36

314 5 0
                                        

Ducati 1198 R yang dipandu oleh Naufal membelah jalan raya. Ekspresi mereka ditutupi oleh cermin mata gelap mereka sendiri, ketika mereka menyediakan kenderaan untuk sebarang tindakan. Dia mengetatkan cengkamannya pada pistol dan melaraskan topengnya, melihat GPS untuk memastikan dia berada di landasan yang betul.

 Dengan anggukan terakhir, raungan menembusi hiruk pikuk bunyi bandar. Semasa dia memecut ke arah lokasi Nayla, fikirannya berlumba-lumba dengan misi di hadapan, bertekad untuk merapatkan jurang antara mereka sebelum terlambat.

"Kau orang tunggu sini. Biar aku je yang masuk," arah Naufal. Anak buahnya mengangguk kecuali kawannya Harrash. Harrash menghampiri Naufal.

"Kau gila ke? Dalam tu bahayalah. Biarlah kita orang masuk untuk back up kau," balas Harrash. Fred yang turut ada di situ termenung. Betul juga.

"Aku setuju dengan kata Harrash," sampuk Fred. Naufal diam. Dia mengambil nafas sebelum menghembusnya.

"Aku tak nak apa-apa jadi dekat kau orang," balas Naufal. Harrash melangkah lagi dekat. Bahu Naufal di paut kedua-duanya.

"Kita orang pun tak nak apa-apa jadi dekat kau Fal," tutur Harrash. Naufal terdiam.

"Apa gunanya kita datang sekali tapi bos seorang sahaja yang masuk ..." pujuk seorang lelaki. Dia juga tidak mahu Naufal cedera.

"Okay, kau orang nak jugakan? Aku bagi," kata Naufal. Harrash senyum nipis sebelum kembali kepada serius. Fred memandang anak buah mereka di belakang.

Ha ini lagi satu!

"Woi! Bangun! Jangan tidur dekat sini! Kau ni ... bos kau ni risaukan tentang bini dia. Kau tidur pula," kejut Fred. Terkulat-kulat mereka bangun. Wajah bos mereka di pandang dengan rasa takut.

"Dah Bos berborak aje. Kami tidur dahulu," bidas seorang lelaki tanpa dia sedar. Mereka yang mendengar ternganga. Naufal pandang tajam. Cari nahasa betul budak ni.

"Kalau macam tu ... kau duduk jelah dekat sini. Tak payah ikut aku,"

"Eh, mana boleh macam tu," bantah lelaki itu.

"Tahu pun."

.

.

.

Nayla perlahan-lahan membuka matanya. Sekeliling di pandang. Tempat sama yang dia kena kurung tetapi lagi banyak pengawal. Semua hanya memakai pakaian hitam. Tiba-tiba bulu romanya menegak.

"Lepaskan aku!" jerit Nayla. Namun, pengawal itu hanya membuat tidak tahu. Pandangan di lempar ke pintu kayu. Tiba-tiba pintu kayu itu dikuak dari luar.

"Hai Baby, dah bangun? Macam mana tidur tadi? Lena ke?" soal Zayn. Nayla melihatnya dengan pandangan tajam.

"Kau lepaskan aku. Apa salah aku dekat kau? Kenapa kau buat aku macam ini?" soal Nayla bertubi-tubi. Malah Zayn hanya gelak mendengar soalan itu. Bagaikan soalan itu hanya sebuah jenaka.

"Kau tak salah dengan aku. Tapi kau mungkir janji," balas Zayn. Nayla mengerut dahi. Dia tidak kenal dengan Zayn lebih dalam, tiba-tiba ada membuat janji.

"Janji? Apa yang kau mengarut ni? Aku tak kenal kau pun lah!" jerit Nayla. Walaupun sedikit sahaja dia ingat. Tapi itu tetap membuatkan dia tidak faham dengan keadaan.

"Baby, tak baik tau tak mengaku," kata Zayn. Makin berkerut Nayla. Tak mengaku apa pula ni? Dia kangsung tidak faham.

"Mengaku apa kau ni? Kau gila ke Zayn?" tengking Nayla. Dia jujur bahawa dia tidak faham dengan apa yang Zayn cuba untuk sampaikan.

Zayn mendekati Nayla. Tangan kanan mencengkam rahang Nayla dengan kuat. Suara ringisan keluar dari mulut Nayla.

"Z ... Zayn, lepaskan aku," ujar Nayla. Timbul kesan kuku di rahangnya. Sakit.

"Hey perempuan, kau jangan nak buat-buat lupa ya. Kau yang janji dengan aku nak kahwin dengan aku. Sekarang ni kau nak mungkir janji?" kata Zayn. Hidungnya mendekati tudung Nayla. Harum!

"Kau gila ke? Aku ni isteri orang lah!" jerit Nayla. Air matanya bertakung. Kepala di teleng ke arah bertentangan tidak membiarkan Zayn mendekati wajahnya.

"Isteri? Masa aku melamar kau dulu. Kau tu bujang tau! Anak dara! Kau terima je kan. Kenapa sekarang kau tak nak terima hm?" soal Zayn. Tangannya menyentuh kepala Nayla yang di baluti tudung shawl itu. Nayla mengalihkan kepalanya.

Dengan sekali tarikan,Shawl yg dipakai oleh Nayla tercabut dari kepala nya. Pedih di bawah dagu akibat pin tudung. Kini seluruh rambutnya kelihatan.

"Z ... Zayn, please lepaskan aku! Jangan sentuh aku tolong, " rayu Nayla. Air matanya mengalir dengan deras. Zayn pula menyentuh helaian rambut Nayla lalu menghidu. Wangi!

"Shhh ... diam," arah Zayn. Makin deras air matanya. Dia tidak mampu berbuat sesuatu.

PRANG!

Bunyi kaca pecah menarik perhatian mereka. Zayn mengangkat tangan sebagai isyarat untuk menyuruh seorang anak buahnya untuk periksa. Manakala, dia memilih senjata.

Ada pisau, parang, gergaji dan senjata api. Bulu roma sudah menegak melihat senjata itu. Tangan yang di belakang mencuba melepaskan diri.

"Kau nak buat apa ni?" soal Nayla. Matanya tidak berhenti pandang senjata itu. Zayn senyum psycho.

"Ini hadiah untuk anak kau yang dalam perut," balas Zayn. Nayla semakin merinding. Nafas tidak teratur.

Parang di angkat tinggi. Dia bergerak ke arah Nayla. Parang itu di halakan pada Nayla.

"Tolong jangan buat aku macam ni. Kau nak apa? Aku tunaikan. Tapi tolong jangan lukakan anak aku," kata Nayla. Dia merayu berkali-kali. Namun, itu tidak berjaya.

"What I want is You! Tapi disebabkan ada anak ni .... Aku perlu singkirkan," parang di angkat tinggi. Nayla mencuba untuk melepaskan diri.

Bang!

"Argh!"

Bersambung.

Sorry lmbt updatee

My Love©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang