Bab 29

182 8 0
                                    

"Annyeonghaseyo Korea!" jerit Nayla sebaik sahaja keluar dari Kapal Terbang itu. Orang yang baru sahaja keluar sudah terkejut. Ada yang menayangkan wajah geli.

Mesti ingat Nayla ni gila.

"Love! Jangan jerit sebelah telinga abang! Pekak nanti." kata Naufal sambil tangannya menggosok telinga. Berdesing telinga. Nasib sayang.

Nayla yang mendengar terus wajahnya bertukar menjadi garang. Langkah dilajukan ke arah lain. Hanya gelengan yang menghiasi wajah Naufal.

Jujur pun salah. Bohong lagi la salah. Semua salah.

"Love, janganlah laju sangat. Abang penat ni." kata Naufal. Bukan penat, tapi dia saja nak tes Nayla. Adalah sikit penatnya.

Nayla hanya laju. Bisikan hati menyuruh dia untuk berhentikan langkah tidak diendahkan. Dia gurau je tu. Okay! Dia gurau je.

"Aduh!" adu seseorang mem buatkan Nayla paling kebelakang. Mencari kelibat Naufal namun tiada. Wajah berpaling ke hadapan dan tergamam.

Melihat wajah Naufal yang dekat dengannya. Nafas Nayla berlanggar Nafas Naufal. Degupan jantungnya dapat dia dengar.

Halkum Naufal turun naik membuatkan dia lagi terkaku. Wajah Naufal di pandang teliti. Kacak! Mestilah suami aku.

"Ohok! Ohok!" bunyi batuk dari orang asing membuatkan mereka berdua tersedar. Terus badan ditegakkan. Sekeliling dipandang untuk memastikan tiada orang nampak.

"A...abang dah oder grab ke?" tanya Nayla. Nafas diatur. Dada diurut.
Mengancam!

Naufal memeluk pinggang ramping Nayla. Nayla tersentak lalu pandangannya bertembung dengannya. Nafas yang atur kini tidak teratur.

Pinggangnya semskin dipeluk erat sehingga dadanya bertemu dengan dada bidang Naufal. Nafas semakin sesak. Tolong!

"A... Abang!" panggil Nayla. Tangannya menghalang dada Naufal dari dekat dengannya. Naufal tidak mengendahkan panggilan itu.

"Sampai hati Love tinggalkan Abang." suara garau itu bersuara. Meremang bulu roma Nayla. Apasal lain macam Naufal ni.

"Ala, bukannya tinggal lama pun. Nayla kan ada depan mata abang." kata Nayla. Matanya menentang mata Naufal. Ada rasa debar namun dibiarkan.

"Walaupun Love ada depan mata Abang pun. Abang tetap rindu." balas Naufal. Kepala Nayla yang balut dengan tudung itu diusap lembut. Nayla tersipu-sipu malu.

"Eii dah la, Nayla lapar. Nak makan ramen, Tteok- bokki dan samyang"

Habis segala jenis makanan Korea disebut.

.

.

.

Nayla merengus kasar apabila mendapat khabar buruk. Bahawa makanan yang dia nak makan itu sudah habis. Ya, habis. Sudah dia cari merata kawasan di sini namun tiada.

Sudahla dia beratur panjang tau. Ada yang dia beratur sampai empat puluh minit semata-mata nak makanan Korea. Naufal pula selalu meminta untuk cari kedai lain. Bila dicari kedainya, habis lagi.

"Ha tu la, abang dah cakap makan je apa yang ada dekat depan mata. Love sibuk sangat nak cari ramen, tokaki tu lepas tu cari samyang." nak tergelak Nayla mendengar 'Tokaki' dari perkataan 'Tteo-bokki'. Namun dia kembali serius apabila Naufal membebel dia. Eh eh eh dia ni. Nak bebel kita pula.

"Salah Abang juga. Siapa suruh tak oder tiket awal-awal. Kalau tak, kita dah dapat makan tu semua," kata Nayla. Naufal ingin membalas namun Nayla meletakkan jari telunjuknya di bibir Naufal.

"Dan... Ejaan sebenarnya Tokaki abang tu adalah Tteo-bokki! Sesenang hati je nak ubah bunyi. Kalau orang sini tahu, nahas abang dikerjakannya." sambung Nayla. Satu jelingan diberikan pada Naufal. Naufal melihat jari telunjuknya dengan senyuman nakal.

Ngap!

"Abang!" jerit Nayla. Jari telunjuknya ditarik keluar dari mulut Naufal. Eiiii, gelinya.

Jari telunjuknya dikesat pada lengan baju Naufal. Eii, Naufal tahukan yang dia ni tak suka main air liuf ni.

"Abang memang sengajakan!" kata Nayla. Wajah tidak puas hati ditayangkan. Lain dengan Naufal yang hanya menunjukkan wajah kemenangan.

Gembira la tu. Benci betul la. Ishhhh

"Ala, nak bergurau sikit pun tak boleh. Sensitif sangat la Love ni. Mengandung ke?" seketika terdiam, Naufal langsung tidak sedar perkataan itu keluar dari mulutnya. Nayla pula terdiam. Tiada reaksi,tiada suara dan tiada pergerakan.

"Ehem! Err Abang nak mandi ke?" soal Nayla sekaligus menukar topik. Rambutnya digaru bagi menghilangkan rasa gementarnya. Naufal menjatuhkan kepala.

"Love nak teman ke?" usik Naufal. Senyuman nakalnya terbit. Dia perlu kembalikan suasana yang tadi.

Nayla pandang wajahnya dengan pandangan jijik. Eii gatalnya. Suami siapa lani. Sila kutip cepat.

"Abang jangan mengada-ngada eh. Kang ada juga yang terlucut tuala ni." Balas Nayla. Siap beri ugutan lagi. Namun, ugutan itu tidak berkesan  pada Naufal.

"Auch, gatalnya bini I  ni," makin galak Naufal mengusik Nayla. Nayla pula, mencapai satu bantal kecil disebelahnya lalu dibaling ke arah Naufal. Bilik itu dihiasi oleh ketawa Naufal yang seronok dapat mengusik Nayla.

Bersambung

My Love©Where stories live. Discover now