"Kenapa kau letak racun tu dekat minuman mummy!" jerkah Nayla. Seorang perempuan di hadapannya di pandang. Beg tangannya di baling ke arah perempuan itu.
Wajah sudah belumuran dengan air mata. Nayla menangis. Perempuan itu hanya diam.
Kepala menekur ke lantai. Tidak berani ingin menghadap majikannya. Mata itu sangat gerun.
"Aku tanya ni kenapa!?" tengking Nayla. Tangannya menolak bahu perempuan itu. Kecewa.
"Apa salah keluarga aku sampai kau buat macam ni?" soal Nayla perlahan. Suara nya mula sayu. Yang di rumah hanya melihat aksi itu.
"S... Saya terpaksa. Saya perlukan duit." balas perempuan itu. Nayla lantas mengambil pisau. Naufal terus memujuk Nayla agar turunkan pisau itu. Namun, tiada respon.
"Duit yang selama ni aku bagi kau. Tak cukup ke syaitan!" jerkah Nayla. Ini kali pertama dia jerkah orang gajinya. Empat ribu gajinya. Takkan tak cukup.
Perempuan itu melutut. Tangan memeluk kaki Nayla. Dia menangis di situ.
"S... Saya minta maaf puan. Saya... Terpaksa. Dia janji nak bagi duit dekat saya." suara itu merayu. Kakinya rasa di goncang. Nayla terus mengalirkan air mata.
"Berapa duit yang dia bagi tu? Lagi tinggi ke dari duit aku bagi kau?" soal Nayla secara sinis. Sebelum bibirnya ketawa kecil. Another psiko.
"dia bagi... Sepuluh ribu..." tergagap-gagap perempuan itu memberitahu jumlah wang yang di beri. Nayla gelak besar. Yang melihat sudah menyentuh lengan. Seram sejuk.
"Okay, sekarang bagi tahu aku. Apa sebab kau nak guna duit sepuluh ribu tu?" soal Nayla. Wajah perempuan itu di tilik. Air mata berhenti mengalir di ganti dengan senyuman sinis.
Perempuan itu diam. Tiada jawapan. Air mata mengalir di seka.
"Kau nak bagi dekat jantan tak guna tu kan? Hey! Bodohnya kau ni. Kau sanggup hilangkan nyawa orang lain, nyawa ibu bapa orang lain semata-mata nak nagi duit dekat jantan yang minum air kencing syaitan tu?" Nayla mengangkat wajah perempuan itu dengan pisau di tangan. Suara yang menghalangnya untuk menjatuhkan pisau itu di biarkan sahaja. Wajah Naufal di pandang.
Tiada suara halang dari bibir lelaki itu. Hanya perkataan 'I support you' Nayla terus senyum. Sebelum perlahan-lahan senyuman itu memudar.
Air mata kembali mengalir. Pisau jatuh di lantai. Perempuan itu tergamam.
"Aku percaya kau. Aku yakin yang kau dapat jaga Mummy baik-baik. Aku percayakan kau!" serentak itu tubuhnya melorot jatuh ke lantai. Tangisan mula pecah. Nayla meraung di situ.
"Kau tahu aku paling rapat dengan Mummy. Kenapa? Kenapa?" bertubi-tubi Nayla menanyakan kenapa. Kecewa. Sedih.
"Saya minta maaf Puan!" kata perempuan itu. Tangisanya juga mula pecah. Rasa bersalah.
Anak buah Naufal mula mendekati Naufal. Di lihat suasana itu, lalu memandang ke arah majikannya.
"Angkut dia bawa ke balai." Naufal berkata lalu berlalu pergi. Dia ingin menenangkan Nayla. Tapi haram.
"Puan! Tolong jangan bawa saya ke balai. Puan! Puan tolong saya..." merayu perempuan itu apabila dia di heret. Namun, Nayla tidak layan. Dato Nariq terus memeluk tubuh anaknya.
Jatuh air matanya apabila faham situasi itu. Tidak sangka, selama ini dia berbaik dengan orang gajinya. Ini yang di balas.
Kematian isterinya bukan kerana sakit jantung. Tapi dibunuh. Allahuakbar.
.
.
.
"Awal betul dia mengaku." kata seorang polis. Naufal menjeling. Okayla tu dia mengaku awal-awal.
Tak adalah, dia sibuk nak siasat lagi. Nanti kau balik lambat sibuk merungut kenapa kes tak selesai. Dasar!
"Tak cuba kau bayangkan ek, dia macam reda je dengan keadaan. Dia rasa bersalah. Tapi dalam masa yang sama dia mengaku yang dia buat benda tu. Kau tak rasa macam something ke?" jelas dan soal seorang polis itu. Naufal mengerut dahi. Betul juga.
Reda sungguh dia ni.
Mata Naufal terpacak kepada seseorang yang masuk ke dalam bilik siasat itu. Dipandang dua orang tu. Seorang itu merenung tajam ke arah suspek.
Naufal hanya mendengar sahaja bicara dua orang itu. Mati di kecil kan saat mendengar suspek itu merayu.
"Tolong saya Puan! Tolong la." ujar suspek itu. Suspek melutut di hadapan sosok tubuh itu.
Tolong?
"Aku akan tolong kau tapi ada balasan." beku suara itu membalas. Naufal terpandang satu besi di tangan sosok itu. Meluru dia keluar memasuki bilik siasat itu.
Tubuh itu di tahan dari menikam suspek. Suspek hanya terkena hirisan pisau itu.
"Lepaskan saya Naufal! Saya nak balas dendam! Lepaskan!" meronta-ronta tubuh itu meminta lepaskan. Naufal menahan kedua tangan tubuh itu. Mata di kerling ke belakang. Menunggu polis perempuan datang.
"Kau tak boleh nak buat macam ni Nayla! Kau tak boleh tikam dia! Kau tak boleh balas dendam dekat dia!" kata Naufal. Nayla masih meronta-ronta.
"Saya nak balas dendam! Dia dah bunuh mummy saya! Saya nak bunuh dia!" jerit Nayla. Suspek di pandang tajam. Air mata setitik mengalir.
"Nayla! Kawal diri kau! Aku dah cakap yang pihak polis akan bagi hukuman yang setimpal pada suspek!" Naufal menyerahkan Nayla pada polis perempuan. Wajah Nayla sedikit sudah di basahi dengan air mata.
"Bagi polis itu setimpal. Bagi saya tak,dia bunuh mummy saya dengan kejam. Dia racun mummy saya. Mummy saya Naufal." perlahan-lahan tubuh itu jatuh ke bawah. Pisau itu sudah di jatuhkan ke lantai.
"Ya, aku tahu. Tapi kita tak boleh nak buat apa-apa. Dia buat pun sebab suruhan dari orang. Kita tak boleh nak salahkan dia." Naufal menenangkan Nayla. Mata di berikan isyarat ke arah polis perempuan. Satu suntikan di kenakan di leher Nayla.
Nayla terus pengsankan diri. Kepalanya terjatuh di paha Naufal.
Amboi, sempat lagi eh pilih tempat landing.
Naufal lantas mencempung tubuh itu keluar dari bilik siasatan itu. Semua di situ terpegun. Namun, hanya sekejap sebelum pandangan di buang ke arah suspek yang masih lagi panik.
.
.
.
Mata di buka perlahan-lahan. Cahaya yang singgah membuatkan pandangannya silau. Pandangan yang kabur mula cerah.
Tangan menyentuh kepala. Lega. Masih bertudung.
Kaki perlahan-lahan melangkah turun dari katil. Keadaan sekeliling di perhatikan. Ini... Bukan hospital. Bukan rumahnya.
Tok...
Tok...
Tok...
"Nayla?" panggil seseorang. Nayla melangkah ke arah pintu. Tombol pintu di tarik.
Kakinya terkaku melihat seorang gadis yang sangat cantik. Dia mengenal gadis ini. Lelaki di belakang itu juga menarik perhatiannya.
"Naufal? Aneeta...?"
Bersambung.
YOU ARE READING
My Love©
RomanceON GOING 2023 [tak minta banyak hanya vote dan comment] Naufal Afkar, seorang jejaka yang menyeramkan. Dingin. Matanya bagaikan pisau belati sama dengan mulut nya. "Kau ni pakai baju tak cukup kain ni sebab salah hantar kedai jahit ke apa?" - Naufal...