai dia. Dia bersyukur.

Orang itu ialah...

Naufal Afkar.

Bersambung.

My Love©Where stories live. Discover now