Bab 24

302 10 0
                                    

"Sayang... Hari ni kita pergi rumah mama dengan papa ya?"

Nayla yang sedang memakai tudung itu angkat muka. Wajah Naufal di sebalik cermin di pandang.

"Kenapa?" tanya Nayla. tudung di tarik ke belakang sedikit. Anak rambut di pastikan tidak terkeluar.

"Kan kita cuti lama lagi. Jadi... Dua hari dekat rumah Ummi dengan Daddy, Dua hari dekat rumah Mama dan Papa. " balas Naufal. Nayla menjatuhkan kepala. Setuju dengan balasan yang di beri.

Nayla bangun dari duduk di hadapan meja solek. Telefon bimbitnya di capai lalu dibuka. Sejak semalam dia jarang buka telefon. Sibuk.

Banyaknya pemberitahuan! Ada yang dari Instagram, Twitter dan Tiktok. Patutlah banyak. Anetta post gambar di mana Nayla mencium tangan Naufal semasa sesi sarung cincin. Kapsyen dia ialah...

'Yeayy dapat akak ipar baru!'

Tersedak Nayla membaca.

'Wow! patutlah senyap je dari media sosial.'

'Alamak, terlepas lagi lah aku dengan CEO ternama tu!'

'Cantiklah Kak Nayla ni'

'Itulah padahnya bila dulu bukan main tolak kata netizen yang ada hubungan. Ha ambik kau! Kahwin terus.'

Tergelak kecil Nayla membacanya. Aduhai... Komen seterusnya di baca.

'Cute je kan dia orang ni. '

'Sepadan! Seorang cantik. Seorang kacak. '

Terima kasih la puji ni. Tapi jangan banyak sangat. Kembang ketiak nanti.

Terkejut Nayla saat ada satu tangan yang memeluk pinggangnya dengan erat. Bibir sudah senyum bahagia. 

"Jom turun bawah. Ummi dah panggil tadi." kata Naufal. Lah? Bila Datin Aisyah panggil mereka? Tak dengar pun.

Nayla menjatuhkan kepala. Kakinya melangkah keluar dari bilik di ikuti oleh Naufal. Dari lantai dua, dapat lihat semua ahli keluarganya menunggu dirinya. Bibir sudah tersengih seperti kerang busuk. 

Tempat di sebelah Datin Aisyah di ambil. Naufal pula melabuhkan punggungnya di sebelah Ameer. Bihun goreng di cedok lalu di letakkan di atas pinggan Naufal sebelum di letakkan pada pinggannya.

"Daddy dah lama nak tanya ni." ujar Dato Nariq. Nayla dan Naufal angkat wajah. Suapan juga terhenti.

"Semalam, dalam pukul tiga dua puluh tujuh pagi. " kata Dato Nariq dengan teliti. Bulu roma mencanak naik. Seram lah.

"Daddy terbangun. Sebab Daddy dengar ada bunyi orang jatuh katil." 

"Uhuk!" 

Nayla menghulurkan teh panas pada Naufal. Siapa je yang tak terbatuk dengan tu. Angkat sahaja wajahnya, semua mata memandang ke arahnya.

"Abang Naufal ke yang jatuh?" tanya Ammer. Kerana dia pun terjaga pada masa itu.

Kuat sangat ke aku sepak dia sampai terjaga orang?

"Eh, taklah. Kita orang tengok cerita seram semalam. Lepas orang tu terkejut sebab ada makhluk dekat sebelah dia dan dia jatuh katil. " Iya,akulah tu yang jatuh katil. Makhluk tu pula siapa? Nayla .

Hehe.

"Oh," balas Datin Aisyah. Bibir sudah senyum. Dia tahu itu bukan cerita seram. Malahan cerita malam Naufal di tendang.

"Dah. Tutup kes siapa jatuh katil tu. Jom makan. " tutur Ameer. Nayla menjatuhkan kepala. Tanda setuju dengan tuturan Ameer.

Bibir sudah senyum jahat. Nasib dia tidak di curigai.

My Love©Where stories live. Discover now